• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 15, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Penganalisis Kekalkan Saranan ‘Positif’ Untuk DRB-Hicom

in Market Update
A A
DRB-Hicom Catat Keuntungan Bersih RM47.5 Juta Pada Suku Ketiga
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) — DRB-HICOM Bhd telah menerima maklum balas positif daripada para penganalisis selepas ia mencatatkan keuntungan bersih yang kukuh bagi suku keempat tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2020, melonjak 20.8 kali tahun ke tahun kepada RM986.0 juta.

Kenanga Research dalam nota penyelidikannya pada Khamis telah mengekalkan saranan ‘outperform’ ke atas syarikat dengan sasaran harga (TP) berasaskan ‘sum-of-parts’ (SoP) pada RM2.50.

Dari segi segmen automotif, penganalisis Wan Mustaqim Wan Ab Aziz berkata jenama kumpulan dijangka dapat merancakkan prestasi jualan dengan mengetengahkan model baharu atau dipertingkatkan terutama dalam tempoh pengecualian cukai jualan pada masa ini.

Bagi prestasi Pos Malaysia Bhd, beliau berkata meskipun dalam persekitaran yang begitu mencabar, usaha transformasi berterusan Pos Malaysia akan mendorong permintaan yang kian meningkat untuk e-dagang.

“Perniagaan lain dalam kumpulan akan terus menyesuaikan dengan persekitaran normal baharu bagi memastikan kelestarian kewangan di sebalik perubahan tingkah laku pengguna,” katanya.

CGS CIMB mengulangi saranan ‘tambah’  dengan TP berasaskan SoP yang tinggi sedikit iaitu RM2.36 (sebelumnya RM2.35) ke atas DRB-HICOM.

Penganalisis Mohd Shanaz Noor Azam berkata Proton kekal sebagai pemacu pertumbuhan utama untuk kumpulan.

“Kami menjangkakan Proton mempamerkan pertumbuhan untuk jumlah jualan sebanyak 20 peratus tahun ke tahun bagi unjuran 2021, didorong oleh jualan yang tinggi daripada segmen kenderaan utiliti sukan (SUV) berdasarkan permintaan yang menggalakkan untuk model X50 dan X70.

“Kami juga melihat jumlah penjualan yang lebih baik daripada jangkaan untuk Proton, pemulihan pendapatan oleh Pos Malaysia dan kontrak baharu untuk DRB-HICOM Defense Technologies Sdn Bhd (DEFTech) sebagai pemangkin penilaian semula yang berpotensi,” katanya.

— BERNAMA

Share218ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In