• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Dibuka Mendatar, Prestasi Semalaman Wall Street Menyusut

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sebelum Susut Kerana Aktiviti Pengambilan Untung
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) –  Bursa Malaysia dibuka mendatar pada pagi urus niaga Jumaat, mengambil petunjuk daripada kelemahan semalaman prestasi di Wall Street.

Pada pukul 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 0.77 mata atau 0.05 peratus kepada 1,580.77 daripada 1,581.54 pada penutupan petang Khamis.

Indeks utama dibuka 0.57 mata lebih rendah kepada 1,580.97.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung 567 berbalas 118 sementra 261 kaunter tidak berubah, 1,253 tidak diniagakan dan 76 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 578.86 juta bernilai RM306.45 juta.

Rakuten Trade Sdn dalam satu catatan berkata kebimbangan mengenai kenaikan kadar yang tinggi kembali menghantui peniaga dengan perolehan Perbendaharaan bertempoh matang 10 tahun AS meningkat 1.6 peratus, mendorong penjualan semalaman di Wall Street.

“Kami menjangkakan prestasi yang lesu hari ini seiring dengan pasaran serantau dan oleh itu, kami percaya indeks penanda aras akan berlegar sekitar 1,580-1,585,” katanya.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd percaya pasaran menaruh harapan kepada kemajuan vaksinasi COVID-19 dan diunjur diniagakan secara menaik dengan tumpuan kepada saham bertemakan pemulihan seperti sektor penerbangan, pelancongan, perabot dan produk pengguna.

“Kami berpendapat indeks utama akan diniagakan secara mendatar tetapi menjurus kepada menaik sekitar paras 1,570-1,620 dalam jangka masa terdekat,” katanya.

Kedua-dua firma broker itu turut menyatakan para pelabur mungkin memantau sektor perladangan, memandangkan harga minyak sawit mentah telah mengukuh melepasi paras RM3,700 satu tan manakala harga minyak mentah Brent didagangkan melebihi paras US$65 setong.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, CIMB dan MISC masing-masing turun tujuh sen kepada RM4.26 dan RM6.70,  Axiata dan Tenaga pula kedua-duanya susut enam sen kepada RM3.51 dan RM10.06, sementara Digi tidak berubah pada RM3.75.

Senarai saham paling rugi diketuai oleh MPI yang merosot RM1.10 kepada RM36.90, diikuti Carlsberg, turun 60 sen kepada RM23.36.

Unisem jatuh 34 sen kepada RM8.63, Sarawak Oil Palms 32 sen lebih rendah pada RM3.82 dan KESM berkurangan 28 sen kepada RM15.62.

Saham-saham paling cergas pula menyaksikan MSM meningkat 13.5 sen kepada 99 sen, Lion Industries turun 6.5 sen kepada 90.5 sen, Dagang Nexchange lebih rendah satu sen kepada 70.5 sen sementara warannya tidak berubah pada 35 sen dan waran EA Holdings kekal pada dua sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 42.90 mata kepada 11,632.94, Indeks FBMT 100 susut 31.0 mata kepada 11,321.78 dan Indeks FBM Emas Syariah susut 88.44 mata pada 12,993.21.

FBM 70 menyusut 140.04 mata kepada 15,481.32 dan FBM ACE berkurangan 176.83 mata kepada 10,786.37.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 1.49 mata kepada 186.08 dan Indeks Perladangan merosot 17.43 mata kepada 7,195.60.

Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 49.43 mata kepada 15,035.22.

– BERNAMA

Share215ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In