• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, June 3, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Asas Saham

Kuasai 3M Ini Jika Hendak Berjaya Dalam Pelaburan Saham

in Asas Saham
A A
Kuasai 3M Ini Jika Hendak Berjaya Dalam Pelaburan Saham
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

Masih tertanya-tanya kenapa diri kita belum lagi berjaya dalam pelaburan saham? Sedangkan orang lain yang masuk sekali dengan kita dalam pelaburan saham boleh berjaya? Kita mungkin sudah mempunyai ilmu tetapi mungkin masih kekurangan dalam beberapa aspek yang lain. Untuk berjaya dalam pasaran saham, kita bukan saja kena ada ilmu, tetapi mindset juga kena betul. Mari lihat 3M yang perlu ada dalam seorang pelabur jika hendak berjaya dalam pelaburan saham.

3M yang dimaksudkan ini adalah Mindset (cara pemikiran), Money Management (pengurusan wang) dan Method (kaedah pelaburan).

1. Mindset (Pemikiran)

Tidak kiralah hebat mana pun ilmu atau skill berdagang yang kita ada, satu perkara yang perlu kita mantapkan adalah mindset. Ramai yang mempunyai kelemahan di sini.

Mindset yang betul harus ada ketika kita menceburi bidang pelaburan saham. Harus diingatkan bahawa pasaran saham bukanlah skim cepat kaya. Tiada instrumen pelaburan yang menjanjikan pelabur akan menjadi kaya dengan sekelip mata.

Jika anda pernah mendengarnya, maka itu adalah scam.

Rata-rata ramai pelabur baru yang berangan-angan ingin menjadi full-time trader. Tetapi perlu diingatkan bahawa kita memerlukan modal yang besar untuk menjadi seorang full-time trader. Setelah itu bila dah bercita-cita ingin menjadi full time trader, kenalah tahu di mana perlu kita minimakan kerugian atau Cut Loss jika harga saham telah melebihi paras yang kita sanggup rugi. Bila tak nak Cut Loss dan simpan saham tersebut dengan harapan harganya akan naik semula, tiba-tiba daripada seorang trader kini menjadi seorang investor pula.

Sekarang kita bercerita pula mengenai pelabur yang ingin menjadi long term investor. Nama pun sudah long term, maka saham yang dibeli sepatutnya disimpan untuk satu tempoh jangka masa yang panjang. Ini tidak, beli saham hari ini tetapi esoknya dah mengharapkan keuntungan. Percayalah, bila mindset dah betul, yang lain akan menjadi lebih mudah.

2. Money Management (Pengurusan Wang)

Sebagai seorang pelabur yang bijak, pengurusan wang amat penting bagi memastikan kita tidak kehilangan keseluruhan wang modal pelaburan. Jangan letakkan semua wang ke dalam satu saham sahaja. Pernah dengar pepatah yang berbunyi “Don’t put all your eggs in one basket”?

Jika diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu, ianya bermaksud jangan letakkan kesemua telur yang ada ke dalam satu bakul. Cuba bayangkan sekiranya kita meletakkan semua telur di dalam satu bakul dan secara tiba-tiba bakul tersebut jatuh. Maka tinggilah kebarangkalian untuk kesemua telur tersebut untuk pecah.

Sebaiknya kita bahagikan modal yang ada ke dalam beberapa saham berbeza daripada sektor yang berbeza.

Sebagai contoh kita ada RM10,000 sebagai modal pelaburan. Boleh gunakan wang tersebut dengan membeli 2 ke 4 saham daripada sektor yang berlainan. Sebagai contoh, kita ada sektor-sektor teknologi, penjagaan kesihatan, pembinaan, hartanah, pengangkutan & logistik, dan banyak lagi. Sekiranya modal pelaburan dipecahkan mengikut sektor yang berlainan, maka risiko untuk mengalami kerugian juga menjadi kecil.

3. Method (Kaedah)

Ianya bermaksud kaedah yang pelabur gunakan untuk mengkaji pergerakan harga, menentukan harga beli, cut loss, harga sasaran (target price) dan sebagainya.

Sebelum masuk ke dalam pasaran saham, kita kena tahu sebab kita beli sesuatu saham. Adakah kerana fundamentalnya baik? Atau pun telah muncul signal beli pada carta? Di antara kaedah-kaedah yang ada adalah seperti teknik Buy on Breakout dan Buy on Dip.

Tapi pastikan kita ada Trading Plan terlebih dahulu sebelum beli mana-mana saham. Kena ada Entry Price, Target Price dan Cut Loss.

Sekiranya kita gabungkan 3M ini, pastinya kita akan dapat bertahan lama dalam dunia pelaburan saham.

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami janji berbaloi……

>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!

Share590ShareSend

Related Posts

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE
Asas Saham

IPO Oxford Innotech Terlebih Langgan 3.42 Kali Menjelang Penyenaraian Di Pasaran ACE

11 months ago
PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO
Asas Saham

PMCK Berhad Disenaraikan Pada Harga 22.5 Sen Hari Ini, Naik Setengah Sen Daripada Tawaran IPO

11 months ago
Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]
Asas Saham

Saham Kajian: NexG Raih Lanjutan Kontrak Dari KDN [8 Julai 2025]

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In