• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Akhiri Urus Niaga Lebih Kukuh, Didorong Oleh Saham Tenaga & Teknologi

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) — Saham-saham di Bursa Malaysia terus mencatatkan keuntungan untuk ditutup tinggi petang ini, didorong oleh belian berterusan membabitkan kaunter berkaitan tenaga dan teknologi.

Indeks tenaga mengukuh 3.51 peratus kepada 831.10 sementara indeks teknologi meningkat sebanyak 3.23 peratus.

Pada pukul 5 petang, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 2.5 mata atau 0.158 peratus kepada 1,582.99 berbanding 1,580.49 ketika ditutup petang Selasa.

Indeks utama dibuka 3.53 mata lebih tinggi pagi ini kepada 1,584.02 dan berlegar dari serendah 1,582.54 dan setinggi 1,597.93 sepanjang hari.

Di pasaran lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 733 berbalas 429 manakala 430 kaunter tidak berubah, 537 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan mengukuh kepada 6.09 bilion unit bernilai RM4.93 bilion daripada 5.92 bilion unit bernilai RM4.39 bilion pada Selasa.

“Kejatuhan inventori minyak mentah Amerika Syarikat dan permintaan bahan bakar musim sejuk yang meningkat berikutan bahagian Timur Laut negara itu yang sentiasa dilanda salah satu ribut salji terburuk dalam beberapa tahun ini telah mendorong harga minyak mentah untuk diniagakan tinggi melepasi US$55 setong, paras tertinggi dalam tempoh setahun.

“Ini membantu menolak naik saham tenaga,’’ kata ahli ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Adam Mohamed Rahim kepada Bernama.

Ketika urus niaga ditutup, syarikat berkaitan Petronas seperti Petronas Chemicals dan Petronas Gas adalah antara kaunter berwajaran tinggi yang mencatatkan keuntungan, masing-masing meningkat 19 sen dan lapan sen kepada RM7.10 dan RM16.28.

Adam menambah kaunter berkaitan teknologi sebahagiannya kukuh disebabkan oleh jualan semikonduktor global yang meningkat 8.3 peratus tahun ke tahun pada bulan Disember 2020.

Beliau menambah dalam jangka pendek, kekurangan cip global akan memberi kesan positif kepada syarikat berkaitan semikonduktor Malaysia kerana permintaan yang kukuh akan meningkatkan penggunaan kapasiti secara umum.

Untuk kaunter berwajaran tinggi, Maybank mengukuh sembilan sen kepada RM7.94 dan Public Bank tidak berubah pada RM4.10.

Bagaimanapun, kaunter berkaitan penjagaan kesihatan seperti Hartalega, Supermax dan Top Glove mengalami kerugian kerana aktiviti pengambilan untung.

Hartalega turun 12 sen kepada RM13.18, Supermax menyusut 30 sen kepada RM6.78 manakala Top Glove 23 sen lebih lemah pada RM6.82.

Saham paling cergas, Iris Corp merosot satu sen kepada 38 sen, Metronic lebih rendah setengah sen kepada 9.5 sen sementara Luster Industries naik dua sen kepada 22 sen.

Sementara itu, kaunter berkaitan teknologi mengungguli kaunter paling untung dengan Malaysian Pacific Industries melonjak RM1.64 menjadi RM35.94, UWC (+80 sen kepada RM13.02), Vitrox (+62 sen kepada RM17.40) dan Greatech (+55 sen menjadi RM6.25).

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 43.96 mata kepada 11,489.31, Indeks FBMT 100 naik 31.85 mata kepada 11,224.80 dan Indeks FBM Emas Syariah mengukuh 32.36 mata pada 13,049.90.

FBM 70 naik 97.10 mata kepada 14,915.31 dan FBM ACE meningkat 154.18 mata kepada 10,945.14.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 100.59 mata kepada 14,549.17, Indeks Perladangan menokok 8.09 mata kepada 7,174.36 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian 3.1 mata lebih baik pada 173.80.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama meningkat kepada 3.85 bilion saham bernilai RM3.96 bilion daripada 3.18 bilion saham bernilai RM3.44 bilion yang dicatatkan pada penutup Selasa.

Perolehan waran mengembang kepada 547.53 juta unit bernilai RM95.71 juta berbanding 422.53 juta unit bernilai RM79.26 juta.

Bagaimanapun, jumlah dagangan di Pasaran ACE menurun kepada 1.69 bilion saham bernilai RM872.69 juta berbanding 2.31 bilion saham bernilai RM869.44 juta sebelumnya.

Produk dan perkhidmatan pengguna merangkumi 537.63 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (1.3 bilion), pembinaan (263.67 juta), teknologi (409.67 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (170.08 juta), hartanah (179.49 juta), perladangan (47.36 juta), REIT (10.93 juta), dana tertutup (4,100), tenaga (627.68 juta), penjagaan kesihatan (99.37 juta), telekomunikasi dan media (48.37 juta), pengangkutan dan logistik (115.05 juta) dan utiliti (47.63 juta).

– BERNAMA

Share275ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In