• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Ambil Tahu 11 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham Batu Kawan (Edisi: 2021)

in Fundamental Analisis
A A
Ambil Tahu 11 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham Batu Kawan (Edisi: 2021)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Batu Kawan Berhad (KLSE: 1899) (BKAWAN) adalah sebuah syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia. Syarikat ini menjana kebanyakan pendapatannya daripada pemilikan saham di dalam Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLK), iaitu  sebuah syarikat perladangan kelapa sawit yang terbesar tersenarai di Bursa Malaysia. Kini, nilai pasaran BKAWAN adalah sebanyak RM7.10 bilion.

Mari kita lihat 11 perkara ini sebelum nak melabur ke dalam saham BKAWAN.

1. Estet Perladangan Kelapa Sawit

Pada tahun 2020, aset perladangan BKAWAN terdiri daripada ladang yang dimiliki KLK dan PT Satu Sembilan Delapan, yang anak syarikat BKAWAN di Indonesia. Secara keseluruhannya, BKAWAN mempunyai sebanyak 218,630 hektar estet kelapa sawit di Indonesia, Malaysia, dan Liberia. Usia untuk estet-estet perladangan kelapa sawit BKAWAN adalah seperti berikut:

2. Penghasilan Kelapa Sawit

BKAWAN telah mengekalkan jumlah penghasilan tandan buah sawit segar  (fresh fruit bunches atau FFB), minyak sawit mentah (crude palm oil atau CPO), dan biji sawit (palm kernel atau PK) sebanyak 4 juta metrik tan (MT), 1 juta MT dan 200 ribu MT setahun pada tahun 2018 sehinggalah tahun 2020.

Chart

3. Perolehan: Perladangan

Pada tahun 2020, BKAWAN telah merekodkan RM7.0 bilion dalam perolehan daripada segmen perladangan (kebanyakannya kelapa sawit), lebih rendah daripada RM10.6 bilion yang dicatatkan pada tahun 2016. Kemerosotan ini berpunca daripada penurunan harga jualan CPO dan PK pada tahun 2018 sehingga tahun2020:

Chart

4. Perolehan: Pembuatan

Segmen pembuatan BKAWAN terdiri daripada penghasilan produk-produk oleokimia dan industrial bahan kimia. Aset utama bagi segmen ini adalah:

BKAWAN telah mencatatkan penurunan perolehan untuk segmen ini, daripada RM10.6 bilion pada tahun 2018 kepada RM8.5 bilion pada tahun 2020. Ia berpunca daripada penurunan harga jualan dan jumlah jualan produknya pada tahun 2019 sehingga tahun 2020.

Chart

5. Keputusan Kewangan Keseluruhan

Pada tahun 2017 sehingga tahun 2020, BKAWAN telah mencatatkan penurunan perolehan, daripada RM21.5 bilion pada tahun 2017 kepada RM16.1 bilion pada tahun 2020. Jumlah keuntungan bersih pada tahun 2018 sehingga tahun 2020 adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan keuntungan yang dibuat  pada tahun 2014 sehingga tahun 2017. Pada tahun 2016, BKAWAN telah merekodkan RM825.2 juta di dalam keuntungan bersih.

Ianya merupakan keuntungan yang tertinggi untuk tahun  2014 sehingga 2020. Keuntungan sebanyak RM489.3 juta ini berisfat sekali sahaja (one-off)  hasil daripada pelupusan ladang tanaman pada tahun 2016.

Chart

6. Kedudukan Kewangan

Pada tahun 2020, BKAWAN telah mencatatkan nisbah hutang bersih (Net Debt-to-Equity Ratio) sebanyak 21%. Maka, ia telah mengekalkan tahap nisbah hutang bersih di sekitar  15% hingga 25%.

Dalam tempoh tersebut, BKAWAN telah merekodkan RM8.88 bilion dalam aset semasa dan RM2.84 bilion di dalam liabiliti semasa. Maka, nisbah semasa terkini BKAWAN adalah3.13.

Untuk tempoh 7 tahun terkini, BKAWAN telah berjaya meningkatkan jumlah baki tunai, dana jangka pendek (Short-Term Funds) dan juga unit amanah (Unit Trusts) daripada RM1.90 bilion pada tahun 2014 kepada RM4.33 bilion pada tahun 2020.

Chart

7. Pembelian Chemical Company of Malaysia Bhd (CCM)

Pada 7 Disember 2020, BKAWAN telah menyelesaikan pembelian CCM pada harga RM292.8 juta atau pun RM3.10 sesaham dan memperolehi pegangan saham sebanyak 56.32% . Jika dikira dengan pembelian saham CCM di pasaran terbuka sebanyak 3.41%, BKAWAN kini memiliki pegangan sebanyak  59.73% dalam syarikat CCM ini.

CCM merupakan   syarikat pembuatan chlor-alkali dan polymer chemicals yang tersenarai di Bursa Malaysia dan dengan pembelian saham daripada BKAWAN tadi, CCM secara rasminya telah menjadi sebuah subsidiari kepada BKAWAN.

Pada 28 Disember 2020, BKAWAN telah mengumumkan ‘unconditional mandatory take-over offer’ untuk membeli semua pemegangan saham CCM yang belum dimiliki oleh BKB pada harga RM 3.10 sesaham.

8. Penanaman Semula Pokok Kelapa Sawit

Daripada laporan tahunan 2020, BKAWAN telah menetapkan sasaran untuk melaksanakan aktiviti penanaman semula pokok kepala sawit bagi estetnya sebesar 10,500 hektar pada tahun kewangan 2021.

9. P/E Ratio

Pada 2 Januari 2021, harga saham BKAWAN adalah sekitar RM17.90 seunit. Maka, P/E Ratio terkini adalah 17.00 dengan EPS-nya bagi tahun 2020 iaitu sebanyak RM1.053. Jika dibandingkan dengan P/E Ratio untuk tahun-tahun yang lepas (2014 sehingga 2020), nilai nisbah terkini adalah lebih tinggi daripada nisbah purata P/E Ratio untuk tempoh masa tersebut.

P/E Ratio Terkini (12 Bulan EPS)

= Harga Saham Terkini / EPS 12 Bulan Terkini

= RM 17.90 / RM 1.053

= 17.00

10. P/B Ratio

Pada tahun 2020, BKAWAN telah merekodkan sebanyak RM14.77 di dalam aset bersih bagi sesaham. Maka, P/B Ratio-nya terkini adalah 1.21. Jika kita membandingkannya dengan P/B Ratio untuk tahun-tahun yang lepas(2014 sehingga2020), nilai nisbahnya hampir sama dengan nilai purata P/B Ratio yang terkini.

P/B Ratio Terkini

= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham

= RM 17.90 / RM 14.77

= 1.21

11. Kadar Dividen

Pada tahun 2020, BKAWAN telah membayar 55sen di dalam Dividend Per Share (DPS) dan mengekalkan pembayaran DPS tahunannya sekitar  50-60 sen bagi setiap tahun.

Chart

Jadi, kadar dividen BKAWAN yang terkini adalah 3.07% setahun, lebih rendah daripada kadar dividen puratanya untuk tempoh 7 tahun terkini.

Kadar Dividen Terkini

= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%

= (RM 0.55 / RM 17.90) x 100%

= 3.07%

Kesimpulan:

Secara kesimpulannya:

Jadi, wajarkah kita melabur ke dalam saham BKAWAN? Tepuk dada, tanyalah selera.

Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia. 

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?

 Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi,mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Best ke formula ni?
Tak susah ke?

Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?

Dapatkan eBook CANSLIM -> https://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Share501ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

10 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

10 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

10 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In