• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, May 5, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Fundamental Analisis

Kajian CANSLIM Ke Atas Frontken Corporation Berhad

in Fundamental Analisis
A A
Kajian CANSLIM Ke Atas Frontken Corporation Berhad
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Frontken Corporation Bhd (KLSE: 0128) (Frontken) merupakan syarikat yang tersenarai di papan utama Bursa Malaysia yang terlibat dalam aktiviti advanced precision cleaning dan surface treatment untuk TFT-LCD (Thin Film Transistor – Liquid Crystal Display) di Taiwan. Syarikat ini juga membekalkan perkhidmatan penyelenggaraan kepada pelanggannya di dalam industri minyak dan gas di Malaysia, Singapura dan Indonesia. Buat masa ini, nilai semasa Frontken adalah RM3.87 bilion.

Untuk mengetahui sama ada Frontken adalah bagus daripada segi Fundamental dan Technical, jom kita buat kajian CANSLIM ke atasnya.

C: Current Quarterly Earnings

Sumber: malaysiastock.biz

Berkaitan

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

Berdasarkan gambar di atas, QoQ adalah merujuk kepada kenaikan atau penurunan keuntungan bersih syarikat secara suku tahunan terkini berbanding suku tahunan sebelumnya. YoY pula bermaksud prestasi keuntungan syarikat untuk tahun terkini berbanding tahun sebelumnya.

Kita perlu mengkaji pendapatan syarikat untuk suku tahunan terkini bagi tempoh tiga hingga lima suku terkini. Syarikat yang bagus perlu ada peningkatan pendapatan suku tahunan terkini sekurang-kurangnya sebanyak 25% untuk tiga suku tahunan terkini.

  1. Pada suku tahun kedua tahun 2020, Frontken telah mencatatkan RM14.41 juta dalam liabiliti bukan semasa dan RM414.11 juta dalam ekuiti pemegang saham. Ini menjadikan hasil nisbah hutang syarikat adalah sebanyak 3.48%.
  2. Pada masa tersebut, syarikat telah mencatatkan RM379.89 juta di dalam aset semasa dan RM108.68 di dalam liabiliti semasa. Ini menjadikan nisbah semasa syarikat sebanyak adalah 3.50.
  3. Frontken telah mencatatkan perolehan dan keuntungan bersih sebanyak RM348.4 juta dan RM74.6 juta untuk tempoh 12 bulan terkini. Ini menjadikan Earnings Per Share (EPS) syarikat berjumlah 7.12 sen.
  4. Pada suku tahunan ketiga 2020, Frontken berjaya membuat keuntugan bersih tertinggi sebanyak RM21.341 juta.

Frontken konsisten membuat keuntungan setiap tahun dan pandemik Covid-19 yang berlaku tidak menjejaskan prestasi syarikat.

A: Annual Earnings

Sumber: Malaysiastock.biz

Frontken telah mencatatkan peningkatan yang besar di dalam perolehannya pada tahun 2014. Peningkatan perolehan ini adalah hasil daripada  peningkatan jualan daripada segmen minyak dan gas. Namun, sejak tahun 2014, perolehan daripada segmen ini telah merosot kerana industri ini terkena tempias daripada kejatuhan harga minyak dan gas dunia pada masa tersebut.  

Ini telah menyebabkan perolehan keseluruhan bagi Frontken menurun daripada RM309.8 juta pada tahun 2014 kepada RM261.8 juta pada tahun 2016.

Sejak tahun 2016, perolehan Frontken telah meningkat dan berjaya mencatatkan RM339.9 juta di dalam perolehan pada tahun 2019. Peningkatan ini disumbangkan oleh peningkatan jualan daripada urusniaga syarikat di Taiwan iaitu advanced precision cleaning & surface treatment bagi TFT-LCD.

Pada tahun 2019, Frontken telah menjana perolehan keseluruhan sebanyak RM103.7 juta (30.5%) daripada pelanggan utamanya. Pelanggan utamanya ini telah menyumbang kepada kenaikan perolehan keseluruhan terbesar untuk Frontken bagi tempoh 5 tahun yang lepas.

Frontken telah mencatatkan peningkatan keuntungan bersih daripada RM4.0 juta pada tahun 2015 kepada RM69.2 juta pada tahun 2019.

Peningkatan ini hasil sumbangan daripada segmen semikonduktor di Taiwan pada masa tersebut.

Dari tahun 2010 ke tahun 2019, Frontken telah menjana aliran tunai operasi berjumlah RM459.0 juta. Daripada jumlah itu, syarikat telah membelanjakan sebanyak:

a. RM127.6 juta untuk Capital Expenditures (Capex) bersih.

b. RM103.5 juta untuk pemulangan hutang jangka panjang bersih.

c. RM33.5 juta untuk pembayaran dividen kepada pemegang sahamnya.

Maka, syarikat ini telah berjaya meningkatkan baki tunainya daripada RM33.0 juta pada tahun 2010 kepada RM219.7 juta pada tahun 2019.

N: News, New High, Product, Management

Salah satu berita terkini mengenai Frontken adalah penjualan saham yang dimiliki oleh salah seorang ahli lembaga pengarah syarikat iaitu Encik Gleen A. Logos sebanyak 50,000 unit saham bernilai anggaran RM180 ribu.

Syarikat ini juga baru sahaja melantik ahli lembaga pengarah syarikat iaitu Encik Ng Wai Pin pada 25 November 2020. Pentadbiran dan pengurusan Frontken dilihat semakin kukuh dengan kehadiran pengarah baru di dalam syarikat mereka.

S: Supply And Demand

Supply and Demand bermaksud bekalan dan permintaan. Semakin tinggi permintaan pelabur terhadap sesuatu saham, harga saham berkenaan akan naik.

Sekiranya terdapat pegangan oleh pelabur institusi, ianya merupakan satu petanda yang baik kerana pastinya jerung-jerung institusi ini akan mencari saham yang  berpotensi untuk berkembang dalam jangka masa panjang.

Saham yang ringan atau limited edition akan menyebabkan  kenaikan harga saham dengan cepat. Maksud ringan di sini adalah bilangan unit saham yang diapungkan adalah sedikit.

Sumber: Malaysiastock.biz

Kita juga perlu ambil tahu tentang jumlah saham yang diapungkan atau public float shares bagi saham sesebuah syarikat. Public float shares ini membawa maksud bilangan unit saham syarikat yang dibuka kepada orang awam. Public float shares yang baik hendaklah tidak melebihi 50.0%. Public float shares untuk Frontken adalah sebanyak 47.74% dan ianya adalah baik kerana tidak melebihi paras 50.0% .

L: Leader And Laggard

Leader adalah peneraju dalam sesebuah industri atau sektor yang mempunyai pertumbuhan jualan dan pendapatan yang tinggi. Leader dan laggard ini adalah untuk kita menentukan saham mana yang lebih sensitif bertindak balas dengan sebarang berita yang berkaitan dengan sesebuah sektor. Salah satu cara untuk menentukan sama ada sesuatu saham adalah Leader atau Laggard adalah dengan membandingkan pergerakan harga saham tersebut dengan pergerakan indeks pasaran saham.

Sumber: Trading View

Garisan berwarna oren dalam carta di atas adalah Bursa Malaysia Technology Index atau pun Indeks Teknologi di Bursa Malaysia. Di sini kita membandingkan pergerakan harga saham Frontken dengan indeks teknologi secara keseluruhannya.

Kita dapat lihat bagaimana pergerakan harga saham Frontken adalah lebih tinggi berbanding indeks teknologi dan kita boleh rumuskan bahawa Frontken merupakan leader bagi sektor teknologi. 

Jika kita kaji pula syarikat yang berada dalam sektor yang sama dengan Frontken seperti FP Group dan JF Tech ,syarikat-syarikat ini  merupakan laggard bagi sektor teknologi  kerana ia cenderung untuk menunggu leader bergerak terlebih dahulu sebelum mengikuti jejak langkahnya. Frontken sebagai leader pula akan cenderung untuk bergerak terlebih dahulu jika terdapat sebarang catalyst.

I: Institutional Investors

Institutional Investors bermaksud kehadiran pelabur institusi, tidak kira sama ada institusi tempatan mahu pun luar negara. Pemilikan institusi ini penting kerana pelabur institusi dianggap sebagai jerung dengan mempunyai dana yang sangat besar sehingga berbilion ringgit, malah ada yang mencecah sehingga trilion ringgit.

Pelabur institusi sudah pastinya mempunyai barisan penganalisa yang membuat kajian mendalam daripada sudut fundamental sebelum melabur ke dalam syarikat tersebut. Ia memberi keyakinan kepada pelabur runcit seperti kita, kerana kajian mendalam telah pun dibuat oleh mereka yang berpengalaman.

Sumber: Bursamarketplace.com

Ng Wai Pin yang merupakan Pengerusi dan Ketua pegawai Eksekutif Frontken. Beliau  mempunyai pegangan saham sebanyak 28.5%, 0.7% secara langsung dan 27.8% secara tidak langsung melalui pegangan saham di dalam syarikat Dazzle Clean Ltd.

Ooi Keng Thye pula mempunyai 15.1% pegangan saham dalam syarikat tersebut dan merupakan pemegang saham kedua terbesar Frontken pada 29 April 2020.

M: Market Direction

Market Direction pula adalah untuk kita melihat arah tuju sesuatu saham. Sudah tentunya kita digalakkan untuk membeli saham-saham yang sedang membuat Uptrend. Ianya boleh dilihat pada purata harga harian saham (Moving Average) atau dengan menentukan fasa saham syarikat berdasarkan carta dan kajian teknikal.

Sumber: Trading View

Berdasarkan carta di atas, Frontken masih bergerak mengikut trendline dan tidak mematahkan garisan support. Frontken dijangka terus mendapat impak positif daripada pelanggan mereka di Taiwan, di mana permintaan chipset berteknologi 5G dijangka akan terus meningkat dengan pengenalan produk-produk baharu dalam pasaran.

Jadi, wajarkah kita melabur ke dalam saham Frontken?

Di sini, kami ingin bertanya kepada rakan pembaca sekalian. Jika kami ada sebuah syarikat yang dapat menjana keuntungan bersih RM1 juta setiap tahun, sebagai pelabur, adakah anda berminat untuk menjadi pemegang saham di dalam syarikat kami pada harga RM51.83 juta?

Maksudnya, anda melabur RM51.83 juta untuk membeli syarikat kami yang menjana keuntungan bersih RM1 juta sahaja dalam masa setahun? Apakah pulangan yang anda harapkan jika anda membuat pelaburan ini?

Jadi, tepuklah dada, tanyalah selera diri sendiri sebelum nak melabur ke dalam mana mana saham untuk tempoh jangka masa panjang.

Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!

Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.

Topik-topik yang bakal kami kongsikan

1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli

…Dan banyak lagi …

Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.

Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

DAFTAR SEKARANG!
Share718ShareSend

Related Posts

CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Catalyst

Saham Kajian: CTOS Digital [28 Julai 2025]

9 months ago
Kekurangan Cip Semikonduktor Global Dijangka Lebih Buruk, Dorong Kenaikan Harga
Catalyst

Sektor Kajian: Teknologi – Pemulihan Masih Kuat [24 Julai 2025]

9 months ago
Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur
Catalyst

Sektor Kajian: Dua Syarikat Bahan Binaan Dalam Radar Pelabur

10 months ago
Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]
Catalyst

Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In