• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Aktiviti Jualan Babitkan Kaunter Sarung Tangan Heret Turun Prestasi Bursa Untuk Hari Kedua Berturut-Turut

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Keuntungan awal yang dicatatkan oleh Bursa Malaysia tidak mampu bertahan, sekali gus menyaksikan urus niaga di bursa tempatan ditutup pada paras rendah seharian untuk hari kedua berturut-turut.

Indeks utama terjejas oleh kegiatan jualan berterusan membabitkan kaunter berwajaran tinggi sarung tangan getah di celah-celah pemulihan berikutan ketibaan vaksin untuk membendung penularan COVID-19.

Pada pukul 5 petang, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 5.41 mata atau 0.34 peratus kepada 1,565.05 daripada 1,570.46 pada penutup petang Isnin.

Pada pembukaan pagi ini, indeks utama dibuka 3.21 mata lebih tinggi kepada 1,573.67 dan bergerak antara 1,565.05 dan 1,680.68 sepanjang hari.

Bagaimanapun, pergerakan harga di pasaran kekal positif menyaksikan kaunter untung mengatasi rugi dengan julat yang amat tipis iaitu 603 berbalas 602 manakala 450 kaunter tidak berubah, 542 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan turun kepada 11.45 bilion saham bernilai RM5.54 bilion berbanding 13.30 bilion unit bernilai RM5.70 bilion pada Isnin.

Mengulas mengenai prestasi FBM KLCI, ketua penyelidikan Inter-Pacific Securities Sdn Bhd Victor Wan berkata ketibaan vaksin COVID-19 telah mengurangkan permintaan untuk sarung tangan getah dan mendorong para pelabur untuk melepaskan pegangan masing-masing dalam saham sarung tangan.

“Melihat ke tahun 2021, permintaan sarung tangan (getah) mungkin akan menyusut,” kata beliau kepada Bernama.

Bagaimanapun, Wan menambah para pelabur telah mula beralih ke saham yang berpotensi untuk pemulihan seperti kaunter permainan/pertaruhan seperti Genting dan Genting Malaysia yang mendahului kenaikan dalam indeks utama hari ini.

Selain itu, beliau berkata syarikat penerbangan tambang murah  AirAsia X (AAX) dan AirAsia Group juga mula mendapat tarikan daripada pelabur setelah terdapatnya laporan media mengenai cadangan penyusunan semula AirAsia X Bhd (AAX) serta diaporkan juga pemain poker Hong Kong, Stanley Choi Chiu Fai telah muncul sebagai pemegang saham utama AirAsia Group.

Sementara itu daripada 30 kaunter di FBM KLCI, kaunter sarung tangan getah Hartalega turun 58 sen kepada RM11.06, Top Glove menyusut 11 sen kepada RM5.67 sementara Supermax jatuh lapan sen kepada RM5.45.

Saham berwajaran tinggi lain yang mengalami tekanan jualan termasuk Hong Leong Bank yang turun 28 sen kepada RM17.40 sementara Maybank dan Axiata masing-masing susut enam sen kepada RM7.89 dan RM3.35.

Bagaimanapun, saham mewah seperti Genting meningkat 17 sen kepada RM4.65 dan Genting Malaysia mengukuh 11 sen kepada RM2.87.

Kaunter paling cergas diterajui oleh Tech-X, menambah satu sen kepada 19 sen, diikuti oleh AirAsia X yang naik dua sen hingga 10 sen.

AirAsia Group naik 13.5 sen kepada 95 sen, Mobilia yang disenaraikan di Pasaran Ace meningkat 32.5 sen kepada 55.5 sen sementara DGB Asia tidak berubah pada sembilan sen.

Selain Hartalega dan Hong Leong Bank, saham rugi utama lain termasuk MPI yang turun 86 sen kepada RM36.38, KESM jatuh 40 sen kepada RM16.10 dan Latitude Tree menyusut 21 sen kepada RM4.05.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 3.22 mata kepada 11,550.81, tetapi Indeks FBMT 100 turun 1.90 mata kepada 11,228.83 dan Indeks FBM Emas Syariah menyusut 3.71 mata kepada 12,978.50.

FBM 70 melonjak 138.86 mata kepada 15,429.48 sementara FBM ACE jatuh 200.77 mata kepada 11,109.35.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 67.98 mata kepada 14,696.82, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian jatuh 0.14 mata kepada 180.58 tetapi Indeks Perladangan 11.60 mata lebih tinggi kepada 7,143.18.

Indeks Penjagaan Kesihatan merosot 21.13 mata kepada 3,378.15.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama mengecil kepada 7.07 bilion saham bernilai RM4.48 bilion daripada 7.19 bilion saham bernilai RM4.42 bilion pada Isnin.

Jumlah dagangan waran pula meningkat kepada 481.72 juta unit bernilai RM69.06 juta daripada 443.95 juta unit bernilai RM62.71 juta semalam.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE menyusut kepada 3.89 bilion saham bernilai RM982.33 juta berbanding 5.66 bilion saham bernilai RM1.21 bilion sebelumnya.

Produk pengguna dan perkhidmatan merangkumi 1.57 bilion saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (1.43 bilion), pembinaan (298.17 juta), teknologi (1.19 bilion), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (111.34 juta), hartanah (408.53 juta), perladangan (34.01 juta), REIT (8.95 juta), dana tertutup (30,000), tenaga (1.57 bilion), penjagaan kesihatan (91.87 juta), telekomunikasi dan media (82.55 juta), pengangkutan dan logistik (203.41 juta) dan utiliti (41.70 juta).

— BERNAMA

Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In