• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Lebih Tinggi Pada Sesi Tengah Hari Seiring Dengan Saham Global

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Lebih Tinggi Pada Sesi Tengah Hari Seiring Dengan Saham Global
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, Feb 2  (Bernama)  — Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi lebih tinggi, mengambil petunjuk daripada pasaran saham dunia.

Selain itu, prestasi di bursa tempatan turut didorong oleh keyakinan para pelabur terhadap harapan yang muncul kembali untuk perjanjian pelan rangsangan AS serta kemajuan vaksin bagi membendung COVID-19.

Kebanyakan pasaran utama Asia kembali meraih keuntungan dengan saham-saham teknologi paling menyerlah.

Iris Corp, Trive Property, EA Holdings dan Solution Group adalah antara kaunter paling cergas diniagakan hari ini.

Pada waktu rehat, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengukuh 12.29 mata atau 0.78 peratus kepada 1,578.69 selepas bergerak antara 1,574.89 dan 1,585.18 sepanjang sesi urus niaga.

Pagi ini, indeks utama dibuka 8.63 mata lebih tinggi pada 1,575.03 berbanding 1,566.40 ketika ditutup pada petang Jumaat.

Bagaimanapun, di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 539 berbalas 528 sementara 423 kaunter tidak berubah, 630 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 3.97 bilion unit bernilai RM2.63 bilion.

Seorang peniaga berpendapat bahawa tanda-tanda kemajuan menjurus kepada kesepakatan rangsangan AS yang diumumkan oleh Presiden Joe Biden dan langkah memperluaskan program vaksinasi telah meningkatkan sentimen.

Biden dan sekumpulan senator Republikan dikatakan akan terus merundingkan sejumlah besar rang undang-undang bantuan pandemik walaupun perlu melangkaui Senat Republikan.

Beliau telah mengadakan pertemuan membincangkan mengenai pelan pilihan rangsangan pada Isnin.

Di dalam negara pula, Rakuten Trade menjangkakan beberapa siri kenaikan hari ini dengan indeks berakhir pada paras 1,566 setelah hampir mencecah 1,600 pada sesi awal dagangan.

“Kami menjangkakan terdapatnya sesi tawar menawar dalam kalangan pelabur hari ini,” katanya.

Sementara itu, minyak sawit mentah kekal kukuh dengan harga kembali meningkat kepada hampir RM4,000 satu tan.

Indeks berkaitan perladangan seperti KLK, IOI and Sime Darby Plantation menyaksikan saham masing-masing melonjak sebanyak 46 sen, tiga sen dan lima sen kepada RM23.70, RM4.25 dan RM4.90.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik 10 sen kepada RM7.91, Top Glove melonjak 18 sen kepada RM6.92, Tenaga menambah tiga sen kepada RM9.68 sementara Public Bank turun tujuh sen pada RM4.12.

Saham paling cergas, Iris Corp turun 3.5 sen kepada 40 sen, GPA lebih rendah 2.5 sen kepada 8.5 sen sementara Trive naik tujuh sen kepada 23 sen dan P.A. Resources meningkat 1.5 sen pada 22.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 76.51 mata kepada 11,440.32, Indeks FBMT 100 meningkat 77.63 mata kepada 11,182.56, Indeks FBM Emas Syariah naik 116.37 mata kepada 12,987.23, dan FBM 70 mengembang 66.42 mata kepada 14,813.76.

Bagaimanapun, FBM ACE susut 203.33 mata kepada 10,829.61.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 61.19 mata kepada 14,525.25, Indeks Perladangan melonjak 53.52 mata kepada 7,151.41 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 1.85 mata kepada 171.04.

– BERNAMA

Share274ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In