• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, May 31, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Bercampur-Campur

in Market Update
A A
Kerugian Semalaman Wall Street Punca Bursa Malaysia, Serantau Dibuka Rendah Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) — Harga saham di Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi ini bercampur-campur dengan beberapa kegiatan pengambilan untung berserta pembelian lemah di pasaran ACE, kata para peniaga.

Ketika dagangan berhenti rehat tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) meningkat 3.28 mata kepada 1,579.12 selepas bergerak antara 1,573.84 dan 1,582.53 sepanjang sesi urus niaga pagi.

Pagi ini, indeks dibuka 4.34 mata lebih tinggi pada 1,580.18 berbanding 1,575.84 ketika ditutup semalam.

Di pasaran secara meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 651 berbalas 464 manakala 423 kaunter tidak berubah, 638 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 9.1 bilion unit bernilai RM3.69 bilion.

Pasaran serantau turut lesu pada Jumaat dengan Nikkei Jepun turun 1.24 peratus kepada 29,860.79, Hang Seng Hong Kong susut 0.85 peratus kepada 30,335.51 dan STI Singapura merosot 1.28 peratus kepada 2,871,74.

Menurut Public Investment Bank, bursa tempatan mungkin berlegar pada tahap negatif hari ini, mengambil petunjuk daripada kejatuhan pasaran saham Amerika Syarikat (AS) selepas penjualan hutang kerajaan AS, yang tercetus oleh jangkaan bahawa pakej rangsangan Joe Biden bernilai US$1.9 trilion akan mendorong tahap inflasi menjadi lebih tinggi.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik tiga sen kepada RM7.96, Public Bank meningkat satu sen kepada RM4.12 sementara Tenaga tidak berubah pada RM9.85.

Sementara itu, PChem turun tiga sen kepada RM7.44 dan Top Glove menyusut empat sen kepada RM6.03.

Kaunter paling cergas, Dagang Nexchange turun tiga sen kepada 74 sen sementara Managepay meningkat 5.5 sen kepada 26.5 sen, EA Holdings setengah sen lebih tinggi pada 4.5 sen dan Iris Corporation menambah 1.5 sen kepada 39.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 28.25 mata kepada 11,598.21, Indeks FBMT 100 meningkat 30.79 mata kepada 11,278.5 dan Indeks FBM Emas Syariah mengukuh 21.75 mata pada 13,078.07.

FBM 70 menambah 70.25 mata kepada 15,301.27 dan FBM ACE melonjak 163.7 mata kepada 11,251.65.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 1.83 mata kepada 14,804.95, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.66 mata kepada 181.71 sementara Indeks Perladangan turun 17.44 mata kepada 7,158.44.

– BERNAMA

Share221ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In