• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Pada Sesi Tengah Hari, Pasaran Agak Lengang

in Market Update
A A
Kerugian Semalaman Wall Street Punca Bursa Malaysia, Serantau Dibuka Rendah Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) — Saham-saham di Bursa Malaysia ditutup rendah tengah hari ini dalam situasi pasaran yang agak lengang menjelang cuti hujung minggu.

Pada pukul 12.30 tengah hari, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 3.67 mata atau 0.23 peratus kepada 1,581.23 selepas berlegar antara 1,579.76 dan 1,590.47 sepanjang sesi urus niaga pagi.

Pagi ini, indeks utama dibuka 2.8 mata lebih tinggi kepada 1,587.70 berbanding 1,584.90 pada Khamis.

Di pasaran lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 512 berbalas 469 manakala 439 kaunter tidak berubah, 710 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 3.38 bilion unit bernilai RM1.98 bilion.

Seorang penganalisis berkata terdapat beberapa aktiviti pengambilan untung hari ini menjelang cuti hujung minggu dan sambutan perayaan Tahun Baru Cina minggu depan.

“Kami sudahpun menjangkakan kegiatan pengambilan untung berlaku hari ini berikutan kenaikan yang dicatatkan pada penutupan semalam tetapi dalam waktu terdekat, kami mengunjurkan bursa tempatan akan terus rancak berikutan pembukaan semula ekonomi seperti pembinaan, bahan binaan dan hartanah, ” kata beliau.

Setelah dibuka lebih tinggi hampir di keseluruhan pasaran hari ini, momentum aliran menaik di bursa tempatan perlahan-lahan memudar tetapi ia masih disokong oleh beberapa sektor seperti tenaga, produk dan perkhidmatan industri, pengangkutan dan logistik, pembinaan serta teknologi.

Daripada 30 kaunter berwajaran tinggi, 11 syarikat mencatatkan peningkatan, satu tidak berubah dan 18 lebih rendah.

Maybank turun satu sen kepada RM7.88, Top Glove menyusut 12 sen kepada RM6.59, Public Bank naik dua sen kepada RM4.10 sementara Petronas Chemicals 20 sen lebih tinggi pada RM7.41.

Kaunter paling cergas, I-Stone menambah satu sen kepada 24.5 sen, Trive Property naik dua sen kepada 26 sen dan Luster turun satu sen kepada 21.5 sen.

Saham paling untung adalah syarikat berkaitan teknologi Genetec Technology yang melonjak 69 sen kepada RM4.42, syarikat berkaitan telekomunikasi Amtel Holdings meningkat 31 sen kepada RM4.22 dan syarikat berkaitan produk dan perkhidmatan perindustrian Kumpulan H&L High-Tech mengukuh 31 sen kepada RM2. 26.

Saham yang paling kerugian adalah Nestle, susut 80 sen kepada RM137.20, Computer Forms turun 58 sen kepada RM2.38 dan KLK susut 46 sen kepada RM23.34.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 18.31 mata kepada 11,511.95 dan Indeks FBMT 100 merosot 21.47 mata kepada 11,241.36.

Indeks FBM Emas Syariah menyusut 23.73 mata kepada 13,071.18, FBM 70 merosot 11.13 mata kepada 15,049.82 tetapi FBM ACE naik 45.47 mata kepada 10,962.31.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 14.75 mata kepada 14,585.15, Indeks Perladangan susut 63.99 mata kepada 7,143.78 sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 1.87 mata kepada 176.58.

— BERNAMA

Share341ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In