• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini

in Market Update
A A
Kerugian Semalaman Wall Street Punca Bursa Malaysia, Serantau Dibuka Rendah Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada awal dagangan pagi Isnin, mencecah paras 1,600 setelah saham Wall Street melonjak pada Jumaat lepas dengan Indeks Komposit S&P 500 dan Nasdaq mencatatkan rekod ketika penutupan urus niaga.

Pada pukul 9.12 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 12.14 mata kepada 1,611.56 daripada 1,599.42 ketika ditutup Khamis lepas.

Pada pembukaan, indeks dibuka 7.58 mata lebih tinggi pada 1,607.00.

Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 453 berbalas 174 manakala 366 kaunter tidak berubah, 1,168 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 771.39 juta unit bernilai RM370.47 juta.

Jumaat lepas, indeks S&P 500 mengukuh 0.47 peratus, Dow Jones meningkat 0.09 peratus dan Nasdaq lebih tinggi sebanyak 0.5 peratus.

Dalam satu kenyataan hari ini, Public Investment Bank berkata para pelabur mempertimbangkan prospek akan peningkatan rangsangan fiskal serta kemungkinan kadar inflasi yang lebih tinggi.

“Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen pada Jumaat memberitahu para menteri kewangan dan gabenor bank pusat dari negara-negara Kumpulan Tujuh agar menyokong sepenuhnya pelan fiskal bagi meningkatkan pemulihan ekonomi yang berkekalan,” katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik empat sen kepada RM8.02, PChem meningkat 11 sen kepada RM7.61, TM lebih tinggi 16 sen kepada RM6.76, Tenaga meningkat 10 sen kepada RM10.16 dan Axiata mengukuh lima sen kepada RM3.48.

Saham paling cergas, Dagang Nexchange naik 2.5 sen kepada 45.5 sen, Techna-X meningkat 1.5 sen kepada 15 sen, Luster Industries dan Velesto masing-masing menambah setengah sen kepada 23 sen dan 14 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menokok 84.75 mata kepada 11,746.57, Indeks FBMT 100 mengembang 79.93 mata kepada 11,459.97 dan Indeks FBM Emas Syariah meningkat 103.69 mata pada 13,223.94.

FBM 70 lebih tinggi 82.46 mata kepada 15,354.11 dan FBM ACE meningkat 13.00 mata kepada 10,896.23.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 74.37 mata kepada 15,112.84, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.4 mata kepada 181.97 dan Indeks Perladangan mengembang 43.64 mata kepada 7,189.33.

– BERNAMA

Share205ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In