• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, February 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Momentum Belian Pacu Peningkatan Bursa Malaysia Di Awal Dagangan

in Market Update
A A
Kerugian Semalaman Wall Street Punca Bursa Malaysia, Serantau Dibuka Rendah Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 10 Feb — Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pada awal dagangan Rabu, dipacu oleh momentum belian ketika terdapat ketidaktentuan kecil membabitkan kaunter sarung tangan yang dilihat masih lemah.

Pada jam 9.05 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.48 mata kepada 1,590.61 daripada 1,586.13 pada akhir dagangan Selasa.

Indeks penanda aras itu meraih 0.81 mata kepada 1,586.94 di awal dagangan Rabu.

Sentimen pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 263 berbanding 178 manakala 299 kaunter tidak berubah, 1,409 tidak diniagakan dan 14 lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 252.86 juta unit bernilai RM149.42 juta.

Sementara itu, Rakuten Trade dalam nota penyelidikannya berkata indeks utama itu dijangka menguji paras 1,590 dengan sedikit ketidaktentuan berikutan sentimen terhadap kaunter sarung tangan yang terus lemah.

“Selain itu, harga minyak mentah sebaliknya kekal berdaya tahan dengan harga minyak mentah Brent kini kukuh melebihi paras US$60 iaitu US$61.10 setong pada masa ini,” katanya.

Ia juga berpendapat bahawa minyak mentah Brent dijangka mencecah paras US$65 setong bagi 2021.

Dalam pada itu, saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank naik sembilan sen kepada RM8.04, PBBank meraih satu sen kepada RM4.15, Tenaga untung empat sen kepada RM9.74 manakala PChem tidak berubah pada RM7.56.

Bagi saham aktif, IRIS menokok setengah sen kepada 39 sen, DNex naik satu sen kepada 37 sen, FPGroup susut sembilan sen kepada 96 sen manakala Kanger berkurangan setengah sen kepada 11 sen dan Opcom tidak berubah pada 78 sen.

Kaunter untung menyaksikan Nestle melonjak 30 sen kepada RM137.60, Hartalega menambah 20 sen kepada RM12.66 manakala Widetech naik 18 sen kepada 88 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 31.94 mata kepada 11,591.64, Indeks FBMT 100 menokok 29.51 mata kepada 11,314.32 dan Indeks Syariah FBM Emas naik 16.30 mata kepada 13,071.07.

FBM 70 menambah 30.71 mata kepada 15,171.99 dan FBM ACE naik 3.52 mata kepada 10,818.51.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 101.09 mata kepada 15,171.99, Indeks Perladangan meningkat 4.69 mata kepada 7,152.41 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.25 mata kepada 179.65,

— BERNAMA 

Share215ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In