• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 14, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Keputusan Kewangan Korporat Yang Lebih Baik Dorong Bursa Dibuka Tinggi Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) —  Bursa Malaysia bangkit kembali daripada kerugian semalam untuk dibuka lebih tinggi pagi Rabu, didorong oleh pengumuman beberapa keputusan kewangan korporat pada Selasa yang menyediakan pemangkin positif kepada pasaran.

Pada pukul 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melonjak 12.07 mata atau 0.77 peratus kepada 1,577.12 daripada 1,565.05 ketika ditutup pada petang Selasa.

Indeks utama dibuka 5.96 mata lebih kukuh kepada 1,571.01.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 279 berbalas 223 sementara 340 kaunter tidak berubah, 1,356 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 881.52 juta unit bernilai RM245.11 juta.

Rakuten Trade Sdn Bhd berkata meskipun urus niaga bursa tempatan dijangka kekal tidak menentu hari ini, pengumuman keputusan kewangan korporat yang lebih baik boleh menjadi pemangkin kepada pasaran.

“Oleh itu, kami menjangkakan indeks penanda aras mungkin berlegar antara paras 1,570 dan 1,580 untuk hari ini,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd menjangkakan ketibaan kumpulan kedua vaksin Pfizer-BioNTech hari ini serta pengagihan vaksin akan terus menarik minat belian terhadap saham bertemakan pemulihan dalam bergerak ke hadapan.

“Juga, peniaga akan memberi fokus kepada sektor berpendapatan tinggi dalam musim pelaporan keputusan kewangan ini,” katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik 10 sen kepada RM7.99, Public Bank meningkat lima sen kepada RM4.13, Petronas Chemicals dan Tenaga masing-masing bertambah 11 sen kepada RM7.61 dan RM9.97 sementara CIMB enam sen lebih kukuh pada RM4 .25.

Saham paling cergas pula, Metronic Global menokok dua sen kepada 12.5 sen dan warannya naik 2.5 sen kepada 7.5 sen, XOX meningkat 1.5 sen kepada 10.5 sen dan warannya pula bertambah satu sen kepada tiga sen sementara AirAsia X tidak berubah pada 10 sen.

Saham paling untung termasuk Nestle yang melonjak 70 sen kepada RM136.00, Takaful yang meningkat 22 sen kepada RM4.58, KLK naik 18 sen kepada RM23.40, Alcom pula 13.5 sen lebih tinggi kepada 69.5 sen sementara Frontken naik 12 sen kepada RM5.44.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas memperoleh 76.39 mata kepada 11,627.20, Indeks FBMT 100 menokok 71.26 mata kepada 11,300.09 dan Indeks FBM Emas Syariah meningkat 64.15 mata pada 13,042.65.

FBM 70 mengukuhkan 39.13 mata kepada 15,468.61 dan FBM ACE meningkat 48.48 mata kepada 11,167.83.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 131.19 mata kepada 14,828.02, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.51 mata kepada 182.09 dan Indeks Perladangan meningkat 22.30 mata kepada 7,165.48.

— BERNAMA

Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In