• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Berita Mengenai Vaksin Dorong Minat Belian Di Kaunter Farmaseutikal

in Market Update
A A
Unit Bintai Kinden Meterai MOU Bekalkan Peti Sejuk Beku Untuk Simpan Vaksin Covid-19
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 22 Feb (Bernama) – Ketibaan kumpulan pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech pada Ahad telah mendorong minat belian di kaunter farmaseutikal pada sesi pagi ini.

Pada 10.13 pagi, Pharmaniaga Bhd menyaksikan sahamnya naik tujuh sen kepada RM4.93 dengan 517,000 saham diniagakan manakala saham Duopharma Biotech Bhd meningkat satu sen kepada RM3.49 dengan 651,200 saham bertukar tangan.

Ho Wah Genting Bhd turut naik 2.5 sen kepada 70.5 sen dengan 10.21 juta saham diniagakan.

Bagaimanapun, rasa gembira disebabkan vaksin tidak memberi prospek yang baik kepada kaunter sarung tangan getah.

Pada 10.13 pagi, Top Glove Corporation Bhd mencatatkan tekanan jualan yang tinggi dengan sahamnya merosot 19 sen kepada RM5.86, dengan 6.61 juta saham diniagakan.

Pada masa sama, Supermax Corporation Bhd susut 24 sen kepada RM5.56, dengan 5.13 juta saham diniagakan manakala Hartalega Holdings Bhd berkurangan empat sen kepada RM12.02, dengan 672,300 saham bertukar tangan.

Rakuten Trade Sdn Bhd yakin sentimen akan ditingkatkan oleh berita mengenai adanya vaksin COVID-19.

Bagaimanapun, prestasi dijangka disangkal berikutan kaunter sarung tangan akan menyaksikan jualan yang berterusan, katanya dalam nota hari ini.

Dengan kumpulan pertama 312,390 dos vaksin Pfizer-BioNTech tiba di negara ini pada Ahad, Malaysia kini menyertai komuniti global dalam usaha memerangi koronavirus dengan lebih hebat. 

– BERNAMA

Share241ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In