• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, February 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Didorong Oleh Keuntungan Di Wall Street Dan Program Vaksinasi Malaysia

in Market Update
A A
Kerugian Semalaman Wall Street Punca Bursa Malaysia, Serantau Dibuka Rendah Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) — Saham-saham di Bursa Malaysia dibuka tinggi pada pagi Jumaat, mengambil petunjuk daripada keuntungan semalaman di Wall Street serta makluman terkini kerajaan Malaysia mengenai program vaksinasi COVID yang dijadual dilancarkan menjelang akhir Feb ini.

Pada pukul 9.05 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.64 mata kepada 1,588.54 daripada 1,584.90 ketika ditutup petang Khamis.

Indeks utama dibuka 2.8 mata lebih tinggi pada 1,587.70.

Di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 272 berbalas 129 manakala 265 kaunter tidak berubah, 1,464 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah sebanyak 252.31 juta unit bernilai RM128.41 juta.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada petang Khamis mengumumkan vaksin COVID-19 yang dihasilkan oleh syarikat Pfizer dan BioNTech akan diberikan secara percuma kepada 80 peratus populasi negara ini atau 26.5 juta individu.

“Pengumuman itu berserta prestasi positif semalaman di Wall Street mampu meningkatkan sentimen  secara keseluruhan di pasaran tempatan,” ujar Malacca Securities Sdn Bhd dalam catatannya hari ini.

Ia berkata saham berharga rendah akan terus menikmati momentum kenaikan kerana kecairan kekal baik di pasaran ekuiti.

Bagi fokus sektor hari ini, firma pembrokeran itu berkata memandangkan aktiviti ekonomi mungkin akan dimulakan kembali dalam masa terdekat, pihaknya menjangkakan minat perdagangan mungkin berkembang dalam lingkungan sektor yang sedang pulih seperti pembinaan, bahan binaan, hartanah dan pertaruhan.

“Sementra kaunter berkaitan teknologi, perabot dan vaksin akan terus rancak,” katanya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik empat sen kepada RM7.93, Public Bank menambah satu sen kepada RM4.09, Petronas Chemicals meningkat sembilan sen kepada RM7.30 dan Tenaga tujuh sen lebih tinggi pada RM9.77.

Saham paling cergas pula, Mtouche tidak berubah pada lima sen, Solution Group turun empat sen kepada RM1.45 dan QES naik dua sen kepada 53.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 31.25 mata kepada 11,561.51, Indeks FBMT 100 menambah 29.06 mata kepada 11,291.90 dan Indeks FBM Emas Syariah meningkat 35.59 mata kepada 13,130.50.

FBM 70 menokok 51.18 mata kepada 15,112.13 dan FBM ACE meningkat 50.11 mata kepada 10,966.94.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 23.44 mata kepada 14,623.35, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 1.03 mata kepada 175.74 sementara Indeks Perladangan melonjak 7.01 mata kepada 7,214.78.

– BERNAMA

Share240ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In