Fraser & Neave Holdings Berhad (KLSE: 3689) (F&N) adalah sebuah syarikat yang menghasilkan dan mengedar produk-produk minuman di Malaysia. Kini, F&N mempunyai 8 tapak penghasilan minuman dan mengedarkan sebanyak 220,000 minuman ke rangkaian mereka di Malaysia, Thailand, Kemboja dan juga Laos. F&N memiliki jenama minuman yang terkenal seperti F&N, 100 Plus, Nutrisoy, Ice Mountain, Gold Coin, Fruit Tree, Farmhouse dan Magnolia.
Nilai pasaran F&N yang terkini adalah sebanyak RM11.7 bilion. Mari kita lihat 10 perkara ini sebelum melabur saham F&N:
1. F&N Malaysia
Jumlah jualan F&N Malaysia telah merosot berpunca daripada sentimen pasaran dan peningkatan kos operasi baru-baru ini. Perolehan F&N telah merosot daripada RM2.6 bilion pada tahun 2015 kepada RM2.0 bilion pada tahun 2020. Keuntungan F&N Malaysia juga telah merosot daripada RM226.3 juta pada tahun 2015 kepada RM144.9 juta pada tahun 2020.

2. F&N Thailand
F&N Thailand pula telah mencatatkan peningkatan daripada segi perolehan dan keuntungan. Ianya disumbangkan oleh kejayaan strategi pemasaran dan pengiklanan di Thailand dan peningkatan eksport jualan di pasaran Indochina. Perolehan syarikat telah meningkat daripada RM1.5 bilion pada tahun 2015 kepada RM1.9 bilion pada tahun 2020.
Maka, keuntungan F&N Thailand telah meningkat daripada RM111.1 juta pada tahun 2015 kepada RM381.0 juta pada tahun 2020.

3. Keputusan Kewangan 6 Tahun Terkini
F&N telah mengekalkan jualan keseluruhannya di sekitar RM4.0 bilion setahun pada tahun 2015 sehingga tahun 2020. Pertumbuhan jualan yang dicatatkan oleh F&N Thailand telah menampung penurunan jualan daripada F&N Malaysia sepanjang tempoh tersebut. Keuntungan bersih syarikat juga telah meningkat daripada RM280.1 juta pada tahun 2015 kepada RM410.4 juta pada tahun 2020. Ini kerana pertumbuhan keuntungan daripada F&N Thailand melebihi kerugian F&N di Malaysia.
Untuk tempoh 6-tahun terkini, F&N mencapai purata ROE sebanyak 16.27% setahun. Ini bermaksud bahawa F&N telah berjaya menjana RM16.27 keuntungan bersih setahun daripada setiap RM100 ekuiti pemegang saham dari tahun 2015 sehingga tahun 2020.

4. Pengurusan Aliran Tunai
Pada tahun 2015 sehingga tahun2020, F&N telah menjana aliran tunai operasi sebanyak RM2.52 bilion, RM93.4 juta dalam pendapatan dividen dan faedah. Daripada jumlah tersebut, ia telah membayar:
– RM899.6 juta dalam pembelian property, plant & equipment (PPE) bersih.
– RM290.8 juta dalam pemulangan hutang jangka panjang bersih
– RM1.29 bilion dalam pembayaran dividen kepada pemegang saham.
F&N telah mengekalkan baki tunainya di sekitar paras RM500 juta untuk 6 tahun terkini dan ini membuktikan bahawa F&N merupakan sebuah syarikat yang berupaya untuk menjana aliran tunai operasi yang positif secara berterusan. Ini membolehkan F&N untuk membuat CAPEX dan membayar dividen secara berterusan kepada pemegang sahamnya.
5. Keputusan Kewangan 12 Bulan Terkini
Untuk 12 bulan terkini, F&N telah mencatatkan RM4.0 bilion di dalam perolehan. Ia telah menjana RM418.8 juta di dalam keuntungan bersih atau RM1.143 di dalam Earnings Per Share (EPS).

6. Kedudukan Kewangan Terkini
Pada Q1 2021, F&N telah mencatatkan RM117.4 juta di dalam liabiliti bukan semasa dan RM2.84 bilion di dalam ekuiti pemegangan saham. Maka, nisbah hutang F&N adalah sekitar 4.13%. Pada masa yang sama, F&N telah mencatatkan RM1.97 bilion untuk aset semasa dan RM782.2 juta untuk liabiliti semasa.
Maka, nisbah semasa F&N yang terkini adalah sebanyak 2.52.
7. Perkembangan Terkini
Pada tahun 2020, F&N telah menyiapkan projek-projek seperti:

Kini, F&N sedang giat menjalankan projek-projek seperti berikut:

8. P/E Ratio
Pada 1 Februari 2021, harga seunit saham F&N adalah RM31.90. Maka, P/E Ratio terkini adalah 27.91 jika ia dibandingkan dengan EPS-nya untuk tempoh 12 bulan terkini iaitu sebanyak 114.3 sen. Jika kita membandingkannya dengan P/E Ratio untuk tahun-tahun yang lalu (2015 sehingga 2020),jumlahnya hampir sama dengan purata nisbah untuk tempoh 6 tahun terkini.
P/E Ratio Terkini (12 Bulan EPS)
= Harga Saham Terkini / EPS 12 Bulan Terkini
= RM 31.90 / RM 1.143
= 27.91

9. P/B Ratio
Pada suku pertama tahun 2021, F&N telah merekodkan sebanyak RM7.75 di dalam aset bersih bagi sesaham. Maka, P/B Ratio terkini untuk F&N adalah 4.12. Jika kita bandingkannya dengan P/B Ratio untuk tahun-tahun yang lepas (2015 sehingga 2020), nisbah terkini adalah lebih rendah daripada nisbah purata untuk tempoh 6 tahun terkini.
P/B Ratio Terkini
= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham
= RM 31.90 / RM 7.75
= 4.12

10. Kadar Dividen
Pada tahun 2020, F&N telah mengumumkan bahawa syarikat akan membayar 60.0 sen di dalam Dividend Per Share (DPS). Maka, kadar dividennya terkini adalah 1.88% setahun. Jika nilai ini dibandingkan dengan kadar dividen untuk tahun-tahun yang lepas (2015 sehingga 2020), nisbah terkini adalah lebih rendah daripada nilai puratanya untuk tempoh 6 tahun terkini iaitu sebanyak 2.16%.
Kadar Dividen Terkini
= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%
= (RM 0.60 / RM 31.90) x 100%
= 1.88%

Kesimpulan:
Secara kesimpulannya, kami mendapati:

Jadi, wajarkah kita melabur di dalam saham F&N? Tepuk dada, tanya selera.
Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia.
Masih belum terlambat untuk belajar. Jika masih mencari kelas pelaburan SAHAM dari asas (atau zero) sampai boleh beli jual dengan pengetahuan fundamental, teknikal dan sentimen yang komprehensif, kami boleh bantu.
Bahasa mudahnya, kita belajar dari kosong step-by-step!
Kini dilancarkan,
WEBINAR SENANG SAHAM 2.0 bersama speaker:
Tuan Eza Ezamie
COO Majalah Labur
&
Tuan Iqbal Ilias
Technical Analyst (MSTA / CFTe)
#Hari 1 : 27 Februari 2021
Sabtu, 9 pagi – 5 petang
#Hari 2 : 28 Februari 2021
Ahad, 9 pagi – 5 petang
#Hari 3 : 1 Mac 2021
Isnin, 9 pagi – 5 petang
Ini adalah kelas intensif. Ini bukan kelas preview. Mana ada kelas preview sampai 3 hari?
Kita belajar slow slow dari rumah melalui aplikasi ZOOM.
Daftar sekarang di -> Webinar Senang Saham
Kenapa SENANG SAHAM?
Sebab saham ni dia senang untung dan senang rugi. Lepas belajar 3 hari nanti bukan kata boleh terus pandai. Benda ni perlu praktis. Sekurang-kurangnya tuan-tuan dah ada ilmunya. Ada duit tetapi tiada ilmu, tak jadi apa. Bila ada ilmu, banyak benda boleh dihasilkan. Tetapi kalau takut dan fobia dengan rugi janganlah terlibat dengan pasaran saham.
Kita akan belajar deep…
FUNDAMENTAL ANALISIS
TEKNIKAL ANALISIS
SENTIMEN
TRADING PLATFORM
SCREENER
Nak invest untuk long term?
Kami tunjukkan.
Nak trade untuk cari duit tepi?
Kami tunjukkan.
Nak beli saham sejam dua lepas tu jual?
Juga kami tunjukkan.
Daftar sekarang di -> Webinar Senang Saham



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)