• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, June 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Lebih Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Tinggi
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) —  Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah walaupun pasaran serantau menunjukkan sentimen positif.

Ini ialah kerana pasaran tempatan telah dipengaruhi oleh kemunculan kegiatan pengambilan untung di kaunter yang membabitkan teknologi dan produk pengguna terpilih, sekali gus menyebabkan keuntungan terdahulu terhapus, kata seorang peniaga.

Pada rehat tengah hari, indeks penanda aras utama FBM KLCI menyusut 4.19 mata kepada 1,592.55 selepas bergerak antara 1,592.19 dan 1,600.54 sepanjang sesi urus niaga.

Pagi ini, indeks utama dibuka 3.80 mata lebih tinggi pada 1,600.54 berbanding penutup minggu lepas iaitu 1,596.74.

Di pasaran lebih meluas, kaunter rugi mengatasi untung dengan 965 berbalas 223 manakala 319 kaunter tidak berubah, 611 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 3.68 bilion unit bernilai RM2.50 bilion.

Seorang peniaga berkata sebahagian besar saham Asia berada dalam momentum menaik pada Isnin kerana kebimbangan mengenai peningkatan kes COVID-19 dan penangguhan bekalan vaksin telah ditenangkan oleh jangkaan terhadap pelan rangsangan fiskal bernilai US$1.9 trilion bagi membantu menggerakkan kembali ekonomi AS.

Bagaimanapun, beliau berkata para pelabur agak berhati-hati dengan penilaian tinggi di celah-celah persoalan mengenai kecekapan vaksin dalam membendung pandemik dan penggubal AS terus membahaskan pakej bantuan itu.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Maybank turun 3.0 sen kepada RM7.97, Public Bank menyusut 26 sen kepada RM21.40, Petronas Chemicals lebih rendah 29 sen kepada RM 7.06, TNB berkurangan 4.0 sen kepada RM9.74 sementara Top Glove meningkat 23 sen kepada RM6.48.

Saham-saham paling cergas, DNeX naik 3.5 sen kepada 29.5 sen, Luster Industries menokok 1.5 sen kepada 6.0 sen, Bioalpha lebih tinggi setengah sen kepada 30.5 sen sementara QES susut 2.0 sen kepada 36 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas lebih rendah 83.51 mata kepada 11,480.27, Indeks FBMT 100 mengecil 70.72 mata kepada 11,224.04 dan Indeks FBM Emas Syariah susut 62.71 mata kepada 12,986.24.

Indeks FBM 70 pula turun 252.95 mata kepada 14,648.73 dan Indeks FBM ACE merosot 47.23 mata kepada 10,710.28.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan kerugian 165.09 mata kepada 14,720.57 sementara Indeks Perladangan menambah 1.28 mata kepada 7,224.44 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lemah 4.86 mata kepada 172.59.

— BERNAMA

Share216ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

10 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In