• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Bedah Laporan Kewangan JF Technology Berhad Suku Kedua Tahun 2021

in Fundamental Analisis
A A
Bedah Laporan Kewangan JF Technology Berhad Suku Kedua Tahun 2021
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Sumber: Bursa Malaysia

Setiap syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia wajib melaporkan penyata kewangan syarikat setiap suku tahunan.

Buat pengetahuan anda, laporan kewangan ini boleh didapati oleh semua orang awam dengan melayari website Bursa Malaysia atau dengan mendapatkannya melalui portal pihak ketiga seperti KLSE Screener dan Malaysiastock.biz.

Melalui penyata kewangan yang diumumkan ini, kita akan dapat mengetahui:

  • aliran tunai
  • jumlah aset
  • hutang terkini
  • penyata pendapatan
  • keputusan terkini korporat

Sumber: Malaysiastock.biz

Terbaru, syarikat JF Technology Berhad (JFTECH) telah mengumumkan laporan kewangan untuk suku kedua tahun 2021. JFTECH telah merekodkan perolehan dan pendapatan bersih tertinggi dalam sejarah pendapatan syarikat.

Mari kita bedah laporan kewangan syarikat JFTECH ini untuk melihat secara terperinci tentang status kewangan syarikat dan arah tuju syarikat dalam perbincangan korporat.

Penyata Pendapatan (Income Statement)

Apa itu penyata pendapatan? Penyata pendapatan adalah rekod mengenai laporan kewangan syarikat bagi satu tempoh tertentu.

Penyata ini juga dikenali dengan nama lain sebagai penyata untung rugi.

Dalam penyata pendapatan ini, kita perlu mengambil perhatian kepada empat komponen penting iaitu:

  1. Pendapat Hasil Jualan (Net Sales/ Revenue)
  2. Kos Perbelanjaan Produk (COGS)
  3. Perbelanjaan (Expenses)
  4. Perolehan Bersih (Net Profit)

Baca: Bagaimana Cara Membaca Income Statement

Sumber: Bursa Malaysia

Berdasarkan penyata pendapatan di atas, JFTECH telah merekodkan peningkatan jualan sebanyak 54.2% menjadikan jumlahnya RM9.36 juta untuk suku kedua tahun 2021 berbanding suku yang sama pada tahun sebelumnya.

Peningkatan ini disebabkan oleh permintaan produk syarikat yang melonjak daripada pelanggan mereka terutamanya daripada Malaysia dan China yang menyumbang lebih daripada 60% hasil jualan syarikat.

COGS JFTECH juga meningkat daripada RM1.41 juta pada suku kedua tahun 2020 menjadi RM4.01 juta pada suku kedua tahun 2021 ini. COGS syarikat mencatatkan peningkatan sebanyak 22.17% untuk suku terkini. 

Perbelanjaan operasi syarikat meningkat sebanyak 24.30% daripada RM2.96 juta pada suku kedua tahun 2020 kepada RM3.64 juta untuk suku kedua tahun 2021 ini.

Peningkatan ini tidak termasuk lagi dengan kos pembiyaan yang juga meningkat lebih sekali ganda berbading suku yang sama pada tahun sebelumnya.

JFTECH merekodkan peningkatan pendapatan bersih sebanyak 184.0% daripada RM1.43 juta kepada RM4.01 juta untuk suku kedua tahun 2021.

Peningkatan ini disumbangkan oleh peningkatan hasil jualan yang lebih tinggi berbanding peningkatan perbelanjaan syarikat.

Penyata Imbangan (Balance Sheet)

Penyata Imbangan pula berfungsi sebagai indikator untuk kita melihat perubahan aset dan liabiliti syarikat sama ada dalam bentuk jangka masa panjang atau jangka masa pendek.

Nilai dalam penyata imbangan ini tidak kerap dikemas kini seperti penyata pendapatan di atas. Antara komponen yang penting dalam penyata imbangan ini adalah:

  1. Ekuiti Syarikat
  2. Aset semasa (Aset jangka masa pendek)
  3. Aset bukan semasa (Aset jangka masa panjang)
  4. Liabiliti semasa (Hutang jangka masa pendek)
  5. Liabiliti bukan semasa (Hutang jangka masa panjang)

Sumber: Bursa Malaysia

Berdasar penyata imbangan JFTECH, aset bukan semasa syarikat dilihat tidak berubah dengan begitu ketara namun perubahan jumlah yang ketara adalah daripada set semasa syarikat ini.

Aset semasa JFTECH meningkat sebanyak 317.12% daripada RM23.82 juta pada Jun 2020, meningkat kepada RM99.70 juta pada penghujung tahun 2020.

Peningkatan ini berpunca daripada komponen seperti receivables dan juga jumlah tunai di dalam syarikat yang meningkat sebanyak 5 kali ganda pada December 2020 berbanding jumlahnya pada Jun 2020.

Sumber: Bursa Malaysia

Ekuiti JFTECH juga mencatatkan peningkatan yang ketara pada December 2020 berbanding jumlahnya pada Jun 2020. Ekuiti syarikat merekodkan peningkatan lebih daripada 190.0% yang kebanykannya disumbangkan oleh share capital syarikat sebanyak RM90.67 juta dan juta pendapatan syarikat berjumlah RM21.65 juta.

Liabiliti semasa syarikat meningkat sebanyak 45.0% daripada RM3.46 juta pada Jun 2020 kepada RM5.01 juta pada December 2020.

Peningkatan liabiliti semasa ini adalah disumbangkan oleh terma pinjaman (term loan) sebanyak RM1.76 juta.

Aliran Tunai

Aliran tunai merupakan komponen yang amat penting bagi sesebuah syarikat. Aliran tunai ini terbahagi kepada tiga iaitu :

  1. Aliran tunai daripada aktiviti operasi
  2. Aliran tunai daripada aktiviti pembiayaan
  3. Aliran tunai daripada aktiviti pelaburan

Aliran tunai ini selalu digunakan oleh penganalisis profesional  untuk menentukan kekuatan kewangan sesebuah syarikat.

Aliran tunai yang paling penting adalah aliran tunai daripada aktiviti operasi kerana ianya merupakan nadi kepada kesihatan kewangan sesebuah syarikat.

Sumber: Bursa Malaysia

Secara keseluruhannya, aliran tunai daripada aktiviti operasi JFTECH adalah RM4.34 juta pada December 2020 dan ianya tidak jauh berubah berbanding jumlah pada Jun 2020.

Aliran tunai daripada aktiviti operasi yang positif menandakan syarikat ini mampu untuk membiayai operasi hariannya tanpa memerlukan dana tambahan daripada luar.

Ianya adalah tanda yang bagus untuk sesebuah syarikat.

Sumber: Bursa Malaysia

Jumlah aliran tunai daripada aktiviti pelaburan dilihat positive pada December 2020 berbanding Jun 2020 dan ianya disebabkan oleh tiadanya pembiayaan hak untuk menggunakan aset pada December 2020.

Untuk aliran tunai daripada aktiviti pembiayaan pula, peningkatan yang ketara iaitu daripada negatif RM2.25 juta pada Jun 2020 kepada positif RM68.07 juta pada December 2020. Di antara sebab utama kepada peningkatan ketara ini adalah hasil daripada terbitan saham baru oleh JFTECH yang menyumbang kepada RM69.4 juta untuk aliran tunai daripada aktiviti pembiayaan ini.

Aliran tunai secara keseluruhan JFTECH meningkat sebanyak lima kali ganda pada December 2020 berbanding Jun 2020. Hampir 80% daripada peningkatan ini adalah hasil daripada terbitan saham baru oleh syarikat.

Unjuran Syarikat Untuk Tahun 2021

Sumber: Bursa Malaysia

JFTECH mempunyai unjuran yang sangat positif tentang syarikat yang berada dalam industri semi konduktor melihat pada peluang yang wujud untuk industri tersebut.

Permintaan produk syarikat dijangka bertambah dan akan membantu mengukuhkan pendapatan syarikat.

Permintaan yang tinggi yang dijangka syarikat adalah berdasarkan perkembangan teknologi dan permintaan komponen elektronik oleh industri seperti 5G, automotif, IoT (Internet of Things) dan pelbagai lagi di masa hadapan.

Terkini, JFTECH juga telah bekerjasama sama dengan Hubble Technology Investment Co. LTD daripada China untuk mencipta, mereka bentuk dan membekalkan komponen elektronik di China serta meluaskan perniagaan syarikat di China.

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?

 Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Best ke formula ni?
Tak susah ke?

Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?

Dapatkan eBook CANSLIM -> https://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Share797ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

12 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

12 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

12 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In