• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 15, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

KPower Bekerjasama Dengan PIBB Biayai Dan Pasang Sistem PV Solar

in Catalyst
A A
KPower Perkukuh Kehadiran Serantau Selepas Hasil Suku Pertama Diumumkan

Kredit gambar: NST

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) — KPower Engineering Sdn Bhd (KPEng), anak syarikat milik penuh KPower Bhd, memeterai memorandum perjanjian (MOA) dengan Public Islamic Bank Bhd (PIBB) hari ini bagi pembiayaan dan pemasangan sistem fotovoltaik (PV) solar kepada pelanggan PIBB berkaitan dengan skim Pemeteran Tenaga Bersih (NEM).  

Pengarah Urusan Kumpulan KPower Mustakim Mat Nun berkata skim NEM, yang berada di bawah bidang kuasa Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA), menyediakan jalan bagi pengguna elektrik untuk memasang sistem PV solar di bumbung bangunan mereka masing-masing bagi penjimatan kos elektrik. 

Beliau berkata skim itu juga menggalakkan orang awam untuk memainkan peranan aktif dalam mengurangkan kesan perubahan iklim dengan menjana tenaga bersih bagi penggunaan persendirian. 

“NEM 3.0 diumumkan pada 29 Dis dan sejumlah 500 MW kuota akan diperuntukkan bagi tempoh bermula 2021 sehingga 2023.

“Di bawah MOA itu, KPEng akan menjalankan kerja pemasangan dan menyediakan sokongan kepada PIBB bagi semua perkara teknikal berkaitan dengan mendapatkan kontrak pemasangan solar bagi pelanggan berpotensi, manakala PIBB akan mempromosikan KPEng sebagai satu daripada pembekal dan kontrak bagi kerja-kerja pemasangan solar dan menyediakan pembiayaan kepada pelanggan berpotensi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Mustakim berkata tempoh MOA adalah selama 24 bulan dengan usaha promosi dan pemasaran bersama yang akan disasarkan kepada inisiatif NEM 3.0 seperti Program NEM Rakyat yang melibatkan pemasangan solar di bangunan domestik atau kediaman dan  Program NOVA yang merangkumi pemasangan solar dan bangunan komersial dan perindustrian.

“Konsep NEM diperkenalkan untuk memberi manfaat kepada pengguna elektrik dan pada masa yang sama memelihara alam sekitar dalam usaha menangani isu-isu perubahan iklim global. 

“Bagaimanapun, cabaran timbul disebabkan kekurangan dana atau akses untuk memasang sistem tersebut terutamanya bagi pengguna persendirian.

“Dengan penyelesaian menyeluruh ini, KPower dan PIBB akan dapat menyediakan kedua-dua pemasangan dan juga pembiayaan kepada pelanggan kami yang dapat menghapuskan dua isu utama yang menyebabkan kelewatan skim NEM,” katanya. 

Menerusi perkongsian itu, kumpulan tersebut boleh mewujudkan sinergi hasil menerusi keupayaan sedia adanya sebagai pakar dalam tenaga boleh baharu di samping memanfaatkan pangkalan data meluas dan pelanggan sedia ada PIBB. 

“Kerjasama dengan PIBB, satu daripada bank Islam utama di Malaysia, dalam menyediakan penyelesaian sehenti ini kepada pelanggan kami akan menyokong lagi visi hijau dan kelestarian kami dengan menggalakkan penggunaan tenaga bersih.

“MOA itu adalah bukti keupayaan kami dalam segmen solar dan kami bersyukur di atas kepercayaan yang diberikan kepada kami oleh PIBB, rakan kongsi dan sekutu kami,” katanya.  

Aktiviti perniagaan daripada MOA itu akan akan menyumbang kepada hasil KPower bermula tahun kewangan berakhir 2021 sehingga tahun kewangan berakhir 2023. 

Solar akan memainkan peranan penting dalam penawaran produk KPower pada masa depan yang mana NEM akan menjadi antara penyumbang utama. KPower menyasar memperoleh sehingga 50MW daripada projek NEM atau 10 peratus daripada kuota di bawah NEM 3.0.

— BERNAMA

Share264ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In