• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Didorong Oleh Kegiatan Membeli Saham Murah

in Market Update
A A
Kerugian Semalaman Wall Street Punca Bursa Malaysia, Serantau Dibuka Rendah Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi, didorong oleh kegiatan membeli saham murah meskipun sesi urus niaga semalaman Wall Street mempamerkan prestasi lemah.

Pada pukul 9.03 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.82 mata kepada 1,581.66 daripada 1,575.84 ketika ditutup petang Khamis.

Indeks utama dibuka pagi ini lebih tinggi sebanyak 4.34 mata kepada 1,580.18.

Di pasaran secara meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 257 berbalas 215 manakala 306 kaunter tidak berubah, 1,398 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 516.42 juta unit bernilai RM185.68 juta.

Sementara di Wall Street, indeks S&P 500 susut 0.44 peratus, Dow Jones turun 0.38 peratus dan Nasdaq merosot 0.72 peratus.

Malacca Securities Sdn Bhd dalam nota penyelidikannya berkata peniaga mungkin mengambil keuntungan daripada kaunter minyak dan gas selepas kenaikan baru-baru ini.

“Kami juga merasakan peserta pasaran akan mengambil bahagian dalam saham berkaitan pengguna, perladangan dan perabot menjelang musim pelaporan tahun kewangan masing-masing minggu depan,” katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik satu sen kepada RM7.94, Public Bank meningkat dua sen kepada RM4.13, Top Glove menambah tiga sen kepada RM6.10 sementara PChem dan Tenaga masing-masing tidak berubah pada RM7.47 dan RM9.85.

Kaunter paling cergas, Dagang Nexchange naik 2.5 sen kepada 79.5 sen, Pegasus setengah sen lebih tinggi pada tiga sen sementara Sapura Energy dan Lambo masing-masing tidak berubah pada 15.5 sen dan 2.5 sen.

Dalam pada itu, Velesto Energy turun setengah sen kepada 17.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 28.66 mata kepada 11,598.62, Indeks FBMT 100 meningkat 36.4 mata kepada 11,284.11 dan Indeks FBM Emas Syariah 40.48 mata lebih tinggi pada 13,096.81.

FBM 70 menambah 29.56 mata kepada 15,260.56 dan FBM ACE meningkat 88.39 mata kepada 11,176.35.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 14.24 mata kepada 14,788.88 sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.2 mata kepada 181.25 dan Indeks Perladangan naik 15.95 mata kepada 7,191.83.

– BERNAMA

Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In