• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini berikutan jualan yang berterusan di kaunter produk dan perkhidmatan pengguna terpilih, serta kaunter teknologi, sejajar dengan aliran penurunan dalam kebanyakan pasaran serantau, kata peniaga.

Pada rehat tengah hari, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 6.72 mata kepada 1,573.90 selepas berada antara 1,573.11 dan 1,597.52 sepanjang sesi.

Indeks dibuka tinggi 16.54 mata kepada 1,597.16 daripada 1,580.62 semasa ditutup pada Rabu.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 751 berbanding 339, manakala 401 kaunter tidak berubah, 674 tidak diniagakan dan 62 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 3.70 bilion unit bernilai RM3.33 bilion.

Di peringkat serantau, peniaga berkata pelabur berhati-hati dalam usaha mengatasi pesimisme makro yang didorong oleh kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi global, sekatan perdagangan dan pertikaian baharu China dengan Barat.

Bagaimanapun, katanya penurunan dalam pasaran Asia adalah terhad, disokong oleh peningkatan semula Wall Street semalaman pada Khamis selepas mencatatkan penurunan yang terbesar dalam tempoh hampir tiga bulan. 

Bursa Malaysia ditutup semalam berikutan cuti umum Thaipusam.

Selain sentimen serantau, seorang lagi peniaga berkata sekatan terhadap dagangan saham runcit seperti Gamestop dan perbincangan mengenai perkembangan rangsangan fiskal Amerika Syarikat dalam Senat turut menjejaskan sentimen di Asia.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut 1.0 sen kepada RM7.86, TNB merosot 7.0 sen kepada RM9.71, Public Bank dan Petronas Chemicals, masing-masing berkurangan 13 sen kepada RM4.23 dan RM6.72, bagaimanapun Top Glove naik 46 sen kepada RM6.67.

Daripada saham cergas, P.A. Resources dan Iris Corp, masing-masing naik 2.0 sen kepada 22 sen dan 41.5 sen, QES meningkat 1.5 sen kepada 42 sen, manakala Yong Tai menambah setengah sen kepada 27.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 56.82 mata kepada 11,398.32 dan Indeks FBMT 100 merosot 51.28 mata kepada 11,139.11 manakala Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 15.86 mata kepada 12,899.74.

FBM 70 jatuh 82.23 mata kepada 14,719.16 dan FBM ACE merosot 47.70 mata kepada 11,118.14.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 179.07 mata kepada 14,567.17, Indeks Perladangan susut 47.31 mata kepada 7,099.85 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan berkurangan 2.31 mata kepada 168.83.

— BERNAMA

Share213ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In