• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 30, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keputusan Kewangan Suku Keempat Dorong Saham Petronas Chemicals Melonjak 2.67 Peratus Pagi Ini

in Catalyst
A A
Keputusan Kewangan Suku Keempat Dorong Saham Petronas Chemicals Melonjak 2.67 Peratus Pagi Ini

Kredit Gambar: The Star

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) — Saham Petronas Chemicals Group Bhd (PCHEM) melonjak 2.67 peratus pada urus niaga pagi ini selepas syarikat itu mencatatkan keputusan kewangan yang lebih baik daripada jangkaan untuk suku keempat berakhir 31 Dis, 2020.

Pada jam 10.01 pagi, saham PCHEM meningkat 20 sen kepada RM7.70 daripada RM7.50 ketika ditutup pada petang Selasa dengan sejumlah 767,500 saham bertukar tangan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, syarikat itu menyatakan keuntungan bersihnya pada suku keempat tahun kewangan 2020 melonjak 37.0 peratus tahun ke tahun kepada RM466.0 juta disebabkan terutamanya kadar penggunaan lojinya yang tinggi.

Bagaimanapun, perolehan untuk suku berkenaan menyusut sembilan peratus tahun ke tahun kepada RM3.85 billion.

Berikutan keputusan mantap PCHEM ini, RHB Research telah menaikkan saranan terhadap saham syarikat kepada ‘beli’ daripada ‘neutral’’ dengan menambah harga sasaran kepada RM8.35 daripada RM7.91 sebelum ini.

“Kami telah menaik taraf saham itu kepada ‘beli’ kerana PCHEM telah bersedia untuk mencatatkan pemulihan pendapatan yang lebih baik pada 2021 seiring dengan prestasi kukuh harga komoditi,” katanya.

Menurut firma penyelidikan itu, keputusan memberangsangkan PCHEM akan berlanjutan ke suku pertama 2021 dengan harga petrokimia kekal dalam trend menaik.

— BERNAMA

Share228ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In