• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, February 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Kembali Meningkat Pada Awal Dagangan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sebelum Susut Kerana Aktiviti Pengambilan Untung
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 23 Feb – Bursa Malaysia meningkat semula ketika dagangan dibuka pada pagi Selasa apabila peniaga terus memburu saham-saham yang mengalami penyusutan dalam dagangan Isnin.

Pada 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 5.20 mata atau 0.33 peratus kepada 1,575.66 daripada 1,570.46 sewaktu dagangan ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka dengan menokok 3.21 mata kepada 1,573.67.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 295 berbanding 186 manakala 333 kaunter tidak berubah, 1,383 tidak diniagakan manakala sembilan lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 622.56 juta unit bernilai RM248.78 juta.

Sementara itu, firma pembrokeran Malacca Securities Sdn Bhd yakin kalangan peniaga akan terus memburu saham-saham yang terjejas dalam sesi dagangan hari ini.

“Ada kemungkinan berlakunya minat belian baharu berikutan jualan singkat intra hari dan jualan singkat peniaga harian yang dilanjutkan selama enam bulan lagi kepada 29 Ogos, 2021,” katanya dalam nota penyelidikan pada Selasa.

Firma itu turut menjangkakan aktiviti membeli saham berharga rendah itu akan ketara dalam sektor teknologi selepas susut ketara pada dagangan Isnin.

Malah, peniaga juga berkemungkinan mengalihkan tumpuan terhadap saham-saham minyak dan gas berikutan pengukuhan harga minyak mentah Brent yang melonjak melepasi US$65 setong, katanya.

“Kami mengunjurkan indeks petunjuk utama terus mencatat dagangan yang tidak berubah dengan paras sokongan sekitar 1,550 dan rintangan pada 1,590-1,600,” katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Petronas Chemicals naik 10 sen kepada RM7.65, CIMB, IHH dan Maxis masing-masing meraih empat sen kepada RM4.20, RM5.12 dan RM4.70 manakala Public Bank untung dua sen kepada RM4.12.

Bagi saham aktif, Mobilia yang mencatat kemunculan pertamanya di Pasaran ACE, melonjak 51.5 sen kepada 74.5 sen dengan 72.87 juta saham didagangkan.

Pengeluar perabot rumah itu disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada Selasa dengan harga sahamnya dibuka pada 65 sen iaitu melonjak sebanyak 183 peratus berbanding harga tawaran awam permulaan pada 23 sen.

Kaunter aktif lain termasuk Velesto, Dynaciate dan Hubline yang masing-masing naik setengah sen kepada 17.5 sen, 14.5 sen dan 5.5 sen manakala Alam Maritim Resouces tidak berubah pada 10 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 33.81 mata kepada 11,581.40, Indeks FBMT 100 meraih 31.64 mata kepada 11,262.37 dan Indeks Syariah FBM Emas meningkat 28.18 mata kepada 13,010.39.

FBM 70 menokok 21.72 mata kepada 15,312.34 dan FBM ACE melonjak 131.0 mata kepada 11,441.12.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 42.73 mata kepada 14,807.54, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meraih 0.85 mata kepada 181.57 manakala Indeks Perladangan susut 13.89 mata kepada 7,117.69.

– BERNAMA

Share211ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

6 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In