Tahun 2020 telah melabuhkan tirainya dan begitu juga bulan Januari bagi tahun 2021. Begitu pantas masa berlalu dan pandemik Covid-19 belum lagi ada sebarang petanda bahawa ia akan berakhir dalam masa terdekat. FBM KLCI telah mencatatkan pergerakan naik dan turun dan dilihat kurang stabil sepanjang tahun 2020.
Prestasi FBM KLCI Sepanjang Januari 2021

Jika kita lihat indeks FBM KLCI sepanjang bulan Januari 2021, carta menunjukkan indeks saham negara kita sedang mengalami downtrend. Bermula pada paras 1,602.57 mata pada 4 Januari, ianya turun kepada 1,566.40 mata di hujung bulan Januari 2021.
Pasaran saham pada hari pertama 2021 tidaklah begitu memberangsangkan kerana short selling telah pun dibenarkan semula oleh pihak Bursa Malaysia. Kesannya, terdapat beberapa saham yang terus menjunam meskipun memiliki fundamental yang baik. Ini boleh terjadi sekiranya terdapat pihak yang mengambil kesempatan ke atas short sell ini dengan menjual saham terlebih dahulu dan kemudian membelinya semula pada harga yang lebih rendah.
Namun begitu ada juga saham-saham yang menunjukkan prestasi yang baik. Terdapat kaunter saham yang harganya meningkat lebih daripada 100% seperti ENGKAH, CGB, CHEETAH dan beberapa lagi yang lain.
10 Saham Patuh Syariah Paling Untung Bulan Januari 2021

Daripada 10 saham patuh syariah yang paling untung ini, kami akan pilih tiga kaunter daripada senarai tersebut untuk dibincangkan dengan lebih terperinci.
Kaunter-kaunter yang dipilih adalah:
1. CHEETAH (Sektor Perkhidmatan & Produk Pengguna)
2. SCIB (Sektor Perkhidmatan & Produk Industri)
3. MMSV (Sektor Teknologi)
1. CHEETAH HOLDINGS BERHAD (CHEETAH) (7209)

Macam pernah dengar kan jenama Cheetah ini? Mestilah pernah, kerana Cheetah adalah sebuah jenama pakaian yang mudah didapati di pusat membeli-belah. Syarikat Cheetah ini memulakan perniagaan pada tahun 1977 dan ianya lebih kepada perniagaan keluarga yang menumpukan kepada pakaian sukan. Pada tahun 1979, jenama produk Cheetah dilancarkan dan menandakan kemasukannya ke dalam arena pakaian sukan.
Sejak daripada itu, syarikat ini berkembang maju dan mengembangkan portfolionya dengan menambahkan beberapa jenama baru untuk segmen pasaran yang berbeza.
Pada bulan Januari 2005, ia telah disenaraikan di Papan Kedua Bursa Malaysia dengan nama Cheetah Holdings Berhad dan pada bulan Julai 2007 Cheetah telah dinaikkan ke Papan Utama Bursa Malaysia.
Pandangan Daripada Sudut Analisa Fundamental Saham Cheetah

Cheetah mencatatkan rekod hasil pendapatan tertinggi pada suku keempat 2019 iaitu sebanyak RM64.84 juta. Malang bagi syarikat pengeluar pakaian ini kerana kebimbangan orang ramai untuk keluar membeli-belah menyebabkan hasil pendapatan setiap suku Cheetah turut terjejas. Secara purata hasil pendapatannya adalah kurang daripada separuh jika dibandingkan dengan rekod tertinggi yang pernah dicatatkan.

Syarikat yang memberi dividen kepada para pemegang sahamnya adalah syarikat yang membuat keuntungan. Mana ada syarikat yang rugi mampu beri dividen kepada para pemegang sahamnya. Meskipun Cheetah secara konsisten memberi dividen setiap tahun, namun dapat dilihat pemberian dividen semakin berkurangan sejak tahun 2011.
Ini memberi satu gambaran bahawa Cheetah mungkin kurang membuat keuntungan sejak kebelakangan ini.
Pandangan Daripada Sudut Analisa Teknikal Saham Cheetah

Kenaikan harga saham Cheetah dilihat lebih bersifat teknikal di mana setelah Cheetah membuat pullback, Cheetah membuat bullish reversal candlestick iaitu bullish engulfing pada hari pertama pasaran dibuka tahun 2021.
Bullish engulfing merupakan satu buy signal yang jelas sekiranya anda penggemar teknik buy on reversal. Secara tiba-tiba Cheetah mendapat minat belian pada 8 Januari 2021 lalu menyebabkannya membuat gap up dan breakout 52 weeks high. Breakout tersebut hadir dengan volume yang sangat tinggi.
Seterusnya, Cheetah meneruskan uptrendnya dan ditutup pada RM1.01 pada hujung bulan Januari 2021. Setakat ini, Cheetah dilihat akan terus membuat percubaan untuk melepasi paras psikologi RM1 dan sekiranya tidak mampu, terdapat kemungkinan Cheetah akan membuat pullback.
2. SARAWAK CONSOLIDATED INDUSTRIES BERHAD (SCIB) (9237)

Sarawak Consolidated Industries Berhad (“SCIB”) ditubuhkan pada tahun 1975 dan telah berkembang daripada sebuah syarikat kecil menjadi kumpulan syarikat terkemuka yang tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia. Pada masa kini, SCIB mengendalikan tiga buah kilang di Kuching, Sarawak.
Di antara produk yang dihasilkan SCIB adalah bahan-bahan binaan seperti cerucuk, rasuk, paip konkrit, atap konkrit, panel dinding dan banyak lagi.
Pandangan Daripada Sudut Analisa Fundamental Saham SCIB

SCIB menunjukkan prestasi yang sangat memberangsangkan sejak tahun 2019. Hasil pendapatan dan juga keuntungan bersih syarikat terus menunjukkan peningkatan dan dilihat langsung tidak terkesan dengan pandemik yang sedang melanda dunia. Malah suku yang terkini iaitu suku ketiga 2020 menunjukkan SCIB mencatatkan satu rekod baru syarikat dengan hasil pendapatan dan keuntungan bersih tertinggi syarikat bagi satu suku tahunan.
SCIB berjaya merekodkan pendapatan sebanyak RM183.73 juta dan keuntungan bersih sebanyak RM12.43 juta. Peningkatan ini adalah sebanyak 145% jika dibandingkan dengan suku sebelumnya dan peningkatan sebanyak 1,553% jika dibandingkan dengan suku yang sama tahun sebelumnya.
Pandangan Daripada Sudut Analisa Teknikal Saham SCIB

Di antara penyumbang kenaikan harga saham SCIB adalah ramai pelabur tertarik dengan corporate action yang ditawarkan oleh SCIB iaitu bonus issue.
Pada tahun lepas, SCIB membuatkan para pemegang sahamnya tersenyum lebar kerana memberikan 3 saham bonus percuma bagi setiap unit saham yang dimiliki oleh para pemegang saham SCIB. Pada bulan Februari ini pula, SCIB sekali lagi memberikan bonus issue tetapi pada kali ini adalah bonus satu unit waran percuma bagi setiap 2 saham induk yang dipegang pelabur.
Bonus issue adalah sesuatu yang dinanti-nantikan dan ianya mampu menarik minat belian terhadap sesebuah saham. Daripada carta, dapat dilihat SCIB akan membuat rally menjelang bonus issue.
Beberapa breakout telah terjadi kerana para pelabur tidak mahu ketinggalan untuk mendapatkan saham dan waran percuma.
3. MMS VENTURES BERHAD (MMSV) (0113)

MMS Ventures Berhad ditubuhkan pada tahun 2004. MMSV mempunyai dua anak syarikat iaitu Micro Modular System Sdn Bhd (MMS) dan Evolusys Technologies Sdn Bhd (Evolusys). Kumpulan MMS terlibat dengan reka bentuk dan pembuatan LED serta sistem automasi semikonduktor industri dan peralatan mesin. Evolusys pula terlibat dengan pembangunan sistem.

Pandangan Daripada Sudut Analisa Fundamental Saham MMSV

Syarikat ini mencatatkan sedikit kemerosotan pada hasil pendapatan dan juga keuntungan bersih syarikat pada tahun lepas. Laporan suku ketiga tahun 2020 menunjukkan MMSV membuat kejatuhan sebanyak 75% untuk kedua-dua QoQ dan juga YoY.
Satu perkara yang menarik mengenai MMSV ini adalah syarikat ini tidak merekodkan kerugian sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Pandangan Daripada Sudut Analisa Teknikal Saham MMSV

Secara teknikalnya, MMSV telah berjaya memecahkan downtrend line pada 23 Disember 2020 yang lalu. MMSV membuat downtrend sejak tahun 2017 dan setelah 3 tahun, akhirnya MMSV berjaya mengakhiri downtrend tersebut dan membuat perubahan trend.
Paras sokongan yang kuat dapat dilihat pada paras RM 1.05. Ini kerana terdapat beberapa percubaan untuk saham ini jatuh ke bawah lagi namun ianya tidak berjaya melepas paras ini.
Ke manakah hala tuju MMSV? MMSV dijangka akan membuat percubaan untuk melepasi paras rintangan RM1.25 untuk ianya meneruskan kenaikan.
Dalam kes Cheetah dan SCIB, kedua-duanya kita boleh amalkan teknik Buy On Breakout untuk membuat pembelian saham.
Nak Tahu Tenik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB

