• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi Rabu ini, disokong oleh minat belian ke atas beberapa kaunter produk pengguna dan perkhidmatan terpilih di tengah sentimen pasaran Asia yang berhati-hati, kata para peniaga.

 Pada pukul 9.15 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 16.10 mata kepada 1,591.41 daripada 1,575.31 ketika ditutup pada Selasa petang.

Indeks utama dibuka 9.75 mata lebih tinggi pada 1,585.06.

Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 351 berbalas 192 manakala 336 kaunter tidak berubah, 1,274 tidak diniagakan dan 61 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah sebanyak 434.04 juta unit bernilai RM340.17 juta.

Menurut Malacca Securities dalam satu nota hari ini, ia menjangkakan beberapa aktiviti pembelian saham murah akan muncul dalam tempoh terdekat terutamanya menjelang musim pelaporan keputusan kewangan Februari ini.

Mengambil petunjuk daripada bursa serantau yang lain, FBM KLCI susut semalam ekoran jualan besar-besaran dalam kaunter berwajaran tinggi dan berkaitan dengan Petronas.

“Terdapat kebimbangan yang kian ketara mengenai peningkatan berterusan kes COVID-19 dan ini mungkin boleh menjuruskan kepada lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Dengan yang demikian, keadaan ini boleh mengehadkan potensi peningkatan indeks utama dalam tempoh terdekat sehinggalah kepada pelancaran vaksin,” katanya.

 Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank naik 9.0 sen kepada RM7.91, Public Bank menambah 11 sen kepada RM4.51, Petronas Chemicals meningkat 4.0 sen kepada RM6.79, TNB mengembang 18 sen kepada RM9.88 sementara Top Glove lebih tinggi 7.0 sen kepada RM6.27.

Saham paling cergas pula, Mestron mengukuh setengah sen kepada 23 sen, Iris Corp menambah 1.5 sen kepada 38.5 sen sementara DNeX dan Mega Sun City masing-masing meningkat 1.0 sen kepada 29 sen dan 14.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas melonjak 101.92 mata kepada 11,500.81, Indeks FBMT 100 melambung 102.58 mata kepada 11,241.10 dan Indeks FBM Emas Syariah meningkat 92.26 mata pada 12,924.91.

FBM 70 lebih tinggi 91.30 mata kepada 14,768.70 sementara FBM ACE turun 25.71 mata kepada 10,772.89.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 153.44 mata kepada 14,850.89, Indeks Perladangan naik 4.10 mata kepada 7,188.45 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian peroleh 1.22 mata kepada 171.68.

– BERNAMA

Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In