“Better study fundamental ke teknikal untuk kami yang newbie?”
Tahukah anda, bahawa dalam dunia pelaburan saham ini terdapat beberapa teknik kajian yang sangat penting untuk memaksimakan keuntungan.
Antara cara kajian yang paling popular dan sering diperdebatkan adalah:
- Kajian Fundamental
- Kajian Teknikal
Selepas kami menganjurkan beberapa siri webinar, boleh disimpulkan kebanyakan pelabur baru tidak berminat pun nak belajar analisis fundamental (FA) dan analisis teknikal (TA). Mereka lebih gemar mengharapkan buy call. Untung, bangga bagitau kawan-kawan. Rugi, mereka maki sumber buy call.
Ok, apa yang dimaksudkan dengan kajian fundamental dan teknikal ini? Yang mana satu lebih penting untuk diketahui dan dipelajari oleh seorang pelabur?
Mari kita lihat dengan lebih terperinci tentang dua kajian ini.
Kajian Fundamental
Kajian fundamental(FA) bertujuan untuk kita mengenali baik buruk sesebuah syarikat dengan lebih mendalam terutamanya dari aspek perniagaan yang dijalankan, pengurusan syarikat, pendapatan dan keadaan kewangan syarikat tersebut.
Bukan itu sahaja, kajian fundamental ini juga melibatkan sentimen dan perubahan keadaan ekonomi semasa.
Contohnya perubahan kadar faedah oleh Bank Negara, kenaikan harga komoditi, kadar inflasi dan pelbagai lagi faktor makro ekonomi yang terlibat.
Baca: Pengenalan Kepada Fundamental Analysis

Antara tokoh tersohor dengan pendekatan fundamental ini adalah Warren Buffett. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif kepada Berkshire Hathaway yang merupakan syarikat pelaburan terkenal di Amerika Syarikat.

Dengan kaedah fundamental sahaja, beliau berjaya membina kekayaan dalam dunia pelaburan dan kini mempunyai nilai bersih lebih daripada USD90 bilion dan tersenarai antara 10 manusia terkaya di dunia buat masa ini.
Antara cara beliau dalam melabur adalah sentiasa mencari nilai sebenar sesebuah syarikat dengan cara menilai kepada perniagaan syarikat, prestasi kewangan dan juga masa depan sesebuah syarikat.
Beliau tidak menggunakan langsung kajian teknikal dalam pelaburan beliau kerana beliau lebih percaya kepada nilai berbanding harga sesebuah syarikat.
Kajian Teknikal
Kajian teknikal pula merupakan kajian terhadap harga yang terdahulu untuk menjangkakan harga di masa hadapan dengan menggunakan carta.
Kajian ini membantu pelabur memilih masa yang tepat dan harga terbaik untuk membeli atau menjual sesuatu saham.
Kajian ini juga memerlukan disiplin yang tinggi kepada pengamalnya untuk sentiasa ikut perancangan yang telah dibuat ketika membeli sesuatu saham berkenaan.
Hal ini kerana, kaedah teknikal ini sangat bergantung kepada kebarangkalian apa yang dijangka itu terjadi.
Antara komponen penting dalam kajian teknikal ini adalah:
- Trendline
- Bentuk Candlestick
- Volume atau jumlah dagangan semasa
Kajian teknikal ini juga biasanya dilengkapkan dengan indikator carta yang dicipta oleh tokoh-tokoh ilmuan saham yang terkenal seperti J. Welles Wilder, John Bollinger dan ramai lagi.
Baca: Pengenalan Kepada Technical Analysis

Antara pengamal kajian teknikal yang berjaya adalah Dan Zanger yang berjaya menggandakan modal pelaburan daripada USD10,755 menjadi USD18 juta dalam tempoh 18 bulan sahaja.
Pencapaian ini adalah sesuatu yang sangat menakjubkan kerana nilai pulangan yang tinggi seperti ini biasanya mengambil masa yang lama.
Kejayaan beliau dengan hanya menggunakan kajian teknikal adalah sangat unik kerana tidak ramai pelabur lain yang berjaya seperti beliau.
Baca: Dan Zanger, Trader Yang Berjaya Menggandakan Wang $10,775 Kepada $18,000,000 Dalam Tempoh 18 Bulan
Kajian Fundamental VS Teknikal
Jadi kajian yang mana sebenarnya lebih baik dan ilmu yang mana patut kita sebagai pelabur kuasai untuk meraih keuntungan dalam pelaburan kita?
Secara keseluruhannya, kedua-dua kajian baik fundamental atau teknikal mempunyai kelebihan dan kekurangan masih-masing.
Sebagai pelabur adalah lebih baik untuk kita menggunakan kedua-dua kajian ini untuk mendapat gambaran secara keseluruhan dalam mengatur strategi pelaburan ini.

Tokoh pelaburan seperti William J.O’Neil telah memperkenalkan satu kaedah pelaburan yang sangat popular yang mengabungkan kajian fundamental dan teknikal dalam pemilihan sesuatu saham.
Kaedah ini dikenali sebagai kaedah CANSLIM. Kaedah atau formula ini telah digunakan oleh ramai pelabur termasuk juga para pengurus dana.
Kaedah ini sangat sesuai digunakan pada keadaan pasaran yang sedang membuat kenaikan atau keadaan ekonomi yang sedang pulih daripada kejatuhan.
Baca: Jom Berkenalan Dengan William J.O’Neil, Pegasas Teknik CANSLIM
Baca: Memilih Saham Berkualiti Dengan Kaedah C.A.N.S.L.I.M
Sebagai seorang pelabur, tidak salah untuk kita cenderung kepada salah satu kajian sahaja tetapi sebaiknya kita ambil tahu dan buat juga kajian terhadap kedua-dua kajian ini agar kita dapat menilai sesuatu syarikat secara menyeluruh.

Semua yang anda perlu tahu untuk meraih pulangan yang baik di pasaran saham… dengan meminimakan risiko kerugian.
Kami juga tidak menjanjikan yang anda akan confirm buat untung gila-gila selepas belajar teknik ini. Tetapi jika anda mencari teknik yang boleh memberi pulangan yang konsisten, maka wajib dapatkan video ini.
Ini 3 masalah utama sebelum berjaya buat duit dekat pasaran saham
1. Tak tahu nak beli saham apa?
2. Bila boleh beli saham?
3. Bila kena jual saham tu?
Sebenarnya semua ini boleh terjawab jika pandai baca Candlestick.
Jadi khas untuk memudahkan anda, kami hasilkan video Masterclass sulung.
CANDLESTICK SAHAM
bersama Tuan Haji Zainal Ariffin bin Osman
(MSTA, CFTE, IFTA, UKSTA, MATA)
ILMU MAHAL YANG BAKAL ANDA BELAJAR DARI VIDEO INI
1. Pengenalan kepada ‘Price Action’
2. Bagaimana mengukur kekuatan Price Action dengan candlestick?
3. Bullish Candlestick pattern yang menunjukkan harga akan beralih arah
4. Bearish reversal pattern
5. Peranan volume untuk mengesahkan pergerakan candle
6. Candlestick trading setup
7. Cara menggunakan candlestick dengan trend dan oscillator
8. Cara menggunakan candlestick dengan RSI
Sekejap, belum habis lagi…
✅ BONUS
1. Penggunaan Heiken Ashi
2. Candlestick pattern Screener
3. Set target menggunakan candlestick
4. Set stop loss menggunakan candlestick
Speaker memang otai, modul pun terbaik.
InshaAllah video pembelajaran secara santai ini dapat bantu anda memahami Analisis Teknikal (TA) yang selalu disebut oleh sifu-sifu saham.
Yang penting, video ini sesuai sangat untuk pelabur dan pedagang saham newbie. Boleh tengok ulang-ulang sampai faham.
KINI DIBUKA UNTUK PRE-ORDER!
Kepada yang bertindak awal, ada harga istimewa menanti, cepat klik:
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
➡️ https://thekapital.my/candlesticksaham
DISCLAIMER: Program ini bertujuan pendidikan sahaja. Program ini tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit untuk urusan pelaburan. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur saham adalah keputusan anda.