• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, February 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Bercampur-Campur

in Market Update
A A
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) — Aktiviti penjualan membabitkan kaunter penjagaan kesihatan pada minit terakhir urus niaga telah mengurangkan keuntungan awal yang dicatatkan Bursa Malaysia, menyaksikannya ditutup bercampur-campur petang ini.

Dalam pada itu, sentimen di kebanyakan pasaran serantau juga turut lemah, kata para peniaga.

Pada pukul 5 petang, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 1.31 mata atau 0.08 peratus kepada 1,575.31 berbanding 1,576.62 ketika ditutup semalam.

Pagi ini, indeks utama dibuka 13.97 mata lebih tinggi kepada 1,590.59 dan bergerak antara 1,575.31 dan 1,609.19 sepanjang hari.

Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi rugi dengan 601 berbalas 537 sementara 490 kaunter tidak berubah, 515 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 5.93 bilion unit bernilai RM4.73 bilion berbanding 7.47 bilion unit bernilai RM5.14 bilion pada Isnin.

Seorang peniaga berkata kebanyakan pasaran Asia agak lesu berikutan kebimbangan yang kian ketara dalam kalangan pelabur terhadap tempoh masa untuk pelan bantuan rangsangan Presiden AS Joe Biden di celah-celah amaran mengenai kemungkinan berlakunya gelembung aset.

Beliau berkata pelabur kini mempertimbangkan kemungkinan bahawa pakej fiskal bernilai US$1.9 trilion ditangguhkan sementara kekuatiran pasaran akan kelewatan pengedaran vaksin serta kegelisahan menjelang musim pengumuman keputusan pendapatan korporat menyebabkan situasi lebih berhati-hati dan ini telah mendorong saham Asia serta niaga hadapan AS bergerak rendah pada awal urus niaga.

“Presiden Biden memaklumkan beliau terbuka untuk berunding mengenai cadangan perjanjian rangsangan bernilai AS$1.9 trilion itu,” kata peniaga berkenaan.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Public Bank naik 14 sen kepada RM4.40 selepas terbitan bonus empat untuk satu, TNB meningkat lima sen kepada RM9.70 sementara Maybank turun 6.0 sen kepada RM7.82, Petronas Chemicals susut 15 sen kepada RM6.75 dan Top Glove lemah 32 sen kepada RM6.20.

Saham paling cergas, DNeX turun 2.0 sen kepada 28 sen, K-Star jatuh tiga sen kepada 14.5 sen, sementara Fintec naik setengah sen kepada 8.0 sen dan Key ASIC meningkat 1.5 sen kepada 10.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 8.34 mata kepada 11,398.89, Indeks FBMT 100 naik 3.28 mata kepada 11,138.52, tetapi Indeks FBM Emas Syariah turun 59.93 mata pada 12,832.65.

FBM 70 menokok 53.18 mata kepada 14,677.40 dan FBM ACE melonjak 128.35 mata kepada 10,798.60.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melambung 132.71 mata kepada 14,697.45, Indeks Perladangan turun 0.11 mata kepada 7,184.35 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 0.34 mata kepada 170.46.

Jumlah dagangan di Pasaran Utama turun kepada 3.6 bilion saham bernilai RM3.9 bilion berbanding 4.67 bilion saham bernilai RM4.26 bilion pada hari Isnin.

Perolehan waran meningkat kepada 558.85 juta unit bernilai RM93.74 juta daripada 520.57 juta unit bernilai RM80.32 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE menurun kepada 1.78 bilion saham bernilai RM675.32 juta berbanding 2.28 bilion saham bernilai RM798.15 juta sebelumnya.

Produk dan perkhidmatan pengguna merangkumi 612.94 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan industri (926.01 juta), pembinaan (176.87 juta), teknologi (793.42 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (193.96 juta), hartanah (287.52 juta), perladangan (40.97 juta), REIT (10.14 juta), dana tertutup (8,400), tenaga (265.29 juta), penjagaan kesihatan (111.63 juta), telekomunikasi dan media (62.98 juta), pengangkutan dan logistik (72.47 juta) dan utiliti (40.97 juta).

– BERNAMA

Share209ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

7 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

7 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In