Cypark Resources Berhad (KLSE: 5184) (Cypark) merupakan salah sebuah syarikat yang terunggul di dalam bidang kejuruteraan alam sekitar dan renewable energy (RE) di Malaysia. Kini, nilai pasaran Cypark adalah sekitar RM622.5 juta.
Mari kita lihat 10 perkara ini sebelum nak melabur sahamnya.
1. Keputusan Kewangan 10 Tahun Terkini
Cypark berjaya mencatat pertumbuhan CAGR sebanyak 8.7% dan 18.2% di dalam perolehan dan keuntungan bersih. Perolehan Cypark telah meningkat daripada RM177.55 juta pada tahun 2010 kepada RM376.74 juta pada tahun 2019. Peningkatan ini berpunca daripada projek utamanya seperti SMART WTE Plant, Large Scale Solar 1 (LSS1) dan Large Scale Solar 2 (LSS2) pada tempoh masa tersebut.
Keuntungan bersih Cypark meningkat daripada RM20.29 juta pada tahu 2010 kepada RM91.28 juta pada tahun 2019. Peningkatan ini adalah hasil daripada pengawalan kos operasi sepanjang tempoh tersebut.

Nota:
SMART WTE Plant = Solid Waste Modular Advanced Recovery and Treatment Waste-to-Energy Plant
2. Return on Equity (ROE)
ROE Cypark merosot daripada 23.22% pada tahun 2010 kepada 11.06% pada tahun 2015. Ianya berpunca daripada peningkatan ekuiti pemegang saham Cypark yang lebih besar berbanding 6 tahun yang lepas. Sejak tahun 2015, Cypark telah mengekalkan nisbah ROE pada sekitar 11% hingga 12% setahun. Untuk tempoh 5 tahun terkini, Cypark telah menjana keuntungan bersih sekitar RM11 sehingga RM12 dalam keuntungan bersih setahun, bagi setiap RM100.00 dalam ekuiti pemegangan saham.

3. Pengurusan Aliran Tunai
Dari tahun 2010 sehingga tahun 2019, Cypark telah mencatatkan aliran tunai operasi yang negatif dalam tempoh 5 tahun, terutamanya pada 3 tahun terkini iaitu pada tahun 2017 sehingga tahun 2019. Dalam tempoh 10 tahun tersebut, Cypark telah menjana pengeluaran ekuiti sebanyak RM296.23 juta dan RM958.51 juta untuk pinjaman hutang jangka masa panjang.
Daripada jumlah tersebut, Cypark telah membayar:
– RM150.54 juta untuk pembelian bersih property, plant & equipment (PPE)
– RM682.02 juta untuk penambahan Intangible Assets
– RM52.62 juta untuk pembayaran dividen kepada pemegang saham
Secara keseluruhannya, Cypark bergantung kepada pengeluaran ekuiti dan juga pinjaman untuk membiayai pembelian PPE dan Intangible Assets untuk tempoh masa 10 tahun terkini.

4. Kedudukan Kewangan Terkini
Pada 31 Oktober 2020, Cypark telah merekodkan sebanyak RM1.04 bilion di dalam liabiliti bukan semasa dan RM951.55 juta di dalam ekuiti keseluruhan. Makanisbah hutang terkini Cypark adalah sebanyak 109%. Pada masa yang sama, Cypark telah mencatatkan RM1.18 bilion di dalam aset semasa dan RM385.41 juta di dalam liabiliti semasa. Maka, nisbah semasa bagi Cypark adalah 3.06.
5. Keputusan Kewangan 12 Bulan Terkini
Untuk 12 bulan terkini, Cypark telah merekodkan penurunan perolehan dan juga keuntungan bersih. Penurunan ini disebabkan oleh penggantungan kerja-kerja di projeknya yang bermula dari tarikh 18 Mac 2020 sehingga ke 9 Jun 2020 disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Cypark merekodkan RM304.00 juta di dalam perolehan dan RM70.50 juta untuk keuntungan bersih, yang bersamaan dengan 15.13 sen di dalam Earnings Per Share (EPS).

6. Loji Solar
Kini, Cypark memiliki loji solar yang mampu menjana kapasiti tenaga sebanyak 47 MWdc. Daripada laporan suku Q4 2020, Cypark berusaha untuk menyiapkan projek LSS2 dan beberapa Net Energy Metering (NEM). Ianya akan meningkatkan kapasitinya kepada sekitar200 MWdc.
Melalui 70% pemilikan anak syarikatnya Cypark Suria Merchang Sdn Berhad (CSM), Cypark telah menandatangani Photovoltaic Power Purchase Agreement (PPA) selama 21 tahun bersama Tenaga Nasional Berhad (TNB) untuk Large Scale Solar Phase 3 (LSS3) di Terengganu, selepas ia siap dibina pada 24 Jun 2020. Cypark akan bertanggung jawab untuk mereka bentuk, membina, memiliki, beroperasi dan menjaga LSS3 Plant yang mempunyai kapasiti pengeluaran tenaga sebanyak 100 MWdc.
7. Pelabur Utama
Pada 16 Disember 2020, Tan Sri Razali Bin Ismail (Razali) dan Dato’ Daud bin Ahmad (Daud) merupakan dua pemegang saham utama Cypark dengan pegangan sebanyak 8.11% dan 13.37%. Kini, Tan Sri Razali telah dilantik sebagai Executive Chairman dan Dato’ Daud pula merupakan Group CEO bagi Cypark.
8. P/E Ratio
Pada 17 Januari 2021, nilai pasaran Cypark adalah sekitar RM622.5 juta. Untuk 12 bulan terkini, Cypark telah menjana RM70.5 juta di dalam keuntungan bersih. Maka, P/E Ratio terkini Cypark adalah sebanyak 8.83. Jika kita bandingkan dengan nisbah P/E Ratio untuk tahun-tahun yang sebelumnya (2010 sehingga 2019), nilai nisbah terkini adalah lebih rendah daripada purata untuk tempoh 10 tahun tersebut.
P/E Ratio Terkini (12 Bulan EPS)
= Nilai Pasaran Terkini / Keuntungan Bersih 12 Bulan Terkini
= RM 622.5 juta / RM 70.5 juta
= 8.83

9. P/B Ratio
Pada Q4 2020, Cypark telah mencatatkan RM1.79 di dalam aset bersih bagi sesaham. Maka, P/B Ratio-nya yang terkini adalah 0.72. Jika kita membandingkan ia dengan P/B Ratio untuk tahun-tahun yang lepas (2010 sehingga 2019), nisbah terkini adalah lebih rendah daripada puratanya untuk tempohmasa 10 tahun tersebut.
P/B Ratio Terkini
= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham
= RM 1.28 / RM 1.79
= 0.72

10. Kadar Dividen
Cypark telah membayar dividen sebanyak 3.9 sen bagisetiap unit saham bagi tahun kewangan 2018 pada 28 Jun 2019. Sejak daripada itu, Cypark tidak lagi membuat sebarang pengisytiharan dividen kepada pemegang sahamnya. Jadi, di sini, kami tidak akan menghitung kadar dividen terkini bagi Cypark.
Kesimpulan:
Secara kesimpulannya, kami mendapati:

Jadi, wajarkah kita melabur di dalam saham Cypark? Tepuk dada, tanyalah selera.
Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia.
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress

Kami janji berbaloi……



![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)