• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, February 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Trading Idea

AmInvestment Bank Kekalkan Saranan Beli Untuk MMC

in Trading Idea
A A
AmInvestment Bank Kekalkan Saranan Beli Untuk MMC
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) – AmInvestment Bank Bhd yang agak positif dengan langkah MMC Corporation mengurangkan pegangan sahamnya dalam Red Sea Gateway Terminal Co Ltd (RSGT) daripada 20 peratus kepada 12 peratus, telah mengekalkan saranan ‘’beli”’ ke atas saham syarikat itu dan menurunkan sedikit nilai setaranya.

Dalam notanya hari ini, bank itu berkata hasil penjualan 211.1 juta riyal (RM227.6 juta) akan mengurangkan hutang bersih MMC kepada RM8.57 bilion daripada RM8.79 bilion setakat 30 Sept 2020, dan memperbaiki gearan kepada 0.91 kali daripada 0.94 kali.

“Kami maklum bahawa pelupusan itu akan menghasilkan keuntungan tetapi jumlahnya tidak diberitahu,” kata AmInvestment Bank.

Pada Jumaat minggu lepas, MMC mengumum akan melupuskan sebahagian kepentingannya dalam RSGT, pengendali terminal kontena bebas di pelabuhan Jeddah Islamic.

Bank itu menyifatkan impak pelupusan saham ke atas keuntungan operasi MMC sebagai “immaterial”.

“Untuk sembilan bulan pertama tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2020, RSGT menyumbang kurang daripada lima peratus jumlah keuntungan bersih teras kumpulan,” katanya.

AmInvestment Bank menurunkan nilai setaranya untuk MMC kepada RM1.50 daripada RM1.56 sebelumnya berdasarkan penilaian jumlah bahagian untuk mencerminkan penurunan terkini bank dalam nilai setaranya untuk Malakoff kepada RM1.00 daripada RM1.10 sebelum ini.

Dalam pada itu, bank itu berkata tinjauan sektor pelabuhan di rantau ini termasuk Malaysia akan terus berdaya tahan dalam jangka panjang, disokong oleh perdagangan global dan pelaburan dalam sektor pembuatan.

– BERNAMA

Share430ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

7 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

7 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

7 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In