• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 15, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Model Perniagaan Berdaya Tahan MR DIY Tawar Pendapatan Mampan

in Catalyst
A A
Model Perniagaan Berdaya Tahan MR DIY Tawar Pendapatan Mampan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) — Model perniagaan MR D.I.Y. Group (M) Bhd yang berdaya tahan akan terus menggalakkan pertumbuhan pendapatan yang mampan, didorong oleh pengembangan rangkaian dan pertumbuhan jualan kedai yang sama (SSSG).

RHB Research dalam nota hari ini berkata jurang penilaian antara Mr DIY dan saham pengguna permodalan besar yang lain akan berkurangan berdasarkan asas syarikat yang kukuh, profil pertumbuhan yang baik dan potensi penyertaannya dalam FBM KLCI.

“Pada asasnya, kami yakin pengagihan pendapatan yang konsisten dan potensi pertumbuhan yang mampan — berikutan pertumbuhan industri pembaikan rumah yang kukuh dan sumbangan yang meningkat daripada jenama baharu dalam jangka masa panjang — akan menjadi pemangkin kepada penarafan semula saham,” katanya.

Firma penyelidikan itu berkata dari segi penilaian, Mr DIY diniagakan pada diskaun tidak wajar kira-kira 16 peratus berbanding saham pengguna permodalan besar walaupun mempunyai profil pertumbuhan pendapatan yang baik.

“Kami menjangka jurang itu akan berkurangan berdasarkan sasaran pasaran saham pengguna patuh Syariah yang besar dan kemungkinan yang tinggi untuk penyertaan Mr DIY dalam FBM KLCI dalam semakan semula yang akan datang,” katanya.

Katanya pendapatan MR DIY untuk tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2020 naik 13 peratus kepada RM2.56 bilion daripada RM2.27 bilion pada tahun kewangan 2019 manakala keuntungan bersihnya meningkat kepada RM337.16 juta daripada RM317.56 juta sebelum ini. 

Oleh itu, RHB Research mengekalkan saranan “beli” ke atas saham Mr DIY dan menyemak semula harga sasaran kepada RM3.95 daripada RM3.20 sebelum ini.

— BERNAMA

Share236ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In