• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, June 15, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

CGS-CIMB Sokong Pemegang Saham FGV Terima Tawaran Pengambilalihan Saham Oleh Felda

in Catalyst
A A
Saham FGV Jadi Tumpuan Ekoran Cadangan Pengambilalihan Oleh Felda
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) — CGS-CIMB menyokong pemegang saham FGV Holdings Bhd menerima tawaran pengambilalihan saham oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Firma pembrokeran itu berkata pada masa lalu, harga saham syarikat perladangan itu mendapat rangsangan daripada laporan media kemungkinan tawaran pengambilalihan oleh Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, yang membawa kepada jangkaan saham itu boleh dinilai semula hampir kepada nilai saksamanya pada masa itu

“Bagaimanapun, berikutan perkembangan terkini dan penguasaan lebih 50 peratus Felda dalam FGV, tawaran saingan bagi FGV tidak dijangkakan. 

“Apungan bebas FGV juga akan turun selepas tawaran pengambilalihan. Oleh itu, kami cenderung menjangka tawaran itu diterima memandangkan peningkatan terhad paras harga semasa dan mengambil kira risiko,” kata CGS-CIMB dalam satu nota penyelidikan hari ini. 

Pada 22 Jan, penasihat bebas RHB Investment Bank berkata harga RM1.30 sesaham itu “tidak adil tetapi berpatutan” tetapi mengesyorkan pemegang saham FGV menerima tawaran itu. 

Bagaimanapun, pengarah tidak berkepentingan FGV menasihati pemegang saham menolak tawaran itu. Mereka berkata, antara lainnya, harga tawaran berada di bawah harga tawaran awam permulaan (IPO) pada RM4.55 sesaham dan kualiti aset perladangan FGV telah bertambah baik dengan ketara sejak IPO.

CGS-CIMB berkata nasihat yang bercanggah itu berkemungkinan disebabkan jangkaan berbeza terhadap prestasi harga saham FGV selepas tempoh tawaran berakhir. 

Menurutnya, pengarah bebas FGV mungkin percaya harga saham akan meningkat susulan harga minyak sawit mentah dan profil usia estet yang bertambah baik.  

RHB Investment Bank berkata cadangan itu tidak adil kerana RM1.30 yang ditawarkan adalah rendah dan merupakan diskaun 8.5 peratus hingga 18.8 peratus berbanding jajaran anggaran nilai sesaham FGV yang  diperoleh menggunakan kaedah penilaian SOP antara RM1.42 dan RM1.60.

CGS-CIMB mengekalkan saranan “pegang” bagi saham FGV dan harga sasaran RM1.30 bagi mencerminkan harga tawaran pengambilalihan.

–BERNAMA

Share230ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In