• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Saham AAX Jadi Tumpuan Susulan Berita Mengenai Pelan Pemulihan

in Catalyst
A A
Saham AAX Jadi Tumpuan Susulan Berita Mengenai Pelan Pemulihan

Sumber: Air Bus

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Laporan media mengenai cadangan penyusunan semula AirAsia X Bhd (AAX) terbukti mencetuskan minat belian terhadap saham-saham syarikat penerbangan jarak jauh tersebut dalam dagangan pada awal Selasa.

Pada 10.30 pagi, saham AAX naik 1.5 sen kepada 9.5 sen dengan sejumlah 263.27 juta saham berpindah tangan, sekali gus mengatasi kemunculan pertama Mobilia Holdings Bhd sebagai kaunter paling aktif pada awal dagangan.

Malah, berita mengenai perkembangan terbaharu AAX turut memacu saham syarikat sekutu, AirAsia Group Bhd yang naik sebanyak 10 sen kepada 91.5 sen dengan 134.81 juta saham didagangkan.

AirAsia Group juga muncul sebagai kaunter kelapan paling aktif dalam dagangan setakat jam 10.30 pagi Selasa.

Agensi berita Reuters melaporkan bahawa AAX telah mencadangkan program penyusunan semula yang berasingan kepada pihak pemajak dalam usaha menangani kebimbangan mereka.

Menurut Reuters, cadangan itu bertujuan meredakan kebimbangan pihak pemajak terbabit mengenai perjanjian komersial serta aspek daya maju perniagaan syarikat penerbangan itu di masa depan.

“Di bawah cadangan yang disemak semula itu, AAX berkata pihak pemajak dijangka memperolehi sekurang-kurangnya 60 peratus daripada jumlah hutang,” katanya.

Cadangan berkenaan juga dilihat sebagai langkah penting bagi membolehkan syarikat penerbangan itu mendapat persetujuan pihak pemiutang bagi usaha penyusunan semula terbabit.

Laporan Reuters turut menyebut bahawa AAX telah berusaha selama berbulan-bulan untuk menyusun semula sejumlah RM64.15 bilion ke dalam hutang sebanyak RM200 juta.

“Lebih daripada 12 pemiutang dengan kebanyakannya adalah pemajak, telah ke mahkamah bagi mencabar cadangan yang boleh menyebabkan mereka mengalami pengurangan sebanyak 99.7 peratus,” katanya.

– BERNAMA

Share273ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In