• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Ambil Tahu 10 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham Cocoaland (Edisi: 2021)

in Fundamental Analisis
A A
Ambil Tahu 10 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham Cocoaland (Edisi: 2021)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Cocoaland Holdings Berhad (KLSE: 7205) (Cocoaland) merupakan sebuah syarikat penghasilan produk makanan dan minimum di Malaysia. Antara produk yang  terkenal daripada syarikat ini termasuklah Lot 100, Cocopie, Koko Jelly dan Rotong. Cocoaland kini beroperasi dengan kilang pembuatannya yang terletak di Rawang, Selangor.

Kini, nilai pasaran Cocoaland adalah sebanyak RM 395.82 juta. Mari kita lihat 10 perkara ini sebelum melabur di dalam saham Cocoaland.

1. F&N Adalah Pemegang Saham Kedua Terbesar Cocoaland

Leverage Success Sdn Berhad dan Fraser & Neave Holdings Berhad merupakan dua pemegang saham utama syarikat Cocoaland dengan ekuiti pemegangan saham sebanyak 39.96% daripada Leverage Success Sdn Berhad  dan 27.19% daripada Fraser & Neave Holding Berhad pada 29 Jun 2020.

Liew Fook Meng, Lau Kee Von, Lau Pak Lam, dan Lau Kim Chew merupakan adik beradik dan merupakan pemilik kepada Leverage Success Sdn Berhad. Mereka berempat juga merupakan pengarah eksekutif Cocoaland dan telah melibatkan diri secara aktif dalam pengurusan syarikat tersebut.

Fraser & Neave Holdings Berhad mula menjadi rakan kongsi yang strategik bagi Cocoaland pada 2010. Kini, Cocoaland menjana sebahagian pendapatannya daripada perkhidmatan pembungkusan produk-produk Fraser & Neave Holdings Berhad.

2. 56.3% Daripada Perolehannya Pada 2019 Adalah Dari Jualan Eksport

Pada tahun 2019, Cocoaland menjana sebanyak RM 142.94 juta daripada jualan eksport kepada pasaran utamanya di Asia Timur, Asia Tenggara, dan Timur Tengah. Dan mereka berhasil menjana perolehan sebanyak RM 111.1 juta daripada jualan tempatan.

3. Keuntungan Bersih Kekal Melebihi  RM30 Juta Setahun Pada 2017-2019

Cocoaland mencatatkan peningkatan di dalam perolehan daripada RM142.26 juta pada tahun 2010 kepada sebanyak RM272.64 juta pada tahun 2016. Sejak itu, Cocoaland telah merekodkan penurunan dalam perolehannya kepada RM254.07 juta pada tahun 2019.

Hal ini kerana, berlaku  penurunan jualan di pasaran tempatan, Asia Timur dan juga Timur Tengah pada tahun 2017 sehingga tahun 2019.

Chart

Untuk rekod, Cocoaland telah merekodkan keuntungan bersih lebih daripada  RM30 juta pada tahun 2017 sehingga tahun 2019 dan berjaya mencapai jualan mencecah RM43.80 juta pada tahun 2016.

Chart

4. 10-Tahun ROE Purata Sebanyak 12.25% Setahun

Pada tahun 2010 sehingga tahun 2019, Cocoaland mencatatkan purata Return On Equity (ROE) sebanyak 12.25% setahun. Maka, ini bermaksud bahawa Cocoaland telah berjaya menjana sebanyak RM12.25 dalam keuntungan bersih untuk setiap RM100 dalam ekuiti pemegang saham untuk tempoh 10 tahun terkini.

5. Baki Tunai Naik 2-3 Kali Ganda ke RM 68.3 Juta Pada 2019

Pada tahun 2020, Cocoaland telah menjana sebanyak  RM70.85 juta daripada pengeluaran saham kepada  Fraser & Neave Holdings Berhad. Semenjak itu, Cocoaland telah membayar RM123.62 juta  untuk pembelian bersih property, plant dan equipment dan RM35.91 juta dalam dividen.

Ini menyebabkan baki tunai Cocoaland menurun daripada RM71.15 juta pada tahun 2010 kepada RM23.88 juta pada tahun 2013.

Cocoaland telah menjana RM225.63 juta di dalam aliran tunai operasi dan RM11.28 juta di dalam pendapatan faedah. Daripada jumlah tersebut, ia telah mengurangkan pembelian bersih property, plant dan equipment. Dengan itu, ia telah menggunakan kebanyakan aliran tunai operasi untuk membayar dividen kepada pemegang sahamnya.

Cocoaland berjaya meningkatkan baki tunainya daripada RM23.88 juta pada tahun 2013 kepada RM68.31 juta pada tahun 2019.

Chart

6. Nisbah Hutang dan Nisbah Semasa Terkini Cocoaland ialah 0.23% dan 6.88

Pada suku ketiga 2020, Cocoaland merekodkan RM0.62 juta dalam pinjaman bank dan RM264.98 juta dalam ekuiti pemegang saham. Nisbah hutang mereka ialah 0.23% dan pada masa yang sama mencatatkan RM188.10 juta di dalam aset semasa dan RM27.34 juta di dalam liabiliti semasa.

Oleh itu, nisbah semasanya ialah 6.88.

7. Cocoaland Mencatat 12.91 Sen EPS Dalam 12 Bulan Terkini

Untuk 12 bulan terkini, Cocoaland telah mencatatkan RM236.00 juta di dalam perolehan dan RM29.53 juta di dalam keuntungan bersih atau 12.91 sen dalam Earnings Per Share (EPS). Keuntungan bersih Cocoaland dicatatkan pada tempoh masa 9 bulan tahun 2020 adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan keuntungan untuk tempoh 9 bulan tahun  2019.

Ini kerana jualan eksport bagi produk gummy-nya telah merosot di Vietnam, China dan Korea Selatan pada masa tersebut atas faktor penularan wabak Covid -19.

8. P/E Ratio

Pada 11 Februari 2021, harga saham bagi Cocoaland adalah RM 1.73. Maka, P/E Ratio terkininya adalah 13.40 jika dikira dengan EPSnya untuk tempoh masa 12-bulan terkini iaitu 12.91 sen.

P/E Ratio Terkini:

= Harga Saham Semasa / EPS 12-bulan Terkini

= RM 1.73 / RM 0.1291

= 13.40

9. P/B Ratio

Pada suku ketiga 2020, Cocoaland mempunyai aset bersih bernilai      RM1.16. Jadi, P/B Ratio terkini bagi Cocoaland adalah 1.49.

P/B Ratio Terkini:

= Harga Saham Semasa / Aset Bersih Terkini

= RM 1.73 / RM 1.16

= 1.49

10. Kadar Dividen Terkini

Pada 24 Disember 2020, Cocoaland telah membayar dividen sebanyak 8.0 sen sesaham (DPS) bagi tahun kewangan 2020. Ini menjadikan kadar dividen terkini adalah 4.62% setahun.

Kadar Dividen Terkini:

= (DPS 12-Bulan Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%

= (RM 0.08 / RM 1.73) x 100%

= 4.62%

Kesimpulan:

Saya mendapati bahawa:

Jadi, wajarkah kita melabur di dalam saham Cocoaland?

Untuk menjawab soalan ini, kita perlu membuat perbandingan saham ini dengan saham-saham yang lain atas faktor:

a.   Aktiviti perniagaan yang serupa (peer-to-peer comparison)

b. Mempunyai nisbah P/E Ratio di sekitar 10 sehingga 15 kali.

c. Mempunyai kadar dividen sekitar  4% sehingga 5% setahun.

Selepas membuat perbandingan ini, barulah kita boleh membuat keputusan dalam pelaburan kita. 

Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia. 

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> https://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share427ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

12 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

12 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

12 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In