• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Meskipun Pasaran Ekuiti Global Agak Lesu

in Market Update
A A
Kerugian Semalaman Wall Street Punca Bursa Malaysia, Serantau Dibuka Rendah Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi Khamis ini walaupun pasaran ekuiti global agak lesu manakala prestasi semalaman Wall Street pula bercampur-campur.

Pada pukul 9.06 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 1.73 mata kepada 1,597.02 daripada 1,595.29 ketika ditutup petang Rabu.

Ketika dibuka, indeks utama meningkat 4.02 mata lebih tinggi pada 1,599.31.

Di pasaran secara meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 315 berbalas 221 sementara 325 kaunter tidak berubah, 1,316 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 671.38 juta unit bernilai RM232.03 juta.

Di Wall Street, indeks S&P 500 susut 0.03 peratus, Dow Jones naik 0.29 peratus dan Nasdaq turun 0.58 peratus.

Menurut Public Investment Bank dalam nota penyelidikannya, ia berkata pasaran ekuiti global menyusut pada Rabu selepas mencatatkan kenaikan tertinggi pada sesi sebelumnya.

Ini susulan tindakan para pelabur menjual saham syarikat berkaitan teknologi sementara prospek peningkatan inflasi pula mungkin boleh mengekang pemulihan ekonomi global.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank turun empat sen kepada RM8.05 dan Top Glove menyusut lima sen kepada RM6.14.

Sementara itu, Public Bank naik satu sen kepada RM4.20, PChem mengukuh dua sen kepada RM7.55 dan Tenaga meningkat lapan sen kepada RM9.94.

Saham paling cergas pula, Alam Maritim, Sapura Energy dan Velesto Energy masing-masing naik satu sen kepada 10.5 sen, 16 sen dan 17.5 sen manakala TA Win menambah tiga sen kepada 25 sen dan Bumi Armada meningkat dua sen kepada 40 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 22.26 mata kepada 11,705.61, Indeks FBMT 100 meningkat 16.53 mata kepada 11,385.94 dan Indeks FBM Emas Syariah menambah 34.21 mata pada 13,152.46.

FBM 70 pula menokok 38.43 mata kepada 15,368.5 sementara FBM ACE turun 14.17 mata kepada 11,252.39.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 13.84 mata kepada 15,081.84, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.2 mata kepada 182.78 dan Indeks Perladangan naik 22.56 mata kepada 7,132.26.

– BERNAMA

Share246ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

1 year ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In