• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

FBM KLCI Kekal Positif Ditutup Tinggi Sedikit

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) — Belian berterusan dalam kaunter teknologi terpilih serta kaunter perkhidmatan dan produk pengguna berjaya mengekalkan Bursa Malaysia mencatatkan prestasi positif hari ini meskipun sentimen lemah di kebanyakan bursa serantau lain, kata para peniaga. 

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.31 mata atau 0.34 peratus kepada 1,580.62 daripada paras penutup 1,575.31 pada Selasa.

Indeks itu dibuka tinggi naik 9.75 mata kepada 1,585.06 dan bergerak antara paras 1,580.37 dan 1,593.08 sepanjang hari dagangan.

Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak  600 berbanding 538, manakala 455 kaunter tidak berubah, 560 tidak diniagakan dan 61 yang lain digantung.

Jumlah dagangan susut kepada 5.63 billon unit bernilai RM4.98 bilion berbanding 5.93 bilion unit bernilai RM4.73 bilion pada Selasa.

Seorang peniaga berkata pasaran tempatan mendapat rangsangan daripada berita bahawa kerajaan memperoleh janji niaga untuk mendapatkan 18.4 juta dos vaksin COVID-19 menerusi Pharmaniaga dan Duopharma Biotech. Kedua-dua syarikat itu memeterai perjanjian dengan Kementerian Kesihatan untuk membekalkan vaksin tersebut. 

Di peringkat serantau, kebanyakan saham Asia susut hari ini apabila para pelabur mengambil pendekatan berhati-hati berikutan kebimbangan kemungkinan kelewatan pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) bernilai US$1.9 trillion di bawah pentadbiran Presiden Joe Biden.  

Seorang peniaga berkata pelabur juga memantau rapat mesyuarat bank pusat AS selama dua hari yang bermula semalam (Selasa) dan Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan yang dijadual mengumumkan keputusan dasarnya lewat hari ini, bagi mencari sebarang petunjuk baharu.

Bursa Malaysia akan ditutup pada Khamis berikutan cuti umum sempena Thaipusam.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat 5.0 sen kepada RM7.87, TNB menokok 8.0 sen kepada RM9.87, Petronas Chemicals melonjak 10 sen kepada RM6.85, Top Glove naik 1.0 sen kepada RM6.21 manakala Public Bank berkurangan 4.0 sen kepada RM4.36.

Dalam kalangan saham cergas, P.A. Resources meningkat 1.5 sen kepada 20 sen, Iris Corp naik 2.5 sen kepada 39.5  sen, Vivocom menokok 13 sen kepada 96.5 sen manakala AT Systematization tidak berubah pada 17 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 56.25 mata kepada 11,455.14, Indeks FBMT 100 menokok 51.87 mata kepada 11,190.39 dan Indeks FBM Emas Shariah naik 82.95 mata kepada 12,915.60.

FBM 70 menokok 123.99 mata kepada 14,801.39 dan FBM ACE melonjak 367.24 mata kepada 11,165.84.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 48.79 mata kepada14,746.24, Indeks Perladangan turun 31.79 mata kepada 7,147.16 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.68 mata kepada 171.14.

Jumlah dagangan Pasaran Utama turun kepada 3.52 bilion saham bernilai RM4.05 bilion berbanding 3.60 bilion saham bernilai RM3.90 bilion pada Selasa. 

Jumlah dagangan waran jatuh kepada 365.21 juta unit bernilai RM57.60 juta daripada 558.85 juta unit bernilai RM93.74 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE berkurangan kepada 1.75 bilion saham bernilai RM865.46 juta berbanding 1.78 bilion saham bernilai RM675.32 juta sebelumnya.

Produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 555.70 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (1.20 bilion), pembinaan (219.91 juta), teknologi (487.38 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (136.26 juta), hartanah (261.74 juta), perladangan (63.38 juta), REITs (16.33 juta), dana tertutup (11,400), tenaga (202.46 juta), penjagaan kesihatan (74.92 juta), telekomunikasi dan media (91.93 juta), pengangkutan dan logistik (133.08 juta) dan utiliti (79.60 juta).

— BERNAMA 

Share250ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In