• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sebelum Susut Kerana Aktiviti Pengambilan Untung

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sebelum Susut Kerana Aktiviti Pengambilan Untung
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi Rabu ini sebelum susut selepas kemunculan aktiviti pengambilan untung, diikuti dengan prestasi lesu semalaman di Wall Street.

Pada pukul 9.07 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) lega 0.45 mata kepada 1,605.69 daripada 1,606.14 ketika ditutup pada petang Selasa.

Indeks utama dibuka 3.37 mata lebih tinggi kepada 1,609.51.

Di pasaran secara meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 302 berbalas 225 manakala 359 kaunter tidak berubah, 1,282 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 585.24 juta unit bernilai RM260.31 juta.

Di Wall Street, indeks S&P 500 turun 0.06 peratus, Dow Jones naik 0.2 peratus dan Nasdaq susut 0.34 peratus.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd dalam catatannya, ia percaya sentimen seharusnya kekal positif walaupun trend dagangan bercampur-campur di Wall Street dan lanjutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) di beberapa negeri.

“Kami berpendapat kenaikan berterusan harga minyak mentah dan garis masa yang lebih jelas untuk program vaksinasi COVID-19 akan menjadi tumpuan ekonomi untuk pulih.

“Memandangkan kita akan memasuki musim pelaporan prestasi kewangan, syarikat-syarikat yang pastinya mencatatkan keuntungan tinggi akan mendapat lebih perhatian,” katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank turun tujuh sen kepada RM8.07, PChem susut lima sen kepada RM7.70 manaka IHH Healthcare tidak berubah pada RM5.10.

Sementara itu, Public Bank naik dua sen kepada RM4.24 dan Tenaga menokok lima sen kepada RM9.95.

Untuk kaunter paling cergas, DGB Asia, Sapura Energy, Velesto dan Techna-X masing-masing meningkat satu sen kepada 15.5 sen, 14.5 sen, 16 sen dan 17 sen sementara Dagang Nexchange dan Icon Offshore naik setengah sen setiap satu menjadi 54.5 sen dan 13 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 4.32 mata kepada 11,745.68, Indeks FBMT 100 turun 6.17 mata kepada 11,441.32 sementara Indeks FBM Emas Syariah meningkat 12.4 mata pada 13,194.56.

FBM 70 turun 19.84 mata kepada 15,418.45 dan FBM ACE menyusut 78.22 mata kepada 11,273.9.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 51.23 mata kepada 15,138.51, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut  0.32 mata kepada 183.97 manakala Indeks Perladangan naik 9.42 mata kepada 7,123.68.

– BERNAMA

Share245ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In