• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, May 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Perbankan, O&G, Sektor Penerbangan Raih Manfaat Daripada Program Imunisasi

in Catalyst
A A
HWGB Biotech Harap Dapat Jalin Kerjasama Dengan Mosti Berhubung Vaksin Covid-19

Kredit Gambar: Berita Harian

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) — Sektor perbankan, minyak dan gas (O&G) serta sektor penerbangan di Bursa Malaysia dijangka memperoleh manfaat daripada sudut pandangan pelabur susulan daripada Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (NIP) yang dilancarkan oleh kerajaan semalam, kata seorang Ahli Ekonomi.

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim berkata pelaksanaan program imunisasi itu akan mengembalikan semula keyakinan perniagaan di Malaysia dan seterusnya memacu pertumbuhan ekonomi dengan lebih banyak kelonggaran sekatan perjalanan dijangka akan berlaku.

“Oleh kerana jumlah pergerakan perjalanan mungkin meningkat selepas tempoh vaksinasi dengan syarat vaksin tersebut terbukti berkesan, syarikat penerbangan akan meningkatkan kapasiti penerbangannya seterusnya menyebabkan penggunaan bahan bakar lebih tinggi, ia adalah baik bagi sektor O&G,” katanya kepada Bernama, hari ini.

Dalam pada masa yang sama, Adam berkata sektor sarung tangan mungkin mengalami kesan buruk kerana para pelabur dapat merasakan bahawa sarung tangan getah tidak lagi diperlukan berbanding dengan pada waktu awal penularan COVID-10 dahulu.

“Pembuat sarung tangan yang sedang berkembang maju mungkin akan terjejas dan mengalami penurunan permintaan kerana sentimen dalam kalangan orang ramai menunjukkan bahawa mereka skeptik terhadap permintaan bagi tempoh selepas program vaksinasi.

“Bagaimanpun, permintaan kekal stabil pada masa depan dalam persekitaran tahap kesedaran yang semakin tiggi mengenai amalan kebersihan di kebanyakan tempat di seluruh dunia,” kata Adam.

Mengenai tanggapan bahawa syarikat logistik dijangka juga mendapat keuntungan daripada kesan limpahan NIP, Adam berpendapat bahawa pasti timbul beberapa masalah melibatkan logistik vaksin.

“Vaksin perlu disimpan dalam suhu yang ditetapkan dan tidak banyak penyedia gudang yang memiliki kemampuan ini, justeru mungkin ada wujud masalah ketika mengedarkan dan menyimpan vaksin tersebut,” kata Adam.

Adam juga menyarankan agar syarikat logistik memperluaskan perniagaan mereka dengan terlibat dalam pengurusan pengedaran dan penyimpanan vaksin kerana akan mendapat permintaan tinggi apabila program imunisasi vaksin itu dilancarkan.

Malaysia akan memulakan progam imunisasi itu pada 26 Februari depan,  ia adalah program vaksinasi terbesar yang pernah dilakukannya dalam usaha untuk melindungi rakyat daripada COVID-19.

Penghantaran vaksin pertama dijadual dihantar lima hari lebih awal, iaitu pada 21 Februari.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi individu pertama yang akan menerima suntikan vaksin COVID-19 pada 26 Februari ini diikuti pasukan petugas hadapan di bawah NIP itu yang dijangka akan berlangsung sehingga bulan Februari tahun depan.

Perdana Menteri berkata demikian ketika beliau melancarkan buku panduan mengenai program imunisasi yang telah menerapkan pendekatan seluruh anggota kerajaan dan masyarakat.

Buku panduan dengan slogan “Lindung Diri, Lindung Semua” (Protect Oneself, Protect Everyone) itu boleh dimuat turun dari www.vaksincovid.gov.my. 

Buku panduan itu memberikan perincian program imunisasi dan akan menjadi sumber rujukan bagi penggubal dasar dan pelaksana serta orang ramai, ia dikeluarkan menjelang penghantaran pertama vaksin COVID-19 ke Malaysia, katanya.

Menurut laporan, bagi pesanan vaksin Pfizer oleh Malaysia, kumpulan pertama melibatkan satu juta dos (untuk 500,000 orang, setiap orang akan menerima sebanyak dua dos) ia dijadual tiba pada akhir bulan Februari dengan 1,7 juta dos lagi pada suku kedua tahun 2021, manakala 5.8 juta dos pada suku ketiga tahun 2021 dan 4.3 juta dos pada suku keempat tahun 2021.

— BERNAMA

Share238ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In