KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri urus niaga hari ini lebih tinggi dengan indeks utama melonjak 1.18 peratus, didorong oleh aktiviti membeli ketika harga murah terutamanya membabitkan saham sarung tangan.
Pada pukul 5 petang, indeks penanda aras FBM KLCI meningkat 18.58 mata kepada 1,588.45 daripada 1,569.87 ketika ditutup pada petang Selasa.
Pagi ini, indek utama dibuka 4.89 mata lebih tinggi pada 1,572.03 dan bergerak antara 1,568.65 dan 1,588.45 sepanjang hari.
Pergerakan harga pasaran positif dengan saham untung mengatasi rugi 631 berbalas 559 manakala 416 kaunter tidak berubah, 547 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.
Jumlah dagangan menyusut kepada 10.78 bilion unit bernilai RM6.18 bilion daripada 12.89 bilion unit bernilai RM6.42 bilion pada Selasa.
Seorang peniaga berkata para pelabur menantikan Mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia yang dijadual berlangsung esok bagi mendapatkan hala tuju seterusnya untuk bursa tempatan.
Bagaimanapun, beliau berkata pasaran telahpun menjangkakan yang bank pusat akan mengekalkan Kadar Dasar Semalaman pada paras semasa 1.75 peratus.
Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, saham pengeluar sarung tangan Top Glove mengukuh 34 sen kepada RM5.09, Hartalega melonjak 44 sen kepada RM9.85 dan Supermax melambung 55 sen kepada RM4.66.
Selain itu, Maybank naik enam sen kepada RM8.14, Petronas Chemicals meningkat 21 sen kepada RM7.74, TNB menambah 10 sen kepada RM10.46, CIMB menokok satu sen kepada RM4.29 sementara Public Bank dan IHH Healthcare tidak berubah pada RM4.22 dan RM5.50 dan Sime Darby Plantation turun satu sen kepada RM4.93.
Antara saham paling cergas, Parkson dan Borneo Oil masing-masing naik setengah sen kepada 19.5 sen dan empat sen, Sealink bertambah 2.5 sen kepada 20.5 sen, Kanger International tidak berubah pada 10.5 sen sementara XOX, EA Holdings dan Dagang Nexchange, masing-masing turun setengah sen kepada lapan sen, 3.5 sen dan 61.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 94.92 mata kepada 11,671.44, Indeks FBMT 100 bertambah 91.13 mata kepada 11,365.85, Indeks FBM Emas Syariah naik 149.7 mata kepada 13,040.25, FBM ACE menokok 44.43 mata kepada 10,615.79 dan FBM 70 jatuh 36.49 mata kepada 15,499.35.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 2.89 mata pada 186.93, Indeks Perladangan mengukuh 22.81 mata kepada 7,162.09 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 0.01 mata menjadi 15,032.84.
Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 6.62 bilion saham bernilai RM5.14 bilion daripada 7.38 bilion saham bernilai RM5.03 bilion pada hari Selasa.
Jumlah dagangan waran meningkat kepada 523.02 juta unit bernilai RM72.37 juta daripada 480.88 juta unit bernilai RM85.15 juta semalam.
Jumlah dagangan di Pasaran ACE menyusut kepada 3.63 juta saham bernilai RM964.11 juta daripada 5.03 bilion saham bernilai RM1.31 bilion sebelumnya.
Produk dan perkhidmatan pengguna merangkumi 1.15 bilion saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (1.99 bilion), pembinaan (211.98 juta), teknologi (1.10 bilion), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (212.19 juta), hartanah (548.95 juta), perladangan (27.96 juta), REIT (9.08 juta), dana tertutup (40,600), tenaga (574.47 juta), penjagaan kesihatan (213.41 juta), telekomunikasi dan media (918.84 juta), pengangkutan dan logistik (419.11 juta) dan utiliti (68.52 juta).
— BERNAMA

