• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, February 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Bercampur-Campur

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada Jumaat, disokong oleh minat belian dalam produk dan perkhidmatan pengguna terpilih, selain kaunter penjagaan kesihatan, dalam persekitaran sentimen yang lemah dalam pasaran Asia, kata peniaga.

Pada 9.15 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 8.49 mata kepada 1,589.11 daripada 1,580.62 semasa ditutup pada Rabu.

Indeks dibuka tinggi 16.54 mata kepada 1,597.16.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 409 berbanding 261, manakala 348 kaunter tidak berubah, 1,147 tidak diniagakan dan 62 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 819.264 juta unit bernilai RM894.58 juta.

Dalam nota hari ini, Malacca Securities berkata peningkatan semula di Wall Street semalaman, selain kelonggaran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang membenarkan semua perniagaan beroperasi sehingga 10 malam akan menyumbang impak yang positif kepada pasaran, walaupun kes COVID-19 yang meningkat boleh menjejaskan pemulihan ekonomi.

“FBM KLCI mengatasi bursa serantau apabila ditutup sederhana tinggi pada Rabu berikutan pengumuman oleh Kementerian Kesihatan mengenai pembekalan sebanyak 18.4 juta dos vaksin COVID-19 oleh Pharmaniaga dan Dpharma pada Mac 2021.

“Kami terus memilih sektor produk dan perkhidmatan pengguna untuk kepastian pendapatan pada musim pelaporan. Selain itu, peniaga boleh melihat kaunter perladangan berikutan harga minyak sawit mentah yang melonjak, manakala saham teknologi masih berada pada aliran meningkat tetapi tertakluk kepada aktiviti pengambilan untung selepas meningkat dengan kukuh,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik 6.0 sen kepada RM7.93, TNB meningkat 4.0 sen kepada RM9.82, Top Glove menambah 62 sen kepada RM6.83, manakala Public Bank susut 6.0 sen kepada RM4.30 dan Petronas Chemicals merosot 3.0 sen kepada RM6.82.

Daripada saham cergas, P.A. Resources naik 1.0 sen kepada 21 sen, Vivocom menokok 5.5 sen kepada RM1.02, manakala AT Systematization dan Luster Industries, masing-masing naik setengah sen kepada 17.5 sen dan 19.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 33.50 mata kepada 11,488.64, Indeks FBMT 100 naik 38.69 mata kepada 11,229.08, dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 68.71 mata kepada 12,984.31.

FBM 70 merosot 31.87 mata kepada 14,769.52, manakala FBM ACE susut 5.77 mata kepada 11,160.07.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 16.95 mata kepada 14,729.29, Indeks Perladangan merosot 9.96 mata kepada 7,137.20 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan berkurangan 1.55 mata kepada 169.59.

— BERNAMA 

Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In