• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, July 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Lebih Rendah, Prestasi Bursa Serantau Bercampur-Campur

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sebelum Susut Kerana Aktiviti Pengambilan Untung
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) — Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi urus niaga lebih rendah hari ini berikutan kegiatan pengambilan untung yang berterusan.

Peniaga berkata ia turut didorong oleh prestasi bercampur-campur bursa serantau serta kelesuan urus niaga semalaman di Wall Street.

Ketika urus niaga berhenti rehat tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) lega 8.1 mata kepada 1,598.04 selepas bergerak antara 1,596.45 dan 1,609.51 sepanjang sesi pagi.

Pada pembukaan pagi ini, indeks utama dibuka 3.37 mata lebih tinggi pada 1,609.51 berbanding 1,606.14 ketika ditutup petang Selasa.

Di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 600 berbalas 467 manakala 428 kaunter tidak berubah, 673 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah sebanyak 5.99 bilion unit bernilai RM2.78 bilion.

Sementara itu, bursa serantau menyaksikan Nikkei Jepun turun 0.48 peratus menjadi 30,321.46, Hang Seng Hong Kong meningkat 0.65 peratus kepada 30,946.1 dan STI Singapura menyusut 0.46 peratus kepada 2,921.75.

Menurut Rakuten Trade Sdn Bhd dalam notanya hari ini, ia berkata pergerakan Wall Street berhenti rehat seketika dengan para pelabur menjauhi pasaran selepas perolehan bon meningkat. Pelabur bimbang ini akan menjurus kepada kemungkinan kenaikan kos pinjaman.

Di pasaran domestik pula, sementara FBM KLCI kembali tunduk kepada aktiviti penjualan lewat semalam terutama membabitkan kaunter sarung tangan, Rakuten turut maklum dana kini beralih ke syarikat permodalan kecil.

“Walaupun FBM KLCI mungkin melihat pemulihan melepasi paras 1,610, jumlah dagangan yang melonjak menunjukkan bahawa peruncit telah kembali.

“Kami menjangkakan minat pelabur akan kekal pada saham minyak dan gas dengan minyak mentah Brent kekal melebihi paras US$63 setong,” katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank turun lima sen kepada RM8.09, Public Bank menyusut satu sen kepada RM4.21 dan PChem lebih rendah 23 sen kepada RM7.52.

Sementara itu, Tenaga menambah tiga sen kepada RM9.93 dan Top Glove meningkat sembilan sen kepada RM6.15.

Bagi saham paling cergas, DGB Asia turun tiga sen kepada 11.5 sen dan Lambo berkurangan setengah sen kepada 2.5 sen sementara Sapura Energy dan Dagang Nexchange masing-masing meningkat satu sen kepada 14.5 sen dan 55 sen.

Dataprep pula menambah 19 sen kepada 61 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 50.69 mata kepada 11,699.31, Indeks FBMT 100 merosot 56.77 mata kepada 11,390.72 dan Indeks FBM Emas Syariah susut 54.25 mata pada 13,127.9.

FBM 70 merosot 72.96 mata kepada 15,365.33 dan FBM ACE jatuh 87.14 mata kepada 11,264.99.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 60.02 mata kepada 15,129.72, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 1.74 mata kepada 182.55 dan Indeks Perladangan merosot 3.38 mata kepada 7,110.88.

– BERNAMA

Share375ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

12 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

12 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In