• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 15, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Tempoh Getir Dihadapi Industri Minyak Dan Gas Dianggap Telah Berakhir

in Catalyst
A A
Pemulihan Ketara Dalam Sektor Minyak & Gas Dijangka Pada Separuh Kedua 2021
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Bernama) —  Dalam jangka masa pendek, tempoh getir yang diharungi industri minyak dan gas nampaknya kelihatan telah berakhir selepas bencana pada 2020 yang disebabkan oleh kejutan bekalan, penurunan permintaan yang belum pernah berlaku sebelum ini bagi komoditi itu dan krisis kemanusiaan global akibat daripada pandemik COVID-19. 

Penolong Profesor, Perniagaan dan Masyarakat Asia School of Business Dr Renato Lima de Oliveira berkata pasaran minyak umumnya telah kembali stabil pada harga yang selesa pada US$55 setong berikutan langkah pengurangan pengeluaran yang diambil oleh OPEC+ sejak lewat April tahun lepas.

Pada April 2020, Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutu-sekutunya memuktamadkan perjanjian untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 9.7 juta sehari, penurunan pengeluaran terbesar dalam sejarah bagi menyokong harga yang jatuh merudum disebabkan penularan COVID-19 yang mengehadkan permintaan dan perang harga antara Arab Saudi dan Rusia awal bulan itu.  

De Oliveira berkata langkah itu telah mengurangkan kira-kira 10 peratus pengeluaran minyak dalam pasaran. 

“Tidak mungkin 2021 akan berlaku kejutan seperti 2020,” katanya kepada Bernama. 

Bagaimanapun, dua persoalan utama masih berlegar bagi 2021, iaitu sepantas mana keseluruhan aktiviti ekonomi dan pergerakan terutamanya akan kembali normal seperti keadaan sebelum pandemik dan selama mana OPEC+ akan mengekalkan langkah pengurangan pengeluarannya.

“Jawapan kepada soalan pertama adalah, ia bergantung kepada penularan COVID-19, yang setakat ini masih belum mereda, dengan kebanyakan sempadan masih ditutup. 

“Jawapan kedua akan bergantung kepada politik — rundingan dalaman OPEC dan kemungkinan akan tercetus lagi pertelagahan perebutan bahagian pasaran berbanding paras harga pada 2021 yang akan menyebabkan penurunan harga,” kata de Oliveira. 

INDUSTRI MINYAK & GAS GLOBAL

Memandangkan jumlah kes COVID-19 melonjak di seluruh dunia, laporan mengenai vaksin telah menjanjikan keadaan pandemik yang sukar ini akan berakhir.

Pelaksanaan suntikan vaksin COVID-19 di seluruh dunia telah mendorong pemulihan ekonomi global untuk mencatatkan kemajuan lebih kukuh tahun ini, bagaimanapun terus mengekang industri minyak dan gas berikutan ketidaktentuan yang masih berterusan.

Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF)  telah menambah baik unjurannya terhadap ekonomi global pada 5.5 peratus tahun ini, lebih daripada pertumbuhan 5.2 peratus yang dibuat pada Oktober lepas, selepas program vaksin membantu membendung penyebaran koronavirus, sekali gus membolehkan kerajaan melonggarkan perintah sekatan.

Para pemerhati berkata harga minyak dan gas asli akan mencatatkan purata dalam lingkungan julat jangka sederhana di antara US$45 dengan US$65 setong pada 2021 memandangkan pasaran terus mengimbangi dalam keadaan pemulihan ekonomi global tidak sekata.

Perbezaan trajektori pertumbuhan ketara antara Asia, AS dan Eropah, serta di seluruh industri yang berlainan, akan memburukkan lagi pemulihan permintaan yang tidak sekata, menjadikan harga minyak dan gas tidak menentu dan mudah dipengaruhi oleh perubahan penawaran.

Ketika ini, harga minyak mentah Brent bergerak melepasi paras US$60 setong, paras tertinggi dalam tempoh setahun, berikutan dana lindung nilai menjangkakan keadaan pandemik dan tumpuan persekitaran pelaburan akan menjejaskan kemampuan syarikat dalam usaha meningkatkan pengeluaran.

Pemulihan permintaan minyak global yang berterusan bergantung kepada pengurusan pandemik yang berkesan di seluruh dunia.

De Oliveira berkata unjuran semasa bagi sehingga akhir tahun dengan mencatatkan 96.6 juta tong sehari (mb/d) daripada pengeluaran, yang masih rendah berbanding dengan permintaan sebelum pandemik berlaku, mengakibatkan kekangan margin bagi pembekal.

“Selain itu, pengusaha semakin bergelut untuk mengimbangi tekanan perolehan jangka pendek dengan pertimbangan peralihan tenaga jangka panjang, malah merancang keluar daripada sektor minyak dan gas serta melabur dalam tenaga boleh baharu,” katanya.

PRESIDEN BIDEN DAN AGENDA PERUBAHAN CUACA 

Januari lepas, Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden menandatangani beberapa siri perintah eksekutif yang memberi keutamaan ke atas perubahan iklim membabitkan semua peringkat kerajaan dan meletakkan AS di landasan yang betul bagi menangani masalah pelepasan karbon.

Perintah tersebut mengarahkan Setiausaha Dalam Negari untuk menghentikan pajakan minyak dan gas asli yang baharu di tanah awam dan kawasan perairan termasuk memulakan kajian menyeluruh ke atas permit sedia ada yang membabitkan pembangunan bahan api fosil.   

AS adalah antara pengeluar minyak dan pengguna terbesar komoditi itu pada 2019. 

Walaupun perintah baharu itu diwujudkan, de Oliveira menjelaskan tiada perubahan yang ketara akan berlaku ke atas pengeluaran minyak AS dalam jangka pendek, memandangkan banyak keputusan perniagaan telah dibuat beberapa bulan dan bertahun-tahun sebelum ini, 

Ketiadaan pajakan di tanah persekutuan akan menyebabkan penurunan minyak secara beransur-ansur dari luar pesisir Teluk Mexico dan kawasan darat tertentu seperti di New Mexico, yang mana, keluasan ekar persekutuan adalah amat signifikan. 

Beliau bagaimanapun berkata perintah ini hanya memberi kesan ke atas pajakan akan datang di kawasan yang dikawal oleh kerajaan persekutuan AS, jadi dasar baharu ini mempunyai skop yang agak terhad.

”AS akan terus menjadi penentu dalam pengeluaran minyak dan gas untuk bertahun-tahun akan datang, diperkukuhkan oleh kepelbagaian industrinya, hak harta persendirian serta peraturan tempatan,” kata de Oliveira. 

BAGAIMANA PRESTASI SEKTOR MINYAK DAN GAS MALAYSIA PADA TAHUN INI? 

Ketegangan ekonomi akibat pandemik COVID-19 akan menyebabkan syarikat minyak bersepadu meneruskan usaha mengehadkan pelaburan modal dan mengekalkan tunai pada 2021.

Aliran tunai operasi menjadi semakin baik namun terus lembap bagi syarikat minyak bersepadu pada 2021 dan perbelanjaan modal akan kekal tidak berubah seperti pada tahap 2020.

Bagaimanapun, banyak syarikat bersepadu akan terus mengubah keutamaan perbelanjaan ke arah usaha karbon rendah, mengekalkan atau meningkatkan belanjawan mereka untuk karbon rendah pada 2021.

De Oliveira mengganggarkan pengeluaran minyak dan gas Malaysia mencatat peningkatan kecil pada tahun ini kepada 1.745 juta tong setara minyak sehari (mboe/d) daripada 1.60 mboe/d tahun lepas.

Bagaimanapun, beliau berkata harga minyak yang rendah, tiada penemuan substantif baharu dan ketidakpastian baharu mengenai paras cukai di Malaysia menyebabkan pelaburan baharu dalam penerokaan dan pengeluaran tidak menggalakkan.

Tanpa pelaburan baharu yang signifikan, akan menjejaskan pekerjaan, bukan semalaman, sebaliknya berlaku secara berperingkat. 

“Keperluan untuk menghidupkan kembali sektor ini dan menyediakan insentif telah menjadi tajuk perbincangan dalam industri dan kerajaan sebagai sebahagian daripada dasar tenaga baharu negara, jadi, ini adalah cabaran-cabaran yang perlu diberi perhatian oleh pembuat dasar,” katanya.

— BERNAMA

Share248ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In