• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Peralihan Kepada Penyelesaian Kesihatan Jimatkan UEM Edgenta RM100 Juta

in Catalyst
A A
Peralihan Kepada Penyelesaian Kesihatan Jimatkan UEM Edgenta RM100 Juta

Kredit Gambar: The Star

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) — UEM Edgenta Bhd telah membangunkan visi, ‘Edgenta of the Future 2025’ (EOTF2025) dalam peralihan kepada syarikat penyelesaian pemboleh teknologi dengan fokus utamanya, industri kesihatan.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Syahrunizam Samsudin, EOTF2025 didasarkan kepada kecekapan operasi serta kos dan dijangka menjimatkan lebih RM100 juta wang syarikat dalam tempoh lima tahun akan datang. 

”Untuk menjadikan UEM Edgenta lebih tangkas dan padu bagi mendokong persekitaran perniagaan masa depan, kami akan mewujudkan langkah-langkah predikasi serta pencegahan melalui teknologi mekanisasi automasi, mengoptimumkan perolehan termasuk memperkemaskan struktur perniagaan. 

”Kami juga akan meningkatkan cadangan produk dan teknologi kami melalui penggunaan sistem berasaskan awan dan perisian yang sedang kami bangunkan sebagai platform perkhidmatan bagi menarik pelanggan baharu untuk bersama kami,” katanya dalam satu taklimat media maya hari ini. 

EOTF2025 juga akan memberi tumpuan untuk meluaskan tapak kumpulan dalam pasaran pertumbuhan baharu seperti di Arab Saudi, selain memperluaskan kehadirannya di pasaran sedia ada yang merangkumi Singapura, Taiwan, Dubai, India, Indonesia, dan Malaysia. 

“Kami baru sahaja menamatkan kajian pasaran kami dan telah mengenal pasti dua rakan kongsi yang berpotensi (di Arab Saudi) untuk kami bekerjasama dengan tumpuan kepada perkhidmatan sokongan penjagaan kesihatan. 

“Sama seperti apa yang kami buat di Malaysia, Singapura dan Taiwan, kami ingin mengeksport beberapa teknologi dan keupayaan untuk dipakai oleh rakan kongsi yang boleh menggunakan platform teknologi kami untuk menyampaikan perkhidmatan sokongan hospital. 

“Arab Saudi turut memiliki pasaran yang lebih besar daripada segi penyumberan luar perkhidmatan dalam pengurusan hospital, kami merasakan ianya adalah peluang pasaran yang baik untuk kami nilai dan membina potensi perniagaan akan datang di sana,” kata Syahrunizam. 

Sementara itu, Ketua Pegawai Kewangan Hillary Chua Pei Sum berkata bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2020, syarikat itu mempunyai lembaran imbangan yang kukuh dengan jumlah aset sebanyak RM2.9 bilion dan kedudukan tunai bersih sebanyak RM206 juta, disebabkan kutipan yang mantap daripada pelanggan utamanya pada suku keempat termasuk Kementerian Kesihatan. 

“Dengan nisbah penggearan kasar 0.32 kali, syarikat mempunyai banyak ruang untuk digunakan sebagai leveraj bagi pertumbuhan perniagaan masa depan,” katanya. 

Chua ketika mengulas mengenai perbelanjaan modal untuk tahun kewangan 2021 menjelaskan syarikat itu dijangka kembali ke paras 2019 pada sekitar RM80 juta, yang mana, pembiayaan bagi visi EOTF2025 akan diperoleh daripada penjimatan dalam perniagaan itu sendiri apabila ia mula mengautomasikan operasinya. 

Untuk jangka panjang, UEM Edgenta akan terus komited terhadap dasar dividennya dalam memastikan pemberian aliran dividen yang mantap.

“Melalui EOTF2025, kami berharap ianya akan menjadikan kumpulan ini, lebih berdaya tahan, berskala, kos efektif dan berprestasi pada masa akan datang,” kata Syahrunizam lagi.

UEM Edgenta adalah syarikat penyelesaian pengurusan aset dan infrastruktur yang terkemuka di rantau ini. 

— BERNAMA

Share218ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In