fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Pelanggan Terbesar Sime Darby Plantation Masih Kekal Meskipun Sekatan Oleh AS

in Catalyst
A A
Sime Darby Plantation Kembali Raih Keuntungan Pada Suku Ketiga 2020
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Dialog Group Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM134.96 Juta

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

Petronas Meterai PSC Baharu Untuk Medan Gas Blok I Di Turkmenistan

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) — Pelanggan-pelanggan terbesar Sime Darby Plantation Bhd  (SDP) tidak mengambil keputusan menyeluruh menyekat pembelian minyak sawit dan produk minyak sawit daripada syarikat itu susulan sekatan Amerika Syarikat berhubung dakwaan penggunaan buruh paksa dalam proses pengeluarannya.

Walaupun tidak mendedahkan pelanggan-pelanggan terbesarnya Pengarah Urusan Sime Darby Oils Sdn Bhd Mohd Haris Mohd Arshad berkata mereka telah memberikan masa yang mencukupi kepada syarikat tersebut untuk menyelesaikan masalah itu dengan syarat mereka sentiasa dimaklumkan mengenai perkembangannya. 

“Mereka tidak membuat keputusan menyeluruh melarang produk oleh SDP, bagi saya, ia satu kelegaan yang besar,” katanya dalam satu program di stesen radio tempatan, BFM, pagi ini.

Sime Darby Oils adalah cabang perniagaan hiliran SDP.

Syarikat gergasi perladangan Malaysia itu dikenakan sekatan import oleh Agensi Perlindungan Kastam dan Sempadan Amerika Syarikat (CBP), berkuat kuasa 30 Dis,2929, selepas perintah sekatan dikeluarkan ke atas minyak sawit dan produk minyak sawitnya berikutan dakwaan buruh paksa yang dibuat oleh kumpulan anti pemerdagangan manusia Liberty Shared (LS) yang berpangkalan di Hong Kong, pada April tahun lepas.

Mohd Haris berkata SDP berusaha keras untuk menangani isu itu dengan terus mengadakan perbincangan bersama CBP dan LS, walaupun tiada perkembangan disediakan oleh CBP mengenai dapatan siasatan oleh LS itu. “Malangnya, tiada (perkembangan terkini mengenai dapatan tersebut)  tetapi kami sentiasa berbincang dengan mereka dan kami telah melantik sebuah firma guaman untuk membantu kami berhubung dengan CBP di Washington,” katanya.

Beliau berkata dakwaan oleh LS itu masih sukar difahami SDP.

“Kami tidak tahu apa tuduhannya. Kami menghubungi LS dan penyiasat di sini di Malaysia, tetapi tiada apa yang khusus dimaklumkan,” katanya.

Beliau menegaskan SDP mengambil berat berhubung isu itu kerana ia adalah satu tuduhan yang serius yang menyentuh pelanggaran hak asasi manusia.

“Jika pelanggaran itu berlaku dalam SDP, kami akan mengambil tindakan kerana mereka yang dianiaya itu berdepan risiko,” katanya sambil menambah beliau mahu memastikan isu itu tidak menjejaskan reputasi syarikat tersebut di mata dunia. 

“Jika kami tidak menangani isu ini, ia mungkin membawa kepada masalah perindustrian yang lebih besar dan kami tidak mahu mengambil risiko itu,” tambahnya.

— BERNAMA

Share320ShareSend

Related Posts

Untung Bersih Suku Ketiga Dialog Susut Kepada RM133.07 Juta
Catalyst

Dialog Group Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM134.96 Juta

1 hour ago
Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

1 day ago
Petronas Mulakan Perniagaan LNG Di Pelabuhan Pasir Gudang
Catalyst

Petronas Meterai PSC Baharu Untuk Medan Gas Blok I Di Turkmenistan

1 day ago
Keuntungan Bersih Suku Pertama 2024 Westports Meningkat Kepada RM204.51 Juta
Catalyst

Untung Bersih Westports Naik Sembilan Peratus Kepada RM222.46 Juta Pada Suku Pertama 2025

7 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In