• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 15, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Petronas Catat Pencapaian Operasi Autonomi Menerusi Teknologi O-Pas

in Catalyst
A A
Petronas Bayar Dividen Tambahan RM10 Bilion Menjelang Akhir November

Kredit gambar: NST

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) — Petronas dijangka mencatat kemajuan penting dalam operasi autonomi yang bertujuan mengoptimumkan sumber serta meminimumkan pendedahan pekerja kepada ancaman bahaya.

Menurut syarikat petroleum dan gas negara itu, usaha itu dilakukan menerusi langkah mewujudkan ujian serta percubaan lapangan industri berdasarkan teknologi ‘Open Process Automation Standard’ (Proses Automasi Terbuka Standard) atau O-PAS di kemudahan latihan Institut Teknologi Petroleum Petronas (INSTEP) di Batu Rakit, Terengganu.

“Percubaan lapangan O-PAS itu misalnya akan menguji aspek kebolehoperasian, keselamatan siber dan fungsi lanjutan pelbagai vendor sistem itu dalam aplikasi dunia sebenar.

“Ini termasuk penilaian penggunaan teknologi 5G dan kemampuannya dalam teknologi Open Process Automation (Proses Terbuka Automasi) atau OPA, penyepaduan internet pelbagai benda (IoT) industri yang menjadi sebahagian daripada inisiatif liberalisasi data, penyelenggaraan dan integrasi pelbagai operasi autonomi atau terpencil serta Sistem Kawalan Agihan sebagai platform pengkomputeran aliran fiskal,” katanya.

Petronas juga telah memilih untuk bekerjasama dengan Yokogawa iaitu penyedia penyelesaian automasi industri terkemuka global.

Kerjasama itu akan memperkukuh ketersediaan digital Petronas bagi model operasi Industri 4.0 yang disokong oleh kepakaran serta rangkaian global Yokogawa.

Malah, kerjasama tersebut merupakan satu pencapaian bermakna menerusi pemeteraian memorandum persefahaman antara kedua-dua syarikat itu tahun lepas yang membabitkan bidang kecemerlangan operasi, pengaturan perniagaan, pendidikan, pembangunan modal insan dan keupayaan.

Naib Presiden Kanan Pelaksanaan Projek dan Teknologi Petronas Samsudin Miskon menyifatkan kerjasama itu seiring dengan transformasi digitalisasi teknologi yang dijalankan untuk memenuhi sasaran perniagaan kumpulan serta keperluan tenaga pelanggan yang semakin meningkat.

“Sejajar dengan cabaran semasa dalam ekosistem tenaga serta lonjakan peralihan tenaga, Petronas sentiasa bergerak untuk mewujudkan penambahbaikan dalam kecekapan operasi serta mengurangkan jejak karbon demi masa depan yang mapan,” katanya.

Di bawah kerjasama itu, penglibatan dengan pembekal pihak ketiga, pengendali lain dan Universiti Teknologi Petronas akan diterokai bagi memberi manfaat kepada Petronas dan industri automasi di rantau Asia Pasifik.

Kemunculan teknologi automasi berdasarkan O-PAS ini menjanjikan platform perkongsian secara terbuka, sekaligus meningkatkan aspek ketangkasan liberalisasi data serta membolehkan model operasi baharu pada kos lebih rendah.

“Perkongsian data dan pengetahuan akan mempercepatkan pembangunan teknologi untuk manfaat semua,” kata Sharul A Rashid daripada pihak berkuasa teknikal (instrumen dan kawalan) kumpulan Petronas.

Petronas dan Yokogawa merupakan anggota Kumpulan Forum Proses Automasi Terbuka (OPAF) iaitu sebuah kumpulan menghimpukan pengguna akhir, penyepadu sistem, pembekal, ahli akademik dan pertubuhan standard yang bekerjasama bagi membangunkan spesifikasi menggunakan teknologi berkaitan bagi sistem kawalan proses akan datang — DCS masa depan.

Sebaik perincian sepenuhnya selesai, O-PAS akan membolehkan pembangunan sistem automasi yang selamat, berwibawa serta proses berskala dengan kebolehlaksanaan tinggi bagi operasi sedia ada dan baharu.

— BERNAMA

Share258ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In