• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Catat Kenaikan Semula Untuk Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Catat Kenaikan Semula Untuk Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 26 Jan (Bernama) – Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Selasa, seiring dengan kebanyakan prestasi pasaran Asia, disokong oleh keyakinan yang semakin bertambah terhadap prospek ekonomi yang kukuh, kata peniaga.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras meningkat 18.76 mata kepada 1,595.38 daripada 1,576.62 ketika ditutup pada Isnin.

Indeks itu dibuka 13.97 mata lebih tinggi kepada 1,590.59.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 455 berbanding 156 manakala 301 kaunter tidak berubah, 1,231 kaunter tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 764.20 juta unit bernilai RM445.70 juta.

Menurut Malacca Securities penjualan di FBM KLCI pada Isnin boleh dilakukan secara berlebihan memandangkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah telah meredakan kebimbangan mengenai kemungkinan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 justeru, pasaran keseluruhannya boleh mencatatkan pemulihan pada Selasa.

“Mengenai saham berkaitan sarung tangan, kami yakin prestasi kewangan positif Hartalega dapat memberi kesan limpahan sokongan belian terhadap pembuat sarung tangan dan proksi sarung tangan hari ini.

“Bagaimanapun, pelabur boleh kekal berhati-hati sebelum data Indeks Harga Pengeluar Malaysia dikeluarkan esok. Memandangkan dana asing beralih kepada situasi penjualan, kenaikan semula dijangka berdepan aktiviti pengambilan untung dalam jangka terdekat,” menurutnya dalam nota penyelidikan pada Selasa.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Public Bank menambah 21 sen kepada RM4.47, Maybank naik 8.0 sen kepada RM7.96, Petronas Chemicals menokok 2.0 sen kepada RM6.92, TNB menambah 13 sen kepada RM9.78 sementara Top Glove turun 6.0 sen kepada RM6.46.

Bagi saham aktif, Fintec naik setengah sen kepada 8.0 sen, Key Asic dan QES masing-masing meningkat 2.0 sen kepada 11 sen dan 38.5 sen, sementara DNeX tidak berubah pada 30 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menokok 125.19 mata kepada 11,515.74, Indeks FBMT 100 melonjak 123.59 mata kepada 11,258.59 dan Indeks FBM Emas Syariah naik 66.58 mata kepada 12,959.16.

FBM 70 menambah 126.52 mata kepada 14,750.74 dan FBM ACE meningkat 111.32 mata kepada 10,781.57.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 274.76 mata kepada 14,839.50, Indeks Perladangan menambah 31.31 mata kepada 7,215.77 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.88 mata kepada 171.68.

– BERNAMA

Share213ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In