P.I.E Industrial Berhad (PIE) adalah syarikat induk kepada Pan-International Electronics (Malaysia) Sdn Bhd (PIESB), PIE Enterprise (M) Sdn Bhd (PIE Enterprise), Pan-Internatinal Wire&Cable (Malaysia) Sdn Bhd (PIWSB), PIE ENTERPRISE (Malaysia) Sdn Bhd (PIW Enterprise), dan Pan-International Electronics (Thailand) Co Ltd (PIT). Syarikat beroperasi melalui tiga segmen utama iaitu pembuatan produk perindustrian, perdagangan produk elektrik dan pemegangan pelaburan.
Segmen pembuatan produk perindustrian merangkumi kabel dan wayar untuk alat elektronik, kompaun pengacuan kabel dan unit papan litar bercetak (PCB), kabel dan tali wayar ke komputer, komunikasi, industri elektronik pengguna dan pemasangan kabel. Segmen perdagangan produk elektrik pula merangkumi produk perisian komputer, telekomunikasi, elektronik pengguna dan pemasangan kabel. Ia beroperasi di tiga negara utama iaitu Malaysia, Thailand dan Singapura.
Jom kita membuat kajian CANSLIM ke atas PIE ini.
C: Current Earnings
Kita perlu mengkaji pendapatan syarikat untuk suku tahunan terkini bagi tempoh tiga hingga lima suku terkini. Syarikat yang bagus perlu ada peningkatan pendapatan suku tahunan terkini sekurang-kurangnya sebanyak 25% untuk tiga suku tahunan terkini.

Sumber: malaysiastock.biz
Hasil Kajian Pendapatan Suku Tahunan Terkini untuk P.I.E Industrial Berhad:
1. Pendapatan suku tahun terkini PIE meningkat sebanyak 104%berbanding suku tahun sebelumnya. Keuntungan bersih syarikat meningkat sebanyak 12 kali ganda menjadi RM12.03 juta, berbanding RM991,000 pada suku tahun kedua tahun 2021.
2. Keuntungan sebelum cukai syarikat untuk suku semasa telah meningkat sebanyak 4,174%, berbanding dengan suku yang sama tahun sebelumnya. Sebab utama kepada kenaikan ini adalah kerana Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) telah mengumumkan bahawa ia membenarkan kilang-kilang untuk beroperasi pada kapasiti penuh selama tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berkuatkuasa pada 29 April 2020.
3. Untuk tahun 2019, PIE mencatatkan pendapatan sebanyak RM659.34 juta. Sekiranya dibandingkandengan pendapatan suku yang sama untuk tahun sebelumnya, pendapatan syarikat merosot sebanyak 0.3% atau RM1.92 juta, ianya disebabkan oleh penurunan jualan dalam segmen perdagagan bahan elektronik.
4. PIE tidak pernah mencatat kerugian sepanjang syarikat ini disenaraikan di pasaran saham Bursa Malaysia.
A: Annual Earnings

Sumber: malaysiastock.biz
1. Setakat bulan September 2020, PIE telah mencatatkan keuntungan sebanyak RM20.3,dan ianya merupakan angka di bawah jangkaan syarikat.
2. Untuk suku tahun ketiga 2020, keuntungan PIE merosot kepada RM12.03 juta daripada RM17.45 pada tahun sebelumnya. Kemerosotan ini adalah disebabkan oleh permintaan produk dan perkhidmatan syarikat yang berkurangan, akibat daripada penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia.
N: News, Product & Management

sumber :malaysiastck.biz
Kenanga Research telah meningkatkan penarafan syarikat PIE Industrial Bhd kepada outperform dan menaikkan harga sasaran saham ini kepada RM3.30 daripada RM2.32, disebabkan prospek yang lebih tinggi dan banyak pelanggan baru.

Sumber : bursamalaysia.com
Ahli Lembaga Pengarah PIE telah mengumumkan bahawa Mr. Law Tong Han, yang merupakan pegawai utama syarikat mengenai urus niaga beliau dalam saham syarikat di luar tempoh dagangan urusniaga saham seperti yang dinyatakan di bawah.

Sumber: bursamalaysia.com
S: Supply & Demand
Supply and Demand bermaksud bekalan dan permintaan. Semakin banyak permintaan pelabur terhadap sesuatu saham, harga saham tersebut berpotensi untuk meningkat.
Sekiranya terdapat pegangan oleh pelabur institusi, ianya merupakan satu petanda yang baik kerana pastinya jerung-jerung institusi ini akan mencari saham yang berpotensi untuk berkembang dalam jangka masa panjang.
Saham yang ringan atau limited edition akan menyebabkan kenaikan harga saham dengan cepat. Maksud ringan di sini adalah bilangan unit saham yang diapungkan adalah sedikit.

Sumber: malaysiastock.biz
Bilangan saham PIE yang diapungkan adalah sebanyak 384.04 juta unit dan jumlah tersebut dianggap sedikit jika ianya dibandingkan dengan syarikat industri produk yang lain seperti Supercomnet Technologies Berhad dengan 642 juta unitsaham yang diapungkan
Sekiranya terdapat catalyst baik yang berkaitan dengan saham PIE, sudah pasti harga kaunter ini mampu melonjak dengan mudah.
L: Leader and Laggard
‘Leader’ adalah peneraju dalam sesebuah industri atau sektor yang mempunyai pertumbuhan jualan dan pendapatan yang tinggi. Leader dan laggard ini adalah untuk kita menentukan saham mana yang lebih sensitif bertindak balas dengan sebarang berita yang berkaitan dengan sesebuah sektor.

Berdasarkan carta di atas, modal pasaran syarikat PIE adalah sebanyak RM787 milion dan nilainya lebih kecil daripada syarikat Scomnet yang mempunyai nilai pasaran sebanyak RM1.4 bilion. Ini membawa masud bahawasyarikat PIE adalah laggard berbanding dengan ScomnetScomnet pula merupakan leader bagi industri ini kerana ia cenderung untuk bergerak terlebih dahulu berbanding syarikat lain.
I: Institutional Sponsorship
Institutional Sponsorship bermaksud kehadiran pelabur institusi, tidak kira sama ada institusi tempatan mahu pun luar negara. Pemilikan institusi ini penting kerana pelabur institusi dianggap sebagai jerung dengan mempunyai dana yang sangat besar sehingga berbilion ringgit, malah ada yang mencecah sehingga trilion ringgit.
Pelabur institusi sudah pastinya mempunyai barisan penganalisa yang membuat kajian mendalam daripada sudut fundamental sebelum melabur ke dalam sesebuah syarikat. Ia memberi keyakinan kepada pelabur runcit seperti kita, kerana kajian mendalam telah pun dibuat oleh mereka yang berpengalaman.

Sumber : bursamarketplace.com
Pemegang saham terbesar syarikat ini adalah Pan Global Holdings CO. LTD dan yang lain adalah terdiri daripada Public Mutual Berhad dan RHB Asset Management Sdn Berhad.
M : Market Direction

Sumber : tradingview.com
Pada bulan November 2020, saham PIE telah membuat breakout sekali lagi dan disertai dengan volume yang memberangsangkan. PIE baru-baru ini telah membuat All-Time High apabila memecah paras RM2.70 yang dicatatkan pada tahun 2016. Kaunter ini masih konsisten membuat uptrend walaupun dalam keadaan pasaran yang volatile.
Daripada segi kewangan, syarikat ini berada dalam keadaan yang sangat kukuh kerana pendapatan suku tahunan kumpulan meningkat dengan sangat tinggi. Ini kerana permintaan yang lebih tinggi daripada pelanggan baru dan sedia ada untuk perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS).
Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus atau tidak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi, mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Dengan menggunakan CANSLIM, secara tidak langsung kita telah pun membuat 2 jenis analisis tadi. Pelabur boleh menilai sendiri sama ada saham syarikat itu sesuai untuk dibeli atau boleh diabaikan.
Miliki e-book CANSLIM -> TheKapital.my/Ebook-CANSLIM




![Sektor Kajian: Barangan Pengguna [21 Julai 2025]](https://thekapital.my/wp-content/uploads/2025/07/speed-mart-GettyImages-2170285824-e1750396697447-360x180.webp)