• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, March 1 (Bernama) — Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini dalam dagangan hari pertama Mac apabila indeks utama turun sebanyak 0.67 peratus terjejas oleh jualan dalam kaunter sarung tangan.

Pada 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 10.61 mata kepada 1,567.14 daripada paras penutup 1,577.75 pada Jumaat.

Indeks utama itu dibuka tinggi naik 0.95 mata kepada 1,578.70 dan bergerak antara paras 1,563.18 dan 1,584.46 sepanjang hari dagangan.

Suasana pasaran juga negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 733 berbanding 503 manakala 391 kaunter tidak berubah, 516 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung. 

Jumlah dagangan meningkat kepada 10.69 bilion unit bernilai RM6.10 bilion daripada 9.81 bilion unit bernilai RM7.0 bilion sebelumnya. 

Dalam kalangan 30 kaunter FBM KLCI, Top Glove berkurangan 34 sen kepada RM4.90, Hartalega susut 62 sen kepada RM9.38 dan Supermax turun 48 sen kepada RM4.36. 

Sementara itu, Maybank menokok tiga sen kepada RM8.06, Public Bank naik empat sen kepada RM4.20, Petronas Chemicals melonjak lapan sen kepada RM7.51, TNB menokok 22 sen kepada RM10.32 dan IHH Healthcare menambah 21 sen kepada RM5.29.  

Dagangan saham AMMB Holdings digantung selama dua hari bermula  hari ini selepas kumpulan perbankan itu bersetuju membayar RM2.83 bilion kepada kerajaan Malaysia sebagai penyelesaian bagi semua tuntutan tertunggak berkaitan dengan penglibatannya dalam 1Malaysia Development Bhd.

AMMB Holdings juga mengumumkan keuntungan bersih rendah bagi suku ketiga berakhir 31 Dis, 2021, kepada RM263.83 juta daripada RM382.15 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun sebelumnya, manakala hasil berkurangan sebanyak 2.2 peratus tahun ke tahun kepada RM2.09 bilion. 

Dalam kalangan kaunter cergas, GFM Services melonjak 20 sen kepada 40.5 sen, Bumi Armada meningkat tiga sen kepada 42.5 sen, Industronics melonjak 18.5 sen kepada 66.5 sen dan Anzo Holdings turun 1.5 sen kepada lapan sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 51.96 mata kepada 11,562.21, Indeks FBMT 100 berkurangan 53.71 mata kepada 11,248.29 dan Indeks FBM Emas Shariah jatuh 90.35 mata kepada 12,888.8. 

FBM 70 meningkat 12.16 mata kepada 15,473.33 dan FBM ACE susut 168.15 mata kepada 10,705.37. 

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.22 mata kepada 184.12, Indeks Perladangan berkurangan 24.94 mata kepada 7,152.19 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 42.69 mata kepada 14,959.65. 

Jumlah dagangan di Pasaran Utama berkurangan kepada 6.74 bilion saham bernilai RM5.0 bilion daripada 6.84 bilion saham bernilai RM6.29 bilion. 

Jumlah dagangan waran naik sedikit kepada 473.98 juta unit bernilai RM79.35 juta daripada 463.36 juta unit bernilai RM93.09 juta sebelumnya. 

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 3.47 bilion saham bernilai RM1.0 bilion daripada 2.49 bilion saham bernilai RM616.87 juta. 

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 1.38 bilion saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (1.85 bilion), pembinaan (233.82 juta), teknologi (1.20 bilion), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (119.19 juta), hartanah (412.94 juta), perladangan (47.98 juta), REITs (7.33 juta), dana tertutup (35,000), tenaga (1.04 bilion), penjagaan kesihatan (156.06 juta), telekomunikasi dan media (102.53 juta), pengangkutan dan logistik (85.28 juta) dan utiliti (107.98 juta).

— BERNAMA 

Share218ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In