• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Indeks Shariah Terus Atasi Indeks Konvensional Pada 2020 – CGS-CIMB

in Market Update
A A
Indeks Shariah Terus Atasi Indeks Konvensional Pada 2020 – CGS-CIMB
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) — Indeks Shariah telah mengatasi indeks konvensional di Bursa Malaysia sejak dua tahun lepas dengan sektor teknologi dan penjagaan kesihatan muncul sebagai sektor yang mencatatkan prestasi terbaik pada tahun 2020, kata CGS-CIMB Securities (CSG-CIMB) Sdn Bhd.

Dalam nota penyelidikan hari ini, CSG-CIMB berkata prestasi yang lebih baik daripada indeks shariah berbanding indeks saham konvensional telah menyebabkan minat yang lebih tinggi terhadap pelaburan berasaskan shariah dengan jumlah aset Islam di bawah pengurusan (AUM) pada RM217 bilion pada akhir Disember, 2020.

Jumlah AUM Islam untuk industri pengurusan dana Malaysia meningkat daripada 22 peratus daripada jumlah aset pada tahun 2017 kepada 24 peratus pada Disember, 2020.

Firma penyelidikan itu berkata saiz unit amanah Islam berkembang dengan kadar yang lebih pantas, menyumbang 24.7 peratus daripada jumlah nilai bersih unit amanah pada bulan Disember 2020 berbanding 18.2 peratus pada tahun 2017.

Terdapat empat indeks shariah yang mengesan prestasi sekuriti patuh shariah di Bursa Malaysia, iaitu FTSE Bursa Malaysia Hijrah Shariah Index (FBM Hijrah), FTSE Bursa Malaysia EMAS Shariah Index (FBM Emas Shariah), FTSE Bursa Malaysia Small Cap Shariah Index (FBM Small Cap Shariah) dan FTSE Bursa Malaysia Mids Cap Shariah Index (FBM Mids Shariah).

Dalam membandingkan prestasi indeks FBM KLCI dan FBM Hijrah, ia berkata Indeks Shariah FBM Hijrah mengatasi indeks FBM KLCI konvensional dalam tujuh daripada 10 tahun terakhir (2011-2020).

“Sektor amanah, hartanah dan pelaburan hartanah (REIT) adalah sektor yang mencatatkan prestasi terburuk pada tahun 2020.

“Indeks Shariah dilihat cenderung mengatasi indeks KLCI atau FBM Emas apabila bank tidak mencatatkan prestasi baik dalam sektor pengguna, penjagaan kesihatan, utiliti dan telekomunikasi,” katanya

Analisis menunjukkan bahawa salah satu penentu utama prestasi relatif KLCI berbanding Indeks Syariah Hijrah adalah prestasi sektor perbankan, katanya.

“Ini kerana enam dari 30 konstituen dalam indeks KLCI adalah bank yang tidak patuh shariah yang membentuk sekitar 32 peratus daripada jumlah KLCI pada 29 Januari, 2021.

“Setakat 29 Januari 2021, kalangan saham berwajaran tinggi dalam indeks Shariah Hijrah adalah sektor penjagaan kesihatan (26 peratus daripada jumlah indeks), makanan dan minuman (18.92 peratus), telekomunikasi (17.59 peratus) dan utiliti (13.92 peratus).

“Tiga syarikat teratas dengan kaunter berwajaran tinggi FBM Hijrah adalah Tenaga Nasional Bhd, Top Glove Corporation Bhd dan Petronas Chemicals Group Bhd,” katanya.

Melangkah ke depan, CGS-CIMB berkata keberhasilan penggunaan vaksin di seluruh negara dan global akan meningkatkan sentimen pasaran serta berkemungkinan pintu sempadan akan dibuka semula.

Bagaimapanun, sebarang masalah atau kelewatan melibatkan proses vaksinasi ditambah dengan lonjakan kes COVID-19 baru atau kadar kematian akibat pandemik itu boleh menyebabkan pengambilan untung di pasaran kerana kebimbangan bahawa sekatan perjalanan akan dilanjutkan serta peningkatan risiko, katanya.

“Kami berpendapat mungkin akan berlaku kelewatan kerana pengeluaran vaksin melibatkan koordinasi yang kompleks seperti pembangunan produk, pembuatan, pembungkusan, penyimpanan, pengedaran dan peraturan. Kelewatan dijangka akan berlaku pada setiap peringkat.

“Justeru, kami yakin pasaran akan kekal tidak menentu pada tahun 2021,” katanya.

– BERNAMA

Share235ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In