Homeritz Corporation Bhd (KLSE: 5160) (Homeriz) merupakan sebuah syarikat yang mereka bentuk, menghasilkan dan memasarkan perabot rumah seperti sofa, kerusi makan, rangka katil, kusyen dan meja; di kilangnya di Muar, Johor. Kini, nilai pasaran Homeriz adalah sebanyak RM 263.28 juta.
Mari kita lihat 10 perkara ini sebelum melabur saham Homeriz:
1. Pasaran Utama
Homeriz kini mengeksport perabotnya ke lebih daripada 40 buah negara. Pasaran utamanya adalah seperti berikut:

2. Pelanggan Utama
Pada tahun 2017 sehingga tahun2019, Homeriz telah menjana perolehan lebih daripada 30% daripada 3 pelanggan utama mereka. Tetapi, pada tahun 2020, jualan eksport perabot daripada 2 pelanggan utamanya terhenti dan Homeriz hanya berjaya menjana perolehan sebanyak RM17.89 juta, iaitu 11.52% daripada jumlah perolehannya daripada satu pelanggan utama.
Perolehan (Angka di dalam RM Juta)

3. Keputusan Kewangan 10 Tahun Terkini
Homeriz telah mengekalkan jumlah perolehan sekitar RM140 juta sehingga RM170 juta dan keuntungan bersih sekitar RM20 juta sehingga RM30 juta sejak tahun 2014. Nisbah Return on Equity (ROE) Homeriz merosot daripada 24.04% pada tahun 2016 kepada 13.39% pada tahun 2020. Ianya berpunca daripada penurunan keuntungan bersih dan penambahan di dalam ekuiti pemegangan saham pada tahun 2018 sehingga tahun2020.


4. Pengurusan Aliran Tunai
Pada tahun 2011 sehingga tahun2020, Homeriz telah menjana RM234.12 juta di dalam aliran tunai operasi. Daripada jumlah tersebut, ia telah membayar:
– RM63.34 juta untuk pembelian bersih property, plant & equipment (PPE).
– RM12.94 juta untuk pelaburan anak syarikat.
– RM88.50 juta untuk pembayaran dividen kepada pemegang saham.
– RM4.24 juta untuk pemulangan hutang jangka panjang.
Maka, Homeriz telah meningkatkan jumlah ‘Cash & Fixed Deposit’-nya daripada RM11.71 juta pada tahun 2011 kepada RM77.55 juta pada tahun 2020. Dengan itu, Homeriz adalah sebuah syarikat yang berupaya menjana aliran tunai operasi yang positif dan ini memperbolehkannya untuk membiayai capital expenditure (CAPEX) dan mampu membayar dividen secara berterusan kepada para pemegang saham.

5. Kedudukan Kewangan Terkini
Pada 31 Ogos 2020, Homeriz tidak mempunyai sebarang ‘interest-bearing borrowings’ dan telah merekodkan RM176.12 juta di dalam ekuiti pemegang saham. Maka, nisbah hutangnya ialah sifar. Pada masa tersebut, Homeriz telah merekodka RM129.70 juta dalam aset semasa dan RM21.60 juta dalam liabiliti semasa. Di sini, nisbah semasa Homeriz adalah sebanyak 6.00.
6. Pengisytiharan Saham Bonus
Pada 15 Disember 2020, Homeriz telah membuat penyenaraian 1 Bonus Saham bagi setiap 4 saham yang sedia ada. Oleh itu, jumlah saham Homeriz telah meningkat sebanyak 411.37 juta unit. Dengan itu, kami telah melaraskan Earnings Per Share (EPS) dan aset bersih setiap saham dengan:
Adjusted Earnings Per Share (EPS):
= Keuntungan Bersih / Jumlah Saham Terkini
= RM 23.575 juta / 411.372 juta
= 5.73 sen
Adjusted Aset Bersih Setiap Saham:
= Ekuiti Pemegang Saham / Jumlah Saham Terkini
= RM 176.119 juta / 411.372 juta
= 42.81 sen
7. Pemilik Utama
Chua Fen Fatt dan Tee Hwee Ing merupakan pengasas, pemilik, dan pemegang saham utama Homeriz. Chua Fen Fatt juga dilantik sebagai Pengarah Urusan bagi Homeriz dan Tee Hwee Ing, isterinya merupakan Pengarah Eksekufit
8. P/E Ratio
Pada 19 Januari 2021, harga saham Homeriz adalah sekitar RM0.64 seunit. Maka, P/E Ratio terkini adalah 11.17, dengan EPS-nya bagi tahun 2020 iaitu sebanyak 5.73 sen. Jika kita membandingkan dengan P/E Ratio untuk tahun-tahun yang lepas (2011 sehingga 2020), ia adalah lebih tinggi daripada purata bagi tempoh 10 tahun tersebut.
P/E Ratio Terkini (12 Bulan EPS)
= Harga Saham Terkini / EPS 12 Bulan Terkini
= RM 0.64 / RM 0.0573
= 11.17

9. P/B Ratio
Pada tahun 2020, Homeriz telah merekodkan sebanyak 42.81 sen untuk adjusted aset bersih sesaham. Maka, P/B Ratio Homeriz terkini adalah 1.49. Jika kita membandingkannya dengan P/B Ratio untuk tahun-tahun yang lepas (2011 sehingga 2020), nisbah terkini adalah lebih rendah bagi tempoh 10 tahun terkini.
P/B Ratio Terkini
= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham
= RM 0.64 / RM 0.4281
= 1.49

10. Kadar Dividen
Pada tahun 2020, Homeriz telah mengisytiharkan 1.50 sen dalam Dividend Per Share (DPS), iaitu penurunan daripada segi pemberian dividen berbanding tahun 2016.

Maka, kadar dividen Homeriz terkini adalah 2.34% setahun. Jika dibandingkan dengan kadar dividen untuk tahun-tahun yang lalu (2011 sehingga 2020), kadar dividen terkini adalah yang terendah untuk tempoh 10 tahun tersebut.
Kadar Dividen Terkini
= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%
= (RM 0.015 / RM 0.64) x 100%
= 2.34%

Kesimpulan:
Secara kesimpulannya, kami mendapati:

Jadi, wajarkah kita melabur di dalam saham Homeriz? Tepuk dada, tanyalah selera.
Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia.
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)