• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Kenaikan Harga Minyak Mentah Brent, Sokongan Rangsangan Amerika Syarikat Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Kenaikan Harga Minyak Mentah Brent, Sokongan Rangsangan Amerika Syarikat Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Sumber: Yahoo Finance

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 9 Feb (Bernama) — Saham-saham di Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi Selasa ini, disokong oleh kenaikan harga minyak mentah Brent serta berita baik berkenaan sokongan pelan rangsangan AS yang mungkin dapat memberikan sentimen positif kepada pasaran tempatan.

Pada pukul 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 6.53 mata kepada 1,579.86 daripada 1,573.33 ketika ditutup sebelumnya.

Indeks utama dibuka 1.34 mata lebih tinggi pada 1,574.67.

Pergerakan harga positif dengan kaunter untung mengatasi rugi 306 berbalas 158 sementara 285 kaunter tidak berubah, 1,398 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 414.82 juta unit bernilai RM195.45 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, ia berkata harga minyak Brent telah melonjak melepasi paras US$60 dan ini mampu memberikan nada positif kepada pasaran tempatan meskipun bursa akan menyaksikan sentimen dagangan yang berhati-hati menjelang sambutan perayaan Tahun Baru Cina.

“Pelabur juga mungkin akan terus mengurangkan pendedahan masing-masing di pasaran bursa,” katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Firma itu juga menyatakan dengan Pelan Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang semakin hampir, dan kes harian terus berada di bawah 4,000 untuk hari keempat, pelabur mungkin yakin akan berlakunya pemulihan dalam bergerak ke hadapan.

Minyak mentah antarabangsa Brent mengukuh 0.53 peratus dan diniagakan pada US$60.88 setong.

Untuk fokus sektor urus niaga Selasa ini, firma pembrokeran itu berpendapat saham tenaga dijangka menjadi pilihan para pelabur disokong oleh pengukuhan harga minyak mentah sementara saham yang bertemakan pemulihan seperti penerbangan dan permainan boleh meneruskan aliran meningkat di celah-celah perkembangan vaksin.

“Untuk musim pengumuman pendapatan korporat yang akan datang ini, para pelabur juga mungkin meletakkan diri mereka dalam kalangan sektor elektronik pengguna, perladangan, perabot dan teknologi,” katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank dan Tenaga masing-masing naik tiga sen kepada RM7.86 dan RM9.70, PBBank dan PChem masing-masing menambah satu sen kepada RM4.09 dan RM7.50, sementara Topglove tidak berubah pada RM6.27.

Saham paling cergas, DNex naik 3.5 sen kepada 40.5 sen dan warannya menambah setengah sen kepada tujuh sen, Luster turun setengah sen kepada 21.5 sen, Opcom meningkat 10 sen kepada 65.5 sen dan XOX naik satu sen kepada 8.5 sen.

Daripada kalangan kaunter paling untung, MPI mengukuh 40 sen kepada RM36.54, PetDag naik 26 sen kepada RM19.60, CGB dan Telekom masing-masing meningkat 23 sen kepada RM1.48 dan RM6.73.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 45.17 mata kepada 11,524.56, Indeks FBMT 100 menambah 43.69 mata kepada 11,243.21 dan Indeks FBM Emas Syariah meningkat 55.12 mata kepada 13,068.55.

FBM 70 lebih tinggi 47.90 mata kepada 15,097.24 dan FBM ACE meningkat 8.54 mata kepada 10,780.24.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 43.19 mata kepada 14,608.60, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.94 mata menjadi 179.0, dan Indeks Perladangan meningkat 12.01 mata kepada 7,134.74.

– BERNAMA

Share240ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In